Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971, Akta 30) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971.
Keberkecualian rencana ini telah dipertikaikan. |
Rencana ini perlu dikemas kini.(Januari 2021) |
Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 | |
---|---|
Parlimen Malaysia | |
Tajuk panjang
| |
Petikan | |
Jangkauan wilayah | Seluruh Malaysia |
Digubal oleh | |
Tarikh diluluskan | 18 Mac 1971 |
Digubal oleh | |
Tarikh diluluskan | 26 Mac 1971 |
Tarikh perkenan diraja | 27 April 1971 |
Tarikh mula berkuat kuasa | 29 April 1971 |
Tarikh kuat kuasa | 30 April 1971 |
Sejarah perundangan | |
Rang undang-undang diperkenalkan oleh Dewan Rakyat | Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti 1971 |
Bacaan pertama | |
Bacaan kedua | |
Bacaan ketiga | |
Rang undang-undang diperkenalkan oleh Dewan Negara | Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti 1971 |
Bacaan pertama | |
Bacaan kedua | |
Bacaan ketiga | |
Pindaan | |
Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1971 [Akta A80] Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1975 [Akta A295] Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1983 [Akta A550] Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 [Akta A946] Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009 [Akta A1342] Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 [Akta A1433] Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2019 [Akta A1582] | |
Perundangan berkaitan | |
Ordinan Darurat (Kuasa Istimewa) No. 74, 1971 | |
Kata kunci | |
Universiti, kolej universiti | |
Status: Berkuat kuasa |
Menurut Abdullah Haji Abdul Karim, Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Pusat dalam kenyataan rasmi dalam laman Harakah Daily berkata meskipun di dalam mukadimah AUKU 1971 jelas memperuntukkan bahawa AUKU adalah bertujuan "untuk memberikan penubuhan, pengawalan, dan pentadbiran Universiti dan Kolej Universiti dan apa-apa jua perihal yang bersangkutan dengannya", tetapi kita melihat bahawa banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran Mahathir Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utamaterhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang:
Antara beberapa peruntukan di dalam AUKU dan juga Kaedah-Kaedah Tatertib Pelajar (merupakan undang-undang kecil yang mengandungi semua peruntukan berkaitan dengan tatatertib pelajar-pelajar dan dikuatkuasakan secara seragam di semua IPTA) dimana kaedah ini digubal oleh Lembaga Pengarah Universiti melalui perwakilan kuasa (delegated power) yang diberikan oleh Seksyen 16C (2 / 1) AUKU 1971, yang berlawanan dengan hak asasi manusia serta bersifat menindas dan perlu dipinda atau dimansuhkan segera ialah:
Apa yang menjadi masalah, peruntukan ini adalah umum dan ia tidak menentukan urutan hukuman yang mesti diikuti. Bentuk hukuman yang hendak dijatuhkan adalah berdasarkan kepada budibicara Jawatankuasa Tatatertib tanpa dipandu oleh apa-apa peraturan tertentu. Oleh sebab itu soal kesetimpalan (proportionality) juga boleh dipertikaikan di mana dalam beberapa kes, terdapat pelajar yang terus dikenakan hukuman dipecat dari universiti meskipun didapati bersalah melakukan kesalahan kali pertama dan kesalahan tersebut bukanlah kesalahan yang besar seperti jenayah rompak ataupun rogol.
Pada 9 November 2018, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik, menerusi sidang media selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2018, menyatakan bahawa akan ada beberapa pindaan yang akan dilakukan ke atas AUKU. Cadangan ini disokong sebulat suara dalam mesyuarat kabinet, dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat Malaysia selepas perbahasan mengenai Rang Undang-undang Belanjawan Malaysia 2019.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.