Warna Perang: Warna

Warna perang (Jawi: ‏ڤيراڠ‎code: ms is deprecated ‎) atau warna coklat ialah warna merah tua atau jingga yang mempunyai keamatan berluminositi yang amat rendah.

Bagaimanapun, warna perang wujud sebagai satu persepsi warna hanya dengan adanya perbandingan warna yang lebih terang: objek merah atau jingga masih dapat dilihat sebagai warna masing-masing jika aras iluminasi am adalah rendah, walaupun warna-warna ini memantulkan jumlah cahaya merah atau jingga yang sama seperti sebuah objek berwarna perang dalam keadaan-keadaan pencahayaan yang biasa. Cat perang boleh dihasilkan daripada cat merah ataupun cat jingga melalui menambahkan warna-warna pelengkapnya. Sebagai warna keamatan rendah, warna perang ialah warna tertier dalam erti kata teknik yang asal: mencampurkan tiga warna primer subtraktif menghasilkan warna perang, jika kandungan sian adalah rendah.

PerangHow to read this color infobox
Tentang koordinat ini     Koordinat warna
Hex triplet#993300
sRGBB  (rgb)(153, 51, 0)
CMYKH   (c, m, y, k)(0, 67, 100, 40)
HSV       (h, s, v)(20°, 100%, 60%)
Sumber[Unsourced]en:Category:WikiProject Color articles needing infobox sources
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)

Penggunaan, perlambangan, dan ungkapan basahan

  • Perang ialah warna untuk banyak tanih, haiwan, kulit kayu, najis, dan benda-benda lain dalam alam semula jadi.
  • Perang Pullman ialah warna Perkhidmatan Bungkusan Bersatu (UPS: United Parcel Service), sebuah syarikat perkhidmatan kiriman cepat, dengan pakaian seragam dan lori-lori berwarna perang yang merupakan ciri utamanya. Perang UPS (sering salah dituntut sebagai Panton 0607298 yang sebenarnya bukan nombor panton yang sah) ialah cap dagang UPS. Dalam iklan-iklannya, UPS merujuk kepada diri sebagai "Perang" ("Apakah yang Perang dapat berbuat untuk kamu?").
  • Pada dekad 1930-an, perang ialah warna Parti Nazi Jerman. Ahli-ahli Sturmabteilung (SA) memakai pakaian seragam perang. Sturmabteilung bermaksud "baju warna perang".
  • Warna perang sering digunakan sebagai warna untuk jersi dan logo olahraga. Yang paling terkenal mungkin merupakan Cleveland Browns dari Liga Bola Sepak Nasional. Pasukan ini mendapat namanya daripada Paul Brown, pengasas dan jurulatih lamanya. St. Louis Browns ialah bekas pasukan Besbol Liga Utama yang kini dikenali sebagai Baltimore Orioles. Untuk hampir 25 tahun, San Diego Padres menggunakan warna perang sebagai warna utama untuk pasukannya.
  • Memerangkan makanan ialah mengoksidakan kulit makanan melalui pemanasan, umpamanya di bawah pemanggang atau di dalam kuali leper, sehingga makanan berwarna perang.
  • Dalam permainan snuker, bola berwarna perang mempunyai empat mata.
  • Perang digunakan secara mengecil-ngecilkan untuk merujuk kepada orang-orang etnik Amerika-Sepanyol, Filipina atau Asia Tenggara, dan kekadang untuk orang Afrika serta orang kacukan.

Pigmen perang

  • Bister
  • Siena (bakar dan mentah)
  • Umber (bakar dan mentah)

Lihat juga

Pautan luar

  Warna-warna perang  
Auburn Bister Perang Kuning pucat Burgundy Siena bakar Umber bakar Tembaga Hati Mahogani Merah manggis Kuning tanah
                       
Perang pudar Umber mentah Russet Karat Perang berpasir Perang anjing laut Sepia Sawo matang Gandum Zinnwaldite Fallow Bole
                       
Taupe Medium Taupe Pale Taupe Dark Khaki Khaki Light Khaki Sandy Taupe Ecru Kuning air
                 
  Warna-warna jingga  
Jingga Amber Karang Salmon gelap Gamboge Jingga antarabangsa Mahogani Peach Peach-jingga Peach-kuning Jingga-merah jambu Pomegranate Labu
                         
Karat Jingga keselamatan Salmon Tangerine Tenné (Tawny) UNECE Amber Vermilion Jingga bakar Aprikot Jingga lobak Jingga Peel Jingga (web) Perang
                         

Tags:

Warna Perang Penggunaan, perlambangan, dan ungkapan basahanWarna Perang Pigmen perangWarna Perang Lihat jugaWarna Perang Pautan luarWarna PerangCatCoklatJinggaKeamatan berluminositiMerahSianTulisan JawiWarnaWarna pelengkapWarna primer

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sheikh Muszaphar ShukorBatik Air MalaysiaShah AlamUndang-undang MalaysiaBaba dan NyonyaCopa América 2015Surah al-BaqarahS.S. LazioHassanal BolkiahUmmi NazeeraSejarah MalaysiaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarHarissa AdlynnSarimah IbrahimKetupatLaila NasirMeerqeenKugiran MasdoSarawakKucingNasi kandarRaihanPeribahasa MelayuTerengganuIbu Tiri (filem)Ahmad Zahid HamidiKulitSultan JohorSolat subuhFimie DonUthman bin AffanWak DoyokWarna Warni AidilfitriAyu RaudhahTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahSingapuraWinai KraibutrAiman Hakim RidzaRedza RosliSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaNuzul QuranFarah AhmadJepunPiagam MadinahDaiyan TrishaSaifuddin Nasution IsmailHarimauEman MananArash MohamadNombor perdanaSepahtu Reunion LiveSelangorEtnik MelayuDewan Negara MalaysiaTulisan JawiKerajaan KutaiAmira OthmanLaman UtamaAdat resam kahwin MelayuBabiAssalamualaikumKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaPeristiwa 13 MeiBulanNabila HudaBunga rayaSekolah Menengah Kebangsaan Jalan TigaMasya-AllahBoBoiBoySireniaJangan Menangis Cinta (drama)InfrastrukturAgama BuddhaAlif SatarMazhab SyafiiKristianSyed Danial Syed AhmadBruneiIskandar Chempaka🡆 More