American Hustle

American Hustle ialah filem komedi gelap jenayah Amerika Syarikat 2013 diarahkan oleh David O.

Russell. Ia ditulis oleh Eric Warren Singer dan Russell, inspirasi dari operasi FBI, ABSCAM pada lewat tahun 1970an dan awal 1980an. Ia dibintangi Christian Bale dan Amy Adams sebagai dua orang pekerja skim penipuan yang dipaksa oleh ejen FBI, (Bradley Cooper) untuk menubuhkan operasi sengatan ke atas ahli politik yang menerima rasuah termasuk Datuk Bandar Camden, New Jersey (Jeremy Renner). Jennifer Lawrence melakonkan watak isteri karakter Bale. Fotografi utama American Hustle bermula pada Mac 8, 2013 di Boston dan Worcester, Massachusetts serta Bandar Raya New York.

American Hustle
American Hustle
PengarahDavid O. Russell
PenulisEric Warren Singer
David O. Russell
Dihasilkan olehCharles Roven
Richard Suckle
Megan Ellison
Jonathan Gordon
DibintangiChristian Bale
Bradley Cooper
Amy Adams
Jeremy Renner
Jennifer Lawrence
SinematografiLinus Sandgren
Disunting olehJay Cassidy
Crispin Struthers
Alan Baumgarten
Muzik olehDanny Elfman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehColumbia Pictures
Tarikh tayangan
  • 12 Disember 2013 (2013-12-12) (Australia)
  • 13 Disember 2013 (2013-12-13) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
138 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$40 juta
Pecah panggung$251.1 juta

Filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat pada Disember 13, 2013 dan secara universal dipuji oleh pengkritik terutamanya untuk barisan pelakon. Ia menerima sepuluh pencalonan di Anugerah Akademi ke-86 termasuk Gambar Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Bale), Pelakon Wanita Terbaik (Adams), Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik (Cooper) dan Pelakon Wanita Sokongan Terbaik (Lawrence) tetapi tidak memenangi sebarang kategori. Ia menerima tiga Anugerah BAFTA, tiga Anugerah Golden Globe termasuk Filem Terbaik - Muzikal atau Komedi dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Pencapaian Cemerlang oleh barisan Pelakon dalam Filem.

Plot

Salah satu skandal paling menakjubkan yang menggegarkan negara, American Hustle menceritakan seorang pekerja skim penipuan yang pandai Irving Rosenfeld (Christian Bale) bersama pasangan Britishnya yang licik dan menggoda Sydney Prosser (Amy Adams) telah dipaksa bekerja untuk ejen FBI Richie DiMaso (Bradley Cooper). DiMaso memaksa mereka ke dalam dunia broker berkuasa Jersey dan mafia yang berbahaya. Jeremy Renner ialah Carmine Polito, seorang pengendali politik New Jersey yang terperangkap diantara pekerja skim penipuan dan ejen persekutuan. Isteri Irving yang tidak dapat diramalkan Rosalyn (Jennifer Lawrence) boleh menjadi seseorang yang merosakkan segala rancangan.

Pelakon

  • Christian Bale sebagai Irving Rosenfeld (berdasarkan Melvin Weinberg)
  • Bradley Cooper sebagai Richard "Richie" DiMaso (berdasarkan Anthony Amoroso, Jr.)
  • Amy Adams sebagai Sydney Prosser / "Lady Edith Greensly" (berdasarkan Evelyn Knight)
  • Jeremy Renner sebagai Mayor Carmine Polito (berdasarkan Angelo Errichetti)
  • Jennifer Lawrence sebagai Rosalyn Rosenfeld (berdasarkan Cynthia Marie Weinberg)
  • Louis C.K. sebagai Stoddard Thorsen
  • Jack Huston sebagai Pete Musane
  • Michael Peña sebagai Paco Hernandez / "The Sheik" Abdullah
  • Shea Whigham sebagai Carl Elway
  • Alessandro Nivola sebagai Anthony Amado
  • Elisabeth Röhm sebagai Dolly Polito (berdasarkan Dolores "Dodie" Errichetti)
  • Paul Herman sebagai Edward Malone
  • Saïd Taghmaoui sebagai Irv's Sheik Plant / Al from Queens
  • Anthony Zerbe sebagai Horton Mitchell
  • Colleen Camp sebagai Brenda
  • Erica McDermott sebagai pembantu Carl Elway
  • Adrian Martinez sebagai Julius
  • J.J. Wright sebagai Thigpen
  • Robert De Niro sebagai Victor Tellegio (berdasarkan Vincent Alo) (tidak dikredit)

Penerimaan

Respons kritikal

American Hustle menerima pujian kritikal dan barisan pelakon dipuji untuk lakonan mereka terutamanya Christian Bale, Bradley Cooper, Amy Adams dan Jennifer Lawrence. Laman web Rotten Tomatoes memberi filem ini rating 93% berdasarkan 249 ulasan dengan purata skor 8.2/10. Metacritic memberi skor 90 daripada 100 berdasarkan 47 kritikan.

Christy Lemire memberi filem ini empat daripada empat bintang, memuji pengarahan David O. Russell dan hubungan diantara Irving dan Sydney serta lakonan Jennifer Lawrence sebagai Rosalyn. Richard Roeper dari Chicago Sun-Times memberi filem ini A+, terutamanya memuji lakonan Bradley Cooper dan menamakan American Hustle sebagai filem terbaik tahun itu.

Box office

Setakat April 9, 2014 filem ini mengutip $150,117,807 di Amerika Utara dengan tambahan $101,054,000 di pasaran antarabangsa dengan jumlah terkumpul $251,171,807.

Anugerah

Ia menerima sepuluh pencalonan di Anugerah Akademi ke-86 termasuk Gambar Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Bale), Pelakon Wanita Terbaik (Adams), Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik (Cooper) dan Pelakon Wanita Sokongan Terbaik (Lawrence) tetapi tidak memenangi sebarang kategori. Ia menerima tiga Anugerah BAFTA, tiga Anugerah Golden Globe termasuk Filem Terbaik - Muzikal atau Komedi dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Pencapaian Cemerlang oleh barisan Pelakon dalam Filem.

Rujukan

Tags:

American Hustle PlotAmerican Hustle PelakonAmerican Hustle PenerimaanAmerican Hustle RujukanAmerican Hustle Pautan luarAmerican HustleAmy AdamsBandar Raya New YorkBostonBradley CooperChristian BaleJennifer LawrenceJeremy RennerWorcester, Massachusetts

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013Pilihan raya negeri Selangor 2023Dataran MerdekaPahamin RajabKugiran MasdoOmbak Rindu (filem)Sarah SuhairiSiti MuslihaPendidikan di MalaysiaPerlisChacha MaembongSemenyihHassanal BolkiahThe GadysSultan Nazrin Muizzuddin ShahPerakMyKadBella DallyUniversiti MalayaSijil Tinggi Agama MalaysiaDollaZodiakAlif SatarWilayah PersekutuanStadium Nasional Bukit JalilSyamsul YusofSyiahNegeri SembilanSungai TerengganuNabi Sulaiman a.s.R.A. KartiniYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanEmma MaembongDzulkefly AhmadLoloqJasmine Suraya ChinMusang PulutWings (kumpulan muzik Malaysia)Amir NafisSenarai kaum di MalaysiaAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamNabi Isa a.s.KKN di Desa Penari (filem)Sandrinna MichelleChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorUpacara kematian orang CinaSlot AkasiaZizan RazakSeri KembanganKamal AdliBatik Air MalaysiaIbanHari WesakBuletin UtamaSherry AlhadadProton Holdings BerhadKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)NeelofaFauzi NawawiMohd Shuhaily Mohd ZainMatahariTakdir Itu Milik AkuBendera ThailandSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaJanji DianaPuteri Sarah LiyanaAmar BaharinSubang JayaBaby ShimaMat KilauP. RamleeWan Azizah Wan IsmailNombor perdanaAtikah SuhaimeVincent TanPerodua KancilEjen AliMazlan AlimanDaun salam🡆 More