Sepakan penalti merupakan sepakan percuma dalam sukan yang diambil di dalam kawasan kotak penalti.
Sepakan penalti yang sama turut dilakukan dalam satu pertandingan untuk menentukan pemenang apabila perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri. Meskipun mempunyai prosedur yang sama, secara teknikalnya sepakan tersebut bukan seperti sepakan penalti dalam perlawanan biasa kerana mempunyai peraturan yang berbeza.
Sepakan penalti dalam sukan bola sepak diambil didalam kawasan kotak penalti. Sepakan diambil dalam jarak 12 ela (11 meter).
Sepakan penalti dalam sukan hoki, juga dikenali sebagai pukulan penalti strok diambil di dalam kawasan D.
Sepakan penalti akan dihadiahkan kepada pemain dari pasukan lawan sekiranya pemain yang bertahan melakukan kesalahan ke atas pemain lawan atau menyentuh bola secara sengaja atau tidak sengaja dalam kawasan kotak penalti.
Pengadil akan meniupkan wisel dan menunjuk ke arah penanda penalti sebagai tanda penganugerahan sepakan penalti.
Dalam bola sepak, penalti akan diambil dari penanda penalti iaitu bulatan berwarna putih yang jaraknya 12 ela (11 meter) daripada gawang. Pemain yang mengambil sepakan penalti hendaklah dikenalpasti oleh pengadil.
Semua pemain kecuali penjaga gol dan pengambil sepakan penalti hendaklah berada diluar kawasan kotak penalti sekurang-kurangnya 10 ela (9.15 meter) daripada bola sehinggalah sepakan tersebut dilakukan. Penjaga gol pula hendaklah berada diantara tiang gawang dan garisan gol sehinggalah bola ditendang, tetapi boleh bergerak ke kiri dan ke kanan diatas garisan gol. Sekiranya penjaga gol bergerak ke hadapan sebelum bola ditendang, sepakan perlu diadakan semula jika pemain yang melakukan sepakan gagal menjaringkan gol.
Pengadil akan meniupkan wisel untuk pemain melakukan sepakan. Pemain terbabit perlu menedang bola ke hadapan. Sepakan dilakukan selepas pemain yang mengambil sepakan melakukan larian ringan dan tidak boleh berhenti sekiranya sudah memulakan larian. Sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi, sepakan akan dilakukan semula.
Apabila bola sudah ditendang atau digerakkan, permainan akan bersambung semula dan pemain lain boleh memasuki kawasan penalti dan mengawal bola. Selalunya selepas sepakan dilakukan bola akan masuk ke jaring atau penjaga gol akan menyelamatkan bola daripada memasuki jaring.
Sekiranya bola berjaya diselamatkan penjaga gol terlantun atau terkena palang atau tiang, gol yang berjaya dijaringkan tidak dikira sebagai gol dari sepakan penalti.
Menyelamatkan sepakan penalti merupakan tugas yang berat untuk penjaga gol. Oleh kerana jarak sepakan penalti yang diambil terlalu dekat dengan gawang, masa yang diperlukan untuk bertindak balas terhadap sepakan yang dilakukan pihak lawan sangat sedikit. Kerana itulah terdapat beberapa penjaga gol yang bertindak awal sebelum bola ditendang. Penjaga gol juga perlu meramal kemana hala tuju sepakan. Terdapat juga penjaga gol yang membaca pergerakan lawan.
Penjaga gol juga selalunya bergantung kepada cara lawan menjaringkan gol pada perlawanan terdahulu untuk menyelamatkan sepakan yang diambil.
Penjaga gol juga boleh mengganggu kosentrasi pihak lawan. Contohnya ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2008, Edwin van der Sar menggangu Nicolas Anelka dengan menunjukkan arah kirinya apabila Anelka datang mengambil sepakan. Anelka gagal menjaringkan penalti kerana menendang bola ke arah kanan Van Der Sar.
Ada juga penjaga gol yang melengah-lengahlkan masa dengan membersihkan kasut, meminta kepastian daripada pengadil tentang kedudukan bola atau beberapa lagi taktik untuk melengahkan permainan. Tetapi taktik ini boleh menyebabkan penjaga gol mendapat amaran dan kad kuning kerana melengahkan masa.
Wiki Commons mempunyai media berkaitan Sepakan penalti |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Sepakan penalti, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.