Aparteid

Aparteid (daripada Afrikaans: apartheid bermaksud keadaan yang menyisihkan, penyisihan diakar kata Belanda apart mengasingkan) merujuk kepada suatu sistem politik yang memisahkan penduduk kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih di Afrika Selatan dari tahun 1948 sehingga tahun 1990-an.

Dasar-dasar pemisahan ini dibentuk dilaksanakan sewaktu pemerintahan Hendrik Verwoerd, Perdana Menteri negara tersebut ke-7.

Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.

Gambaran awam

Dasar ini telah dilaksanakan dalam beberapa siri undang-undang perkauman di Afrika Selatan antara tahun 1948 hingga 1991. Dibawah dasar ini, rasisme telah dibenarkan dan ia menyentuh segala aspek kehidupan termasuklah larangan perkahwinan antara kulit putih dengan bukan kulit putih, tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih dan pekerjaan yang dikhaskan untuk orang berkulit putih sahaja. Kaum kulit hitam telah dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa buah "negara" yang dipanggil bantustan atau "homelands", lalu kehilangan hak mengundi dan hak kerakyatan yang lain. Tindak-tanduk regim Aparteid jelas sekali bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia.

Undang-undang aparteid pertama yang dikenakan ke atas penduduk negara ialah Akta Pengharaman Kahwin Campur 1949 yang melarang kebanyakan penduduk berkahwin campur mahupun melakukan hubungan seks antara kaum-kaum berbeza. Pada 1950, Akta Pendaftaran Penduduk menghendaki semua penduduk Afrika Selatan untuk diklasifikasikan kepada tiga kumpulan berdasarkan rupa, status sosioekonomi dan gaya hidup budaya iaitu: kelompok putih (berketurunan Eropah}, hitam (orang Afrika), atau "berwarna" (coloured, berdarah campuran yang termasuk kumpulan India dan Asia). Jabatan Dalam Negeri adalah bertanggungjawab dalam menentukan klasifikasi ini dilaksanakan. Mereka yang menentang undang-undang perkauman akan dikenakan hukuman yang teruk. Semua penduduk kulit hitam diwajibkan membawa "buku pas" iaitu sejenis kad pengenalan yang mengandungi cap jari, foto dan maklumat lain untuk memasuki kawasan kulit putih.

Dasar-dasar dalam sistem ini mencetuskan penetangan dalam kalangan rakyat, terutamanya dalam bentuk tunjuk perasaan aman, penentangan secara pasif serta juga pergolakan bersenjata. Tindakan pemerintah Afrika Selatan ke atas pemberontakan dan rusuhan besar-besaran melalui keganasan polis menjadikan sokongan setempat terhadap pergerakan penentnag bersenjata semakin kuat. Peristiwa berdarah di Sharpeville pada Mac, 1960 adalah disebabkan penentangan warga kulit hitam terhadap undang-undang tersebut. Lebih kurang 69 pemberontak terkorban sewaktu rusuhan itu.

Dasar aparteid akhirnya dimansuhkan pada 1994 apabila Nelson Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Namun demikian sehingga ke hari ini, kesannya telah mengakibatkan jurang pendapatan yang sangat ketara di antara kaum-kaum kulit putih dan kulit hitam di negara ini.

Rujukan

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Aparteid, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Afrika SelatanAfrikaansHendrik Verwoerd

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Adat resam kahwin MelayuBaba dan NyonyaKongkekParti Islam Se-MalaysiaBendera ThailandMona FandeyBandaraya MelakaAshraf SinclairImbuhan kata nama (bahasa Melayu)LatKanun KeseksaanEmma MaembongMakkahMira FilzahPiala Thomas & Uber 2024Amyra RosliHaidDidi AstillahShaheizy SamSarafHamzah bin Abdul MuttalibMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahHemoroidDewan Negeri SelangorLelaki ItuTunku Abdul RahmanKetupatAstro RiaPiala Asia AFCFrekuensi radio di SabahSandakanSyazuwan HassanThe Original GangsterPiala Asia B-23 AFC 2018Bola sepakPencemaran udaraPilihan raya negeri Selangor 2023Siksa NerakaTrisha OoiNaim DanielSolat Sunat RawatibKelantanJattFadillah YusofJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaHari Raya AidilfitriPerakPerang BadarWan RajaChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorAaron AzizMalaysiaSolat hajatDaiyan TrishaWudukSiksa KuburSejarah al-QuranPenunggang AgamaShahrulezad MohameddinSelangorLaluan Kelana JayaBella DowannaMay (kugiran)CibaiAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamPerikatan NasionalKelurMuhammad al-FatihZaki AzemanPuteri Sarah LiyanaPerdana Menteri MalaysiaSenarai kaum di MalaysiaSumazauNur (drama)Richeese FactoryDa Di DuKementerian Pendidikan Malaysia🡆 More