Holokus

Holokus merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi kepada beberapa kumpulan etnik, agama, nasional, dan sekular sewaktu Perang Dunia II.

Ia bermula pada tahun 1941 dan diteruskan sehingga 1945. Kumpulan Yahudi merupakan sasaran utama Holokus dan pembunuhan ini dianggap oleh puak Nazi sebagai "penyelesaian terakhir kepada permasalahan kaum Yahudi". Dianggarkan enam juta orang Yahudi terkorban didalam pembunuhan beramai-ramai ini. Selain kaum Yahudi, kumpulan lain yang dibunuh termasuklah kumpulan yang dianggap tidak diperlukan atau "undesirables" oleh masyarakat seperti golongan Slav (seperti rakyat Poland, Russia dan lain-lain), Rroma (atau Roma), Sinti, golongan kurang berkeupayaan (pesakit mental dan/atau cacat anggota) dan golongan homoseks. Oleh sebab kekurangan rekod, agak sukar untuk menetapkan jumlah sebenar mangsa yang terkorban dalam Holokus ini tetapi dijangkakan terdapat lebih kurang 26 juta orang yang terbunuh dalam masa yang singkat.

Holokus
Sebanyak enam juta orang, kebanyakan mereka kaum Yahudi, dibunuh oleh Nazi Jerman dalam pelaksanaan Holokus.

Terdapat segolongan orang, yang dikenali sebagai "Holocaust deniers" (penafi Holokus). Menurut orang-orang ini, pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler, tidak pernah mengarahkan pengikutnya untuk membunuh kaum Yahudi. Mereka juga mendakwa bahawa anggaran enam juta orang Yahudi terkorban adalah terlalu tinggi, dan nombor yang sebenar adalah kurang daripada sejuta.

Kegiatan Holokus dijalankan di semua tempat yang ditakluk oleh tentera Jerman sewaktu Perang Dunia II, biasanya di kem pelupusan. Satu kem ini yang paling terkenal merupakan Kem tahanan Auschwitz. Biasanya, kaum Yahudi dibawa ke sini melalui kereta api, dan dibawa ke bilik gas. Di situ, pil Zyklon B dilontarkan ke dalam bilik tersebut. Pil ini bertukar kepada gas "cyanide" yang maut. Selepas kesemua di dalam bilik gas meninggal dunia, mayat mereka dibakar.

Setelah Jerman dikalahkan oleh tentera Perikatan, ramai pemimpin Nazi Jerman didakwa di atas jenayah terhadap kaum manusia ("crimes against humanity"). Kebanyakan mereka didapati bersalah, walaupun mereka beritahu mahkamah bahawa mereka hanya mengikut arahan, dan digantung sampai mati. Namun, Adolf Hitler tidak dapat dihukum — beliau bunuh diri beberapa hari sebelum Jerman menyerah kalah.

Pautan luar

Tags:

AgamaEtnikHomoseksMasyarakatNasionalNaziPerang Dunia IIPolandRussiaSekularSlavYahudi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ku FaridahEErra FaziraJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaKL Special ForceElla (penyanyi)Jabatan Akauntan NegaraPendidikan di MalaysiaProton SagaPuteri BalqisPegawai Waran Udara IIKerajaan Bani AbbasiyahRicheese FactoryRinggitMajlis Raja-RajaPegawai memerintahCinta Buat DaraSiti HariesaHukum Kanun MelakaKL Gangster 2SyiahLeftenan KomanderTaman Tasik TitiwangsaPanglima Angkatan TenteraOrang JawaJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaManchester United F.C.Semenanjung MalaysiaGempa bumiYasmin NapperAngeline TanPolemik kedudukan bahasa Melayu di MalaysiaFadillah YusofMohammed Hanif OmarZakar manusiaDatuk (gelaran)Baby ShimaSultanah Nur Diana Petra AbdullahPemancutan maniKanun KeseksaanLelaki ItuGeografi IndonesiaAmir AhnafProton Holdings BerhadSenarai haiwanUniversiti Teknologi MARALiga Super MalaysiaPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuLaskar KananSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaAdnan bin SaidiEyka FarhanaMy Lovely DriverHalimah As-Sa'diyahAgama BuddhaHawa RizwanaSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Hussein OnnJam 24 jamAndai Itu TakdirnyaTentang Hati DiaBintara MudaSerembanPahamin RajabPerlisNasrizal NgasriHedonismeBatu Bersurat TerengganuSri Pahang FCPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Pontianak Harum Sundal MalamAssalamualaikumAzhan RaniRozie OthmanUndang-undang Malaysia🡆 More