tutorial

tutorial Laman Wikipedia ini adalah tidak aktif buat masa ini dan ditinggalkan untuk keminatan sejarah.Sesebuah laman bersejarah biasanya merupakan sesebuah laman yang tidak lagi diuruskan atau tidak lagi relevan, ataupun sesebuah laman yang konsensusnya tidak jelas. Jika anda hendak memulihkan perbincangan mengenai laman ini, anda harus mencari input yang lebih luas melalui sesebuah forum seperti Kedai Kopi.

Pengenalan   Menyunting   Memformat   Pautan Wiki   Memetik sumber   Laman perbincangan   Peringatan   Pendaftaran   Tamat    

Perbincangan

Salah satu ciri utama Wikipedia ialah kemampuannya untuk membincangkan rencana dan isu-isu lain dengan ahli Wikipedia yang lain.

Jika anda ingin bertanyakan soalan mengenai sesuatu rencana, atau anda mempunyai komen atau pendapat, anda boleh menyampaikannya di bahagian perbincangan. Anda perlu menekan bebutang "perbincangan" di bahagian atas laman rencana tersebut. Jika pautan perbincangan itu kelihatan merah, maknanya tiada mesej di dalamnya lagi.

Apabila anda menghantar komen baru, letakkannya di bahagian bawah laman. Pengecualian diberikan jika anda ingin membalas mesej orang lain. Untuk membalas mesej, anda perlu meletakkan mesej anda di bawah mesej tersebut. Anda juga boleh melekukkan (indent) komen anda dengan menaip tanda ":" pada permulaan mesej.

Anda juga perlu menandatangani komen anda dengan menaip "~~~" untuk nama samaran, atau "~~~~" untuk nama samaran dan waktu tandatangan. Apabila anda menyimpan laman tersebut, tandatangan anda akan dimasukkan secara automatik. Kebanyakan daripada kami menggunakan pilihan yang kedua kerana ia memudahkan perbincangan seterusnya.

Lekukan

Lekukan boleh membantu pembaca lain mengikuti perbincangan dengan mudah. Perkara biasa yang dilakukan ialah memasukkan mesej anda di bawah mesej yang ingin anda balas. Ada beberapa bentuk lekukan:

Lekukan kosong

Cara yang termudah adalah dengan meletakkan tanda ":" di hadapan perenggan mesej anda. Lebih banyak tanda tersebut, lebih jauh mesej anda digerakkan ke kiri. Kesannya sama seperti menekan bebutang tab dalam program pemproses kata (Microsoft Words, atau OpenOffice). Contohnya:

Baris ini tiada lekuk:Baris ini bergerak ke kanan sedikit::Baris ini bergerak ke kanan sebanyak dua kali.

akan kelihatan seperti ini:

Baris ini tiada lekuk

    Baris ini bergerak ke kanan sedikit
      Baris ini bergerak ke kanan sebanyak dua kali.
Cuba membuat lekukan di Kotak pasir
Teruskan tutorial dengan Peringatan

Tags:

tutorial Perbincangantutorial Lekukantutorial

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

WudukSyed Danial Syed AhmadTakdir Itu Milik AkuPerayaan QingmingShahrulezad MohameddinKorban KasihZarina ZainuddinPulau PangkorRibaNabi Nuh a.s.Kerajaan KutaiSiti Khadijah HalimNombor telefon di MalaysiaRazarudin HusainThe Legend of Zelda (permainan video)Justin BieberKrim putarHuminodunSel (biologi)Angkatan Pertahanan Awam MalaysiaWawa ZainalPerkhidmatan awam di MalaysiaPemboleh ubahAsha MericanSarah SuhairiZizan RazakSepahtu Reunion LiveAbdullah bin Ahmad BadawiNajib RazakJata MalaysiaLengkuasTerusan SuezBrondongMuhammad bin Idris al-SyafiiDini SchatzmannCyberpunk 2077Naszriah NgasriBadarFrekuensi radio di TerengganuLee Kee HiongAwesome TVTenaga Nasional BerhadAiman Hakim RidzaKuantanIsu kalimah Allah pada stoking 2024Bola jaringKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Kementerian Dalam Negeri MalaysiaSuku BidayuhSophia LianaBatuk kokolTunku Aminah Maimunah IskandariahNabi Sulaiman a.s.Slot SakuraAbu Bakar as-SiddiqP. RamleeSultanah ZanariahPenyelenggaraanPeraturan bola jaringKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Zul AriffinJenis darahAgamaCendolNadia AqilahElly ArifinNajua NasirSetelah Cinta Itu PergiMelakaMolek FMSe7en (filem 1995)Riz AminBumiputera di SabahSenarai negara mengikut keluasanLailatulqadarFalsafah Pendidikan MalaysiaUlar Tedung SelarKementerian Kesihatan MalaysiaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)🡆 More