Anna Akhmatova

Anna Akhmatova (1889-1966) - penyair dan penterjemah Rusia, salah seorang penyair terkemuka daripada aliran sastera Abad Perak.

Dilahirkan di Odessa. Ayahnya Andrey Antonovich Gorenko adalah kakitangan kerajaan, ibunya Inna Erazmovna Stogova sama seperti ayahnya adalah daripada golongan bangsawan. Menjadi terkenal setelah kumpulan puisi pertamanya diterbitkan pada tahun 1912 (Vecher - Petang) dan 1914 (Chyotki - Tasbih).

Anna Akhmatova
Anna Akhmatova
Anna Akhmatova
Nama penaAnna Akhmatova
Pekerjaanpenyair, penterjemah, pengarang memoir
Tempoh1906 -
Genresajak
Pergerakan sasteraakmeisme

Selepas Revolusi 1917, pihak berkuasa mengecam karyanya kerana tidak mengagungkan komunisme dan terhad hanya kepada tema cinta dan ketuhanan. Selepas tahun 1923, bekas suaminya dihukum mati atas tuduhan “komplot antikerajaan” ia sebagai penyair mengalami masa susah kerana karyanya tidak diterbitkan.

Dia terpaksa mencari nafkah hidupnya dengan melakukan kerja terjemahan (karya Victor Hugo, Rabindranath Tagore, Giacomo Leopardi).

Pada tahun 1935-1940 Akhmatova menciptakan puisi panjang Requiem yang mendedahkan penderitaan orang biasa di bawah kekuasaan Soviet (diterbitkan baru pada tahun 1987).

Selepas Perang Dunia II, dia dikecam lagi dan dibuang daripada Persatuan Penulis Soviet. Selepas matinya J. Stalin pada tahun 1953, nama baik Akhmatova pulih semula. Dia menjadi penyair berwibawa dan disegani.

Anna Akhmatova
Festival Puisi bersempena dengan HUT ke120 Anna Akhmatova di Universiti Malaya 11 Jun 2009

Karya Anna Akhmatova dalam Bahasa Melayu

  • A.S. Pusykin dan Anna Akhmatova. Sajak-sajak dalam terjemahan W.V.Sikorsky - "Horison", Jakarta, 1991, № 7, h. 334—336.
  • Tidak seorang pun akan dengarkan lagu lagi. Kau fikir aku hamba betina. Emas berkarat pun. Terjemahan Victor Pogadaev. - in: Sastera.Net. Edisi 1. KL: eSastera eNterprise, 2006, h. 53-54.
  • Tidak Seorang Pun Akan Dengarkan Lagu Lagi; Hukuman; Kau Fikir Aku Hamba Betina; Doa - in: Mawar Emas. Bunga Rampai Sastera Rusia. Penyelenggara dan Penterjemah Victor Pogadaev. Penyunting Rahimidin Zahari. Kuala Lumpur: ITNM, 107-109.

Bibliografi

  • Sikorsky, Vilen. Anna Ahhmatova Penyair Wanita Rusia Yang Terkemuka - "Dewan Sastera". Kuala Lumpur, 1988, №. 9, m.s. 91-92.

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Marsyal TUDMWings (kumpulan muzik Malaysia)Sharifah AmaniMajapahitPerang BadarLeftenan KomanderDewan Negara MalaysiaPerceraian dalam IslamTuanku Zara SalimPiala Asia B-23 AFC 2024Fahmi FadzilKuchingLiberalismePerang Dunia PertamaBahasa Melayu SabahSarimah IbrahimMega Movie (Slot TV3)Perkara 153 Perlembagaan MalaysiaAbang Long Fadil 3Frekuensi radio di SelangorKL Gangster 2IntegritiClaude FennerUmie AidaPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaSalasilah keturunan Nabi MuhammadLee Kee HiongOne Cent ThiefOrang BanjarNatasya MahyanAbdullah bin Ahmad BadawiUniversiti Utara MalaysiaKesultanan Melayu MelakaMuhammad bin Idris al-SyafiiPlayboy Itu Suami AkuM. NasirAnwar IbrahimBeto KusyairyHantu Kak Limah Balik RumahKuala Kubu BharuAl-QuranHari WesakJuzSheriffCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahSenarai kata pinjaman bahasa MelayuNabi Yusuf a.s.SalomaNabi Isa a.s.Laila NasirBunga rayaKerajaan Persekutuan MalaysiaRaja Zarith SofiahPilihan raya umum Malaysia 2022Baju MelayuTauhid RububiyahVanny RossyaneJabatan Kastam Diraja MalaysiaAssalamualaikumNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuPetronasPegawai Waran IICik ManggisMustapha KamalAbdul Rahman HashimMenteri Pendidikan MalaysiaDadahLaskar MudaPASKAL (filem)Man BaiMark AdamSuria RecordsHulu Selangor (kawasan persekutuan)Martin Cooper (pereka)Suhaimi IbrahimSolat jamakMarissa Yasmin🡆 More