Kim Kardashian

Kimberly Noel Kardashian West (lahir 21 Oktober 1980) ialah seorang personaliti TV, pelakon dan model dari Amerika Syarikat.

Kardashian mula meraih perhatian media sebagai rakan dan penggaya Paris Hilton, tetapi menerima perhatian meluas selepas pita seks 2003 beliau bersama bekas teman lelakinya Ray J bocor pada 2007. Kemudian pada tahun itu, beliau dan keluarganya muncul dalam rancangan realiti E! Keeping Up with the Kardashians. Kejayaan membawa kepada penerbitan turunannya termasuk Kourtney and Kim Take New York dan Kourtney and Khloé Take Miami. Kehidupan peribadi Kardashian menjadi subjek perhatian media .

Kim Kardashian
Kim Kardashian
Kardashian pada 2014
Kelahiran
Kimberly Noel Kardashian

(1980-10-21) 21 Oktober 1980 (umur 43)
Pekerjaan
  • Personaliti TV
  • sosialit
  • pelakon
  • ahli perniagaan
  • model
Tahun aktif2007–kini
TelevisyenKeeping Up with the Kardashians
Pasangan
  • Damon Thomas (k. 2000; c. 2004)
  • Kris Humphries (k. 2011; c. 2013)
  • Kanye West (k. 2014)
Anak-anak3
Ibu bapa
Saudara

Kehidupan awal

Kimberly lahir pada 21 Oktober 1980 di Los Angeles, California. Dia merupakan anak kedua kepada pasangan suami isteri Robert Kardashian dan Kris Houghton; Ibunya berdarah kacukan Belanda, Inggeris, Ireland dan Scotland manakala ayahnya merupakan seorang warga berbangsa Armenia yang bekerja sebagai seorang peguambela - beliau paling dikenali dalam penglibatannya mewakili O. J. Simpson, seorang pemain bola sepak Amerika dan pelakon terkenal, sewaktu Simpson dibicarakan atas tuduhan membunuh bekas isterinya.

Robert dan Kris bercerai pada tahun 1991. Kris berkahwin pula dengan seorang atlet dekatlon bernama Bruce Jenner (kini Caitlyn Jenner),[A]. Hubungan Kris dan Bruce menyatukan Kimberley dengan adik-adik tiri baharunya Burton, Brandon, Brody, Casey, Kendall dan Kylie Jenner.

Dia belajar di Marymount High School, sebuah sekolah perempuan Katolik di Los Angeles.

Kemunculan umum awal

Sebagai selebriti TV realiti

Pada Mei 2011, Kardashian bertunang dengan seorang pemain bola keranjang dari pasukan New Jersey Nets, Kris Humphries, pada bulan Mei 2011. Mereka berkahwin dalam suatu majlis mewah di Montecito, California pada 20 Ogos tahun sama. Namun, hubungan mereka cepat merenggang dan berselisih selepas 72 hari sehingga Kimberley mula menceraikannya pada 31 Oktober tahun sama.

Sambil itu, Kimberley berpacaran dengan sahabat baiknya dan penyanyi rap Kanye West sejak April 2012. Dia dan Humphries sah bercerai pada 3 Jun 2013. Kim dan Kanye bertunang tidak lama selepas itu pada 21 Oktober tahun sama dan berkahwin pada tanggal 24 Mei 2014 di tinggalan kubu Fortezza di Belvedere, Firenze, Itali.

Filemografi

Penampilan sendiri

Televisyen
Tahun Tajuk Catatan Ruj.
2003–06 The Simple Life 4 episod
2007 Kim K Superstar Video lucah bocor
2007–kini Keeping Up with the Kardashians Peranan utama
2008 Dancing with the Stars Peserta (6 episod)
2008 Bad Girls Club Rancangan Khas
2009–13 Kourtney and Kim Take Miami Peranan utama (19 episod)
2009–11 America's Next Top Model Bintang jemputan; 2 episod
2011–12 Kourtney and Kim Take New York Peranan utama (18 episod)
2011 Khloé & Lamar 3 episod
2012 Punk'd Episod: "Ashton Kutcher"
2014 Kourtney and Khloé Take The Hamptons 3 episod
2014 Celebrities Undercover Episod: "Wendy Williams & Kim Kardashian"
2015 I Am Cait 5 episod
2015 Dash Dolls Penerbit eksekutif dan peranan ulangan

Sebagai pelakon

Filem
Tahun Tajuk Peranan Ruj.
2008 Disaster Movie Lisa Taylor
2009 Deep in the Valley Summa Eve
2013 Temptation: Confessions of a Marriage Counselor Ava
2018 Ocean's 8 Kameo, diri sendiri
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Catatan Ruj.
2009 Brothers Kim Kardashian Episod: "Meet Mike Trainor/Assistant Coach"
2009 CSI: NY Debbie Fallon Episod: "Second Chances"
2009 Beyond the Break Elle 4 episod
2009 How I Met Your Mother Diri sendiri Episod: "Benefits"
2010 90210 Diri sendiri Episod: "Senior Year, Baby"
2012 Drop Dead Diva Nikki LePree 4 episod
2012 Last Man Standing Kim Kardashian Episod: "Tree of Strife"
2012 30 Rock Kim Kardashian (West Coast only) Episod: "Live from Studio 6H"
2014 American Dad! Qurchhhh/Kim Kardashian (suara) Episod: "Blagsnarst, A Love Story"
2014 2 Broke Girls Dirinya sendiri Episod: "And the Reality Problem"

Muzik video

Tahun Tajuk Artis Ruj.
2007 "Thnks fr th Mmrs" Fall Out Boy
2011 "Jam (Turn It Up)" Dirinya sendiri
2013 "Bound 2" Kanye West
2016 "M.I.L.F. $" Fergie
"Wolves" Kanye West

Diskografi

Senarai single, dengan kedudukan carta terpilih
Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi
carta
Album
US
US
Heat.
"Jam (Turn It Up)" 2011 21 Bukan album single
"—" menunjukkan keluaran yang tiada dalam carta atau tidak dikeluarkan di wilayah tersebut.

Anugerah dan pencalonan

Teen Choice Awards

Tahun Kategori Karya tercalon Keputusan Ruj.
2008 Choice TV Female Reality/Variety Star Keeping Up with the Kardashians Tercalon
2009 Choice TV: Female Reality/Variety Star Tercalon
2010 Choice Female Reality/Variety Star[B] Menang
Choice Female Hottie Kim Kardashian Tercalon
Choice Twit Tercalon
2011 Choice TV: Female Reality/Variety Star[C] Keeping Up with the Kardashians Menang
Choice Female Hottie Kim Kardashian Tercalon
2012 Choice TV: Female Reality/Variety Star[D] Keeping Up with the Kardashians Menang
2013 Choice TV: Female Reality/Variety Star[E] Menang
2016 Choice TV Show: Reality Keeping Up with the Kardashians Menang
2016 Choice Selfie Taker Kim Kardashian Tercalon
2016 Choice Instagramer Kim Kardashian Tercalon
2016 Choice Social Media Queen Kim Kardashian Tercalon

Anugerah lain

Tahun Persatuan Kategori Karya tercalon Keputusan Ruj.
2008 Golden Raspberry Awards Worst Supporting Actress Disaster Movie Tercalon
2013 Temptation: Confessions of a Marriage Counselor Menang
2011 People's Choice Awards Favorite TV Celeb Reality Star Kim Kardashian Menang

Buku

  • Kardashian, Kim; Kardashian, Kourtney; Kardashian, Khloé (2010). Kardashian Konfidential. St. Martin's Press. ISBN 0-312-62807-2.

Nota kaki

A   Jenner pada bulan April 2015 menyatakan diri sebagai seorang transgender serta menjalani proses menukar jantinanya pada tahun sama.
B   Dikongsi bersama Kourtney, Khloe, Rob dan Kris
C   Dikongsi bersama Kourtney, Khloe, Rob dan Kris
D   Dikongsi bersama Kourtney, Khloe, Rob dan Kris
E   Dikongsi bersama Kourtney, Khloe, Rob, Kris, Kendall, Kylie dan Caitlyn (nama asal: "Bruce")

Rujukan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Kim Kardashian, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Kim Kardashian Kehidupan awalKim Kardashian Kemunculan umum awalKim Kardashian FilemografiKim Kardashian DiskografiKim Kardashian Anugerah dan pencalonanKim Kardashian BukuKim Kardashian Nota kakiKim Kardashian RujukanKim Kardashian Pautan luarKim KardashianE!Keeping Up with the KardashiansParis Hilton

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Dasar Ekonomi BaruMona FandeySarimah AhmadHassanal BolkiahPolemik kedudukan bahasa Melayu di MalaysiaTanda dan gejalaJesus ChristSejarah MalaysiaBatik Air MalaysiaKuala KangsarUndang-undangNorman HakimHak asasi manusiaLaskar KananFauziah Nawi10 Briged ParaJoe FlizzowKedah TuaBanjaran TitiwangsaPontianak Harum Sundal MalamSari YantiLovely RunnerSitiawanMuhammad al-FatihPersekutuan Tanah MelayuPolis EVOBank Negara MalaysiaNabi Ibrahim a.s.Mahathir MohamadSekali Lagi Cinta KembaliRukun ImanKugiran MasdoRisteena MunimSunan MuriaHawa RizwanaSultan Sharafuddin Idris ShahRaja Zarith SofiahNina JurenJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaAlor SetarTengku Ismail Leon PetraJabatan Alam SekitarDewan Undangan Negeri di MalaysiaPolitik balas budiAb Rauf YusohSalahuddin al-AyyubiMaktab Rendah Sains MARA2024 di MalaysiaIppo HafizKerajaan Bani UmaiyahFarouk HussainMenteri Kesihatan MalaysiaTV3Angeline TanAmir AhnafSheikh Muszaphar ShukorOrganisasi tenteraCabang dan mazhab IslamLembah KlangRacun RihannaPerlisNombor telefon di MalaysiaPerang BadarNa’im BrundageMierul AimanNegeri SembilanSenarai pelakon lelaki MalaysiaNabi Isa a.s.Pontianak Harum Sundal Malam IIPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Gunung RuangEmpayar UthmaniyahPegawai Waran Udara ISenarai nahas dan kejadian pesawat komersilChe’ Puan Mahkota Khaleeda Johor🡆 More