Sistem Angka Hindu-Arab: Sistem angka Hindu-Arab

Sistem angka Hindu-Arab atau sistem angka Hindu ialah sistem angka kedudukan persepuluh yang dibangunkan pada kurun ke-9 oleh ahli matematik India, diadaptasi ahli matematik Parsi (Al-Khawarizmi dalam buku Tentang pengiraan dengan angka Hindu yang ditulis sekitar 825M) dan ahli matematik Arab (Al-Kindi menerusi bukunya Tentang penggunaan angka India keluaran 830M), dan kemudiannya tersebar ke dunia barat pada zaman Pertengahan.

Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Ibrani
Yunani (Ionia)
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Sistem ini adalah berasaskan sepuluh (asalnya sembilan) glif yang berbeza. Simbol (glif) yang digunakan untuk mewakili sistem ini pada dasarnya adalah berkembang di luar sistem itu sendiri. Glif yang digunakan berasal dari angka Brahmi, dan telah berkembang menjadi pelbagai variasi tipografi semenjak zaman Pertengahan.

Set-set simbol ini boleh dibahagikan kepada tiga keluarga yang utama, angka India yang digunakan di India, angka Arab timur yang digunakan di Mesir dan Timur Tengah, dan angka Arab barat yang digunakan di Maghreb dan di Eropah.

Tatatanda kedudukan

Sistem angka Hindu-Arab direka untuk tatatanda kedudukan dalam sistem perpuluhan. Dalam bentuk yang lebih maju, tatatanda kedudukan juga menggunakan penanda perpuluhan (pada mulanya dengan satu tanda di atas digit “sa” tetapi sekarang ditukar dengan titik perpuluhan atau koma perpuluhan yang memisahkan tempat sa dari tempat puluh), dan juga satu simbol untuk ad infinitium(untuk kegunaan moden, simbol [vinculum]] digunakan). Sistem angka ini boleh menjadi simbol kepada sebarang nombor nisbah dengan menggunakan hanya 13 simbol (sepuluh digit, penanda perpuluhan, vinculum dan pilihan tanda sengkang pendek untuk menyatakan nombor negatif).

Simbol

Terdapat pelbagai set simbol yang digunakan untuk mewakili nombor dalam angka Hindu-Arab, yang kesemuanya berevolusi dari angka Brahmi. Sejak zaman pertengahan, set simbol dalam sistem ini telah berkembang menjadi pelbagai variasi tipografi, dan boleh dibahagikan ke dalam tiga kumpulan:

  • Angka Arab timur yang digunakan dengan abjad Arab, dipercayai mula berkembang dari kawasan yang sekarang dalam negara Iraq. Variasi angka Arab timur juga terdapat dalam Urdu dan Parsi. Terdapat beberapa variasi dalam penggunaan glif untuk digit Arab timur terutamanya untuk digit empat, lima, enam, dan tujuh.
  • Angka India yang digunakan dengan aksara dari keluarga Brahmik di India dan Asia Tenggara.


Arab Barat 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Hindu-Arab ٠ ١ ٢ ٣ ٤ ٥ ٦ ٧ ٨ ٩
Arab Timur
(Parsi dan Urdu)
۰ ۱ ۲ ۳ ۴ ۵ ۶ ۷ ۸ ۹
Devanagari
(Hindi)
Tamil  


Seperti di dalam sistem angka yang lain, nombor 1, 2 dan 3 diwakili oleh tanda ringkas. 1 diwakili oleh satu garisan, 2 oleh dua garisan (disambung dengan pepenjuru) dan 3 oleh tiga garisan (disambung dengan 2 garisan menegak). Selepas tiga, nombor-nombor lebih cenderung diwakili oleh simbol yang lebih kompleks (seperti juga dalam sistem angka Cina/Jepun dan angka Rumi). Menurut satu teori, ini dipercayai disebabkan oleh kesukaran untuk membilang objek lebih dari tiga dengan pantas.


Berikut adalah senarai glif angka kontemporari

Nota: Beberapa simbol mungkin tidak dapat dipaparkan dengan baik jika pelayar anda tidak menyokong fon Unicode .

Arab barat 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Arab timur ٠ ١ ٢ ٣ ٤ ٥ ٦ ٧ ٨ ٩
Parsi ۰ ۱ ۲ ۳ ۴ ۵ ۶ ۷ ۸ ۹
Devanagari
Gujarati
Gurmukhī Punjabi
Orang Assam & Bengali
Oriya
Telugu
Kannada
Malayalam
Tamil (Grantha)
Tibet
Thai
Khmer
Lao

Sejarah

Asal usul

Angka Brahmi ialah sistem yang digunakan di India yang menggantikan angka Kharosthi, selepas penaklukan Alexander Agung pada kurun ke-4 SM. Angka Brahmi dan Kharosthi digunakan bersama pada zaman empayar Maurya, di mana kedua-duanya muncul dalam titah perintah Asoka pada kurun ke-4 SM.

Inskripsi Buddha sekitar 300 SM menggunakan simbol 1,4 dan 6. Seratus tahun kemudian, penggunaan simbol untuk 2, 4, 6 dan 9 telah direkodkan. Angka Brahmi ini merupakan nenek moyang kepada glif Hindu-Arab 1 sehingga 9, tetapi ia tidak menggunakan sistem kedudukan dengan sifar, dan terdapat angka yang berasingan untuk setiap puluh (10, 20, 30, dll).

Sistem angka yang kita kenali hari ini adalah dengan tatatanda kedudukan dan penggunaan sifar, dan secara asasnya tidak bergantung kepada glif yang digunakan, dan lebih muda usianya dari angka Brahmi.

Perkembangan

Perkembangan sistem perpuluhan berasal dari matematik India ketika era empayar Gupta. Sekitar 500 M, ahli astronomi Aryabhata menggunakan perkataan kha ("kekosongan") untuk menanda "sifar" dalam jadual digit.

Kitab Brahmasphutasiddhanta yang ditulis pada abad ke-7, mengandungi pemahaman yang agak maju tentang peranan sifar dalam matematik.

Terjemahan Sanskrit untuk teks kosmologi Jain abad ke-5 yang hilang, Lokavibhaga mungkin memelihara contoh terawal penggunaan kedudukan sifar.

Perkembangan di India ini telah diambil alih oleh matematik Islam pada kurun ke-8, seperti yang direkodkan dalam kronologi cendekiawan (awal kurun ke-13) karya Al-Qifti.

Sistem angka ini kemudiannya dibincangkan oleh ahli matematik Parsi, Al-Khawarizmi dalam bukunya, Tentang pengiraan dengan angka Hindu (825M) dan ahli matematik Arab Al-Kindi dalam bukunya, Tentang penggunaan angka India (كتاب في استعمال العداد الهندي [kitab fi isti'mal al-'adad al-hindi] (830M). Kedua karya ini memainkan peranan besar dalam menyebarkan sistem angka India ke seluruh dunia Islam dan akhirnya ke Eropah. [2].

Dalam matematik Islam kurun ke-10, sistem ini telah dikembangkan dengan kemasukan subjek pecahan, seperti yang direkodkan dalam karya ahli matematik Arab Abu'l-Hasan al-Uqlidisi pada tahun 952–953.

Penggunaan di Eropah

Sistem Angka Hindu-Arab: Tatatanda kedudukan, Simbol, Sejarah 
Baris terbawah menunjukkan glif angka seperti yang dicetak dalam incunabula Jerman (Nicolaus Kesler, Basle, 1486)

Dalam Kristian Eropah, angka Hindu-Arab pertama kali muncul (dari 1 hingga 9, tanpa sifar) dalam Codex Vigilanus, satu kompilasi manuskrip berwarna warni dokumen sejarah dari era Visigoth di Sepanyol, yang ditulis dalam tahun 976M oleh tiga rahib dari biara San Martin de Abelda di La Rioja.

Antara tahun 967 dan 969, Gerbert of Aurillac menemui dan mempelajari sains Arab di gereja-gereja Catalonia. Kemudian beliau memperolehi dari tempat-tempat ini buku De multiplicatione et divisione (tentang pendaraban dan pembahagian). Setelah menjadi Paus pada tahun 999M, beliau memperkenalkan sempoa model baru yang dipanggil sempoa Gerbert, dengan mengadaptasi token-token yang mewakili angka Hindu-Arab, dari satu hingga sembilan.

Dalam bukunya Liber Abaci (Buku pengiraan), Leonardo Fibonacci memperkenalkan angka Arab, penggunaan nombor sifar, dan sistem kedudukan perpuluhan kepada dunia Latin. Sistem angka ini dipanggil "angka Arab" oleh orang Eropah. Ia mula digunakan dalam matematik Eropah dari kurun ke-12, dan digunakan dengan meluas sejak kurun ke-15. Bentuk moden seperti yang kita gunakan dengan abjad Latin hari ini (0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9) adalah hasil dari lewat kurun ke-15 hingga awal kurun ke-16, apabila ia mula memasuki atur huruf terawal.

Di dunia Arab—sehingga zaman moden—sistem angka Hindu-Arab digunakan hanya oleh ahli matematik. Saintis muslim menggunakan sistem angka Babylon, dan para saudagar menggunakan angka Abjad, satu sistem yang sama seperti sistem angka Greek dan sistem angka Ibrani. Pengenalan sistem ini oleh Fibonacci di Eropah cuma terhad dalam ruang lingkup kajian ilmiah.

Kredit harus diberikan kepada Adam Ries, seorang penulis Jerman zaman Pembaharuan yang bertanggungjawab atas pemahaman meluas dan penggunaan kedudukan perpuluhan di kalangan populasi umum, menerusi bukunya Rechenung auff der linihen und federn yang disasarkan pada golongan perantis usahawan dan artisan.

Penggunaan di Asia timur

Di China, Gautama Siddha telah memperkenalkan angka India dengan nombor sifar pada tahun 718, bagaimanapun ia dianggap tidak berguna bagi ahli matematik China yang sudah mempunyai batang pembilang yang berkedudukan perpuluhan. .

Dalam angka China, satu bulatan (〇) telah digunakan untuk menulis sifar dalam angka Suzhou. Ramai ahli sejarah berpendapat ia diimport dari angka India oleh Gautama Siddha pada tahun 718, tetapi sesetengah pendapat mengatakan ia dicipta dari pengisi ruang teks China "□" .

Orang China dan Jepun akhirnya menghentikan penggunaan batang pembilang, dan bertukar kepada angka Hindu-Arab pada kurun ke-19.

Penyebaran variasi Arab barat

Sistem Angka Hindu-Arab: Tatatanda kedudukan, Simbol, Sejarah 
Papan kekunci telefon Arab yang menggunakan kedua-dua variasi "angka Arab barat" dan "angka Arab timur".

Angka Arab barat yang biasa digunakan di Eropah sejak zaman Baroque telah tersebar ke seluruh dunia bersama dengan abjad Latin, bahkan lebih meluas berbanding penyebaran abjad Latin itu sendiri. Ia telah masuk ke dalam sistem penulisan yang secara tradisinya menggunakan variasi angka Hindu-Arab yang lain, dan juga digunakan dalam tulisan Cina dan tulisan Jepun.

Lihat juga

Nota

Rujukan

Tags:

Sistem Angka Hindu-Arab Tatatanda kedudukanSistem Angka Hindu-Arab SimbolSistem Angka Hindu-Arab SejarahSistem Angka Hindu-Arab Lihat jugaSistem Angka Hindu-Arab NotaSistem Angka Hindu-Arab RujukanSistem Angka Hindu-ArabAbu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-KhawarizmiIbn Ishaq Al-KindiMatematik IndiaMatematik IslamParsiPerpuluhanSistem angkaZaman Pertengahan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sekolah Menengah Kebangsaan TebobonPiala Sumbangsih 2024Seks oralMaktab Rendah Sains MARAMonyetJohor Darul Ta'zim F.C.Proton WajaSultan Sharafuddin Idris ShahPerkahwinan menurut IslamFarid KamilPasukan Khas UdaraForest CitySurah At-TaubahQistina RaisahNazim OthmanPerkhidmatan awam di MalaysiaSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Maktab MahmudPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaSultan Nazrin Muizzuddin ShahNajis dalam IslamPulau PinangNa’im BrundageGegar Vaganza (musim 10)Kaum-kaum di MalaysiaAbdul Razak HusseinTalbis IblisUmar bin Al-KhattabMona FandeyIzzue IslamJambatan Pulau PinangNasha AzizSemenyihNur (drama)Panglima Angkatan TenteraMenara Jam Condong Teluk IntanSolat hajatPuteri KhareezaErnie ZakriSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahEmelda RosmilaJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaPerlisSateRahsia (filem 2023)BumiputeraRacun RihannaTwitterCinema (Slot TV3)Penanda wacanaTeluk IntanAisyah Abu BakarAwiePerodua AxiaSyasyaJenis air untuk bersuci dalam IslamNoor AzizahPersatuan Negara-negara Asia TenggaraJohorPerlembagaan MalaysiaAedy AshrafKugiran MasdoBidaraSlot LestaryAstro ShawTauhid RububiyahAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanAb Rauf YusohTakbirKamal Affandi HashimHukum Kanun MelakaKata adjektifKKN di Desa Penari (filem)Kerajaan Bani AbbasiyahSyed Mokhtar Al-Bukhary🡆 More