Surah Taahaa

Surah Taahaa (سورة طه) adalah surah ke-20 dalam al-Quran.

Surah ini terdiri atas 135 ayat, diturunkan setelah Surah Maryam dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Surah ini dinamai Thaahaa, diambil ayat pertama surat ini. Sebagaimana juga yang lazim terdapat pada surah-surah yang memakai huruf-huruf abjad pada permulaannya, di mana huruf tersebut seakan-akan merupakan pemberitahuan Allah SWT kepada orang-orang yang membacanya, bahawa sesudah huruf itu akan dikemukakan hal-hal yang sangat penting diketahui, maka demikian pula halnya dengan ayat-ayat yang terdapat sesudah huruf thaahaa dalam surat ini. Allah menerangkan bahawa Al Quran merupakan peringatan bagi manusia, wahyu dari Allah, Pencipta semesta alam. Kemudian Allah menerangkan kisah beberapa orang nabi; akibat-akibat yang telah ada akan dialami oleh orang-orang yang percaya kepada Allah dan orang-orang yang mengingkari-Nya, baik di dunia mahupun di akhirat.

Isi kandungan

  1. Keimanan: Al-Quran adalah peringatan bagi manusia terutama bagi orang-orang yang bertakwa; Musa a.s. menerima secara langsung wahyu dari Allah, tanpa perantaraan Jibril; Allah menguasai 'Arsy, mengetahui sesuatu yang samar dan yang lebih samar; keadaan orang berdosa dihimpunkan di hari kiamat; syafaat tidak bermanfaat pada hari kiamat, kecuali syafa'at dari orang-orang yang dapat keizinan dari Allah.
  2. Hukum-hukum: Perintah mengerjakan solat dan keutamaan waktu-waktunya; kewajipan menyuruh keluarga melakukan solat.
  3. Kisah-kisah: Kisah Musa a.s. dan Harun a.s. dalam menghadapi Fir'aun dan Bani Israil, kisah Nabi Adam a.s. dan iblis.
  4. Dan lain-lain: Perintah Allah kepada Nabi Muhammad SAW supaya dia meminta tambahan ilmu kepada Allah sekalipun sudah menjadi rasul; Allah tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum diutus rasul kepada mereka; jangan terpengaruh oleh kesenangan kehidupan dunia.

Pautan luar

Bacaan dan terjemahan serta audio surah Taha

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Maryam
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Anbiyaa’
Surah 20

Tags:

Al-QuranAllah SWTSurah Maryam

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan TigaThailandBadli Shah bin AlauddinAsertifOrang BanjarLondonPulau RedangTerengganuSyahadahMalaysiaNora DanishTembikaiPerakKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaThe Legend of Zelda (permainan video)BruneiSijil Tinggi Agama MalaysiaPandemik COVID-19 di MalaysiaBola balingSyafiq KyleSultan Sharafuddin Idris ShahHarris AlifAmpangAmira OthmanIpohSarimah IbrahimSifat-sifat AllahFarid KamilHubungan seksMasjid al-AqsaSenarai Yang di-Pertuan AgongNabi Harun a.s.Aeril ZafrelPiagam MadinahHulu LangatHalim RadziJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaKesihatanWinai KraibutrNabi Musa a.s.ButakPerceraian dalam IslamSenarai Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFAYang di-Pertua Negeri SarawakEtikaMaryamJambatan Pulau PinangAnak Perjanjian Syaitan 2Andai Itu TakdirnyaStadium Nasional Bukit JalilNanako MatsushimaBatuk kokolSaifuddin Nasution IsmailMasjid Wilayah PersekutuanTauratNajib RazakAzzim ZahidKobe Jae ChongPulau PangkorSharifah ShahirahWadi AnnuarMarissa YasminPeroduaAli bin Abi TalibXPDCLabuanTahun Baru CinaLelaki ItuBank RHBPerayaan QingmingRinggitNabi Nuh a.s.Azan dan iqamatNgabuburitUqasha SenroseKumpulan Wang Simpanan PekerjaShideeSahur🡆 More