Simen

Simen (Mal., Sin.; Jawi: ‏سيمين‎code: ms is deprecated ‎) atau semen (Ind.) ialah komponen utama yang penting dalam industri pembinaan.

Ia merupakan sejenis debu lembut yang mengeras apabila dicampur dengan air disebabkan tindak balas kimia yang menukarkan debu simen menjadi hablur-hablur yang saling berpaut sehinggalah simen itu menjadi keras.

Simen
Pekerja membancuh simen untuk dilaputi pada dinding binaan

Kedua-dua "simen" dan "semen" (masing-masing pinjaman Inggeris dan Belanda cement yang berbeza sebutan) datang daripada akar bahasa Latin caementum, yakni bahan sampingan termasuklah abu gunung berapi dan ketulan batu bata ditambah kepada sebatian yang digunakan para tukang batu Rom Purba untuk menghasilkan bahan binaan khusus bernama opus caementicium.

Penghasilan

Simen ialah bahan buatan daripada hasil campuran tanah liat dan batu kerikil atau batu baur. Campuran ini dipanaskan ke suhu setinggi 1400 °C membentuk clinker atau batu hangus yang kemudian ditumbuk halus menjadi tepung. Dalam kebanyakan projek pembinaan, jenis simen yang digunakan adalah daripada jenis Portland yang bergred 20.

Agregat

Di sini agregat mempunyai dua jenis iaitu halus dan kasar. Bagi jenis halus ia terdiri daripada bahan seperti pasir manakala bagi jenis kasar pula terdiri daripada bahan batu baur.

Pasir

Pasir ialah komponen utama dalam mortar dan juga komponen kedua terpenting dalam pembuatan konkrit. Dalam pembuatan mortar mahupun konkrit, ia mestilah bersih dan tidak mengandungi bahan bendasing di dalamnya semasa kerja-kerja pembancuhan dilakukan. Hal ini adalah untuk meningkatkan mutu pembinaan sesebuah bangunan itu sendiri.

Pasir digunakan bersama simen untuk kerja-kerja pembinaan dinding, tiang, bahagian atas tembok, aras lantai, rasuk tanah, tangga dan juga teres. Dalam projek pembinaan , biasanya dua gred pasir digunakan iaitu daripada jenis 1:3 dan 1:6 iaitu bahagian simen dan pasir dicampurkan sekali.

Batu kerikil/baur

Batu kerikil atau batu baur ialah komponen utama dalam pembinaan struktur konkrit. Ia memainkan peranan yang penting dalam proses membancuh konkrit. Batu baur kasar terdiri daripada serpihan batu yang saiznya melebihi 5 mm sehingga saiz maksimum yang dibenarkan untuk kerja-kerja konkrit yang tertentu, biasanya tidak melebihi 50 mm.

Batu ini yang jenis kasar boleh didapati dari lombong atau kuari batu di mana batu besar yang diperolehi dihancurkan mesin dan digredkan mengikut kegunaannya yang tertentu. Kadangkala batu baur besar juga diperolehi dari sungai. Jenis batu ini biasanya berbentuk bulat dan permukaannya licin.

Bagi batu baur yang keras, padat dan tahan lasak menghasilkan konkrit yang bermutu tinggi. Jenis batu yang lazimnya digunakan dalam industri pembinaan tempatan ialah batu granit dan batu kapur kerana dua jenis batu ini mudah didapati dan harganya murah. Bagi kebanyakan projek pembinaan, agregat kasar yang digunakan ialah gred 20.

Rujukan

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Simen, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Simen PenghasilanSimen AgregatSimen RujukanSimenBahasa IndonesiaBahasa MalaysiaHablurTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sejarah MalaysiaBumiputera di SabahSenarai buahOrang Asli di MalaysiaWikipediaSukan elektronikKumpulan Wang Simpanan PekerjaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Tunku Abdul RahmanAdnan Abu Hassan (ahli politik)Redza RosliArif AimanKelayakan UEFA Euro 2024Chacha MaembongJustin BieberSayu Yang SyukurAzira ShafinazIsrafilDataran MerdekaPemancutan maniA. Samad SaidTanah Melayu BritishMediaMalaysiaBola jaringPerang PadriPiagam MadinahSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiPembenihan awanFalsafahMalek MccroneEnglandKedah TuaThe Original GangsterSireniaPendidikan di MalaysiaSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaAmira OthmanZizan RazakCiri-ciri orang munafikVirusKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaLembah BujangPerlisBella DowannaProton SagaKumpulan Rock MalaysiaKata kerjaLionel MessiSungai BulohKata ganti nama (bahasa Melayu)Israk dan MikrajHari Raya AidilfitriSekolah Henry GurneyMohd Noor Helmy Abdul HalemNabi Muhammad SAWSyahadahEtnik MelayuRuhainiesPeringkat magnitud (jisim)KabungHubungan seksMyKadPendidikan di IndonesiaHarris AlifM. NasirMarga SangirPuteri BalqisSifat-sifat AllahAnna JoblingJenayah kolar putihRukun solatBadarHantu Kak Limah Balik RumahRock Oo!Hassanal BolkiahKonfusianisme🡆 More