Sindrom Terowong Karpal

Sindrom terowong karpal (STK) adalah keadaan perubatan yang berlaku disebabkan mampatan pada saraf median semasa ia bergerak melalui pergelangan tangan di terowong karpal.

Gejala utama terlibat ialah sakit, kebas dan kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan bahagian cap jari jari manis. Gejala biasanya bermula secara beransur-ansur dan berlaku pada waktu malam. Kesakitan tersebut boleh naik sampai ke lengan. Kekuatan cengkaman yang lemah mungkin berlaku, dan selepas jangka masa yang lama otot-otot di pangkal ibu jari mungkin kecut. Dalam lebih daripada separuh kes klinikal terlibat, kedua-dua tangan biasanya terjejas.

Sindrom terowong karpal
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Sindrom Terowong Karpal
Keratan lintang di pergelangan tangan. Saraf median berwarna kuning. Terowong karpal terdiri daripada tulang-tulang dan ligamen karpal lintang.
PengkhususanPembedahan ortopedik, pembedahan plastik
GejalaSakit, kekebasan, deria sesemut pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah, dan setengah dari jari kelingking, daya genggaman lemah
PuncaPemampatan saraf median pada terowong karpal
Genetik, obesiti, kerja melibatkan pergelangan tangan yang berulang kali, kehamilan, artritis reumatoid
Berdasarkan keterukan gejala, ujian fizikal spesifik, ujian elektrodiagnosis
PencegahanAktiviti fizikal
RawatanPenganduh pergelangan tangan, suntikan kortikosteroid, pembedahan
Kekerapan5–10%
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Faktor risiko terlibat termasuklah obesiti, kekerapan tinggi dari segi penggunaan pergelangan tangan, kehamilan, genetik dan artritis reumatoid. Terdapat bukti tentatif bahawa hipotiroidisme meningkatkan risiko. Diabetes melitus dikaitkan secara lemah dengan STK. Penggunaan pil perancang kehamilan tidak menjejaskan risiko. Jenis kerja yang dikaitkan termasuk kerja komputer, kerja dengan alat bergetar dan kerja yang memerlukan cengkaman yang kuat. Diagnosis disyaki berdasarkan tanda, gejala dan ujian fizikal khusus dan boleh disahkan dengan ujian elektrodiagnosis. Jika terdapat kehilangan otot di pangkal ibu jari, kebarangkalian hasil diagnosis ke arah simptom ini adalah tinggi.

Pengekalan aktif secara fizikal boleh mengurangkan risiko perkembangan STK. Gejala boleh diperbaiki dengan memakai penganduh pergelangan tangan atau dengan suntikan kortikosteroid. Pengambilan NSAID atau gabapentin tidak kelihatan berguna. Pembedahan untuk memotong ligamen karpal melintang berkesan dengan keputusan yang lebih baik selepas setahun berbanding pilihan bukan pembedahan. Penganduhan lanjut selepas pembedahan tidak diperlukan. Bukti sedia ada tidak menyokong keberkesanan terapi magnet.

Kira-kira 5% orang di Amerika Syarikat mempunyai sindrom terowong karpal. Simptom ini biasanya bermula pada masa dewasa, dan wanita lebih kerap terkena berbanding lelaki. Sehingga 33% orang mungkin bertambah baik keadaannya tanpa rawatan khusus selama lebih kurang setahun. Sindrom terowong karpal pertama kali diterangkan sepenuhnya selepas Perang Dunia II.

Rujukan

Tags:

Pergelangan tanganSakit

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

16 PuasaSandrinna MichelleUniversiti Sains MalaysiaRawang, SelangorKhalid Mohamad JiwaAssalamualaikumMelayuRaja berperlembagaanUniversiti Kebangsaan MalaysiaShuib SepahtuBajauSiti HariesaFrekuensi radio di MelakaPiala Dunia FIFA 2022Bak kut tehYouTubeSejarah MalaysiaPendidikan di IndonesiaIpohPeroduaBelgiumNuzul QuranNgabuburitTeknologiPerkahwinan menurut IslamAriz LufiasMasakan IndiaGaris kasar sains fizikalAeril ZafrelAzzim ZahidOrang Asli di MalaysiaZahirah MacWilsonPiala Dunia FIFA 2018Media sosialUniversiti Teknologi MARASrivijayaSunan KalijagaKeperibadianDarah yang keluar dari rahim wanitaSolat hajatFalsafahI.D.Sheikh Muszaphar ShukorPeleHadha min fadhle RabbiKota KinabaluNasi lemakJohan GhazaliMerdeka 118Slot MegaDramaCabang dan mazhab IslamSolat Sunat RawatibNazim OthmanPokok MambuNegeri PalestinPerodua KancilNabi Sulaiman a.s.Susan ManenSabronzoKetaminInna lillahi wa inna ilaihi raji'unKetuanan MelayuBrisbaneOne Cent ThiefIbanTracie SinidolSolat jamakSaifuddin Nasution IsmailTentera Darat MalaysiaPerceraian dalam IslamKata ganti diriRakaatSharnaaz AhmadWardina SafiyyahPilihan raya umum Malaysia 2022Senarai lagu yang bertemakan Hari RayaPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaEmpayar Uthmaniyah🡆 More