Saujana merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia.
Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid berbahasa Melayu, Arab, Inggeris dan Jepun. Ditubuhkan pada 16 April 1997, anggota-anggota asal kumpulan Saujana berasal dari sebuah kumpulan nasyid sekolah, All For Ummah dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Anggota asal Saujana ialah Azalinor, Suffian, Hakimi, Idzwan dan Faizul. Selepas sepuluh tahun bersama, Hakimi, Idzwan dan Faizul masing-masing menceburi bidang profesional manakala Suffian dan Azalinor berada di dalam industri yang sama. Hakimi, yang setelah beberapa tahun berada di Singapura atas urusan kerja dalam industri perbankan global, telah kembali ke Malaysia dan bersama salah satu institusi kewangan terkemuka di Malaysia, akan tetapi pada Februari 2023, berpindah ke luar negara sekali lagi, kali ini di Filipina dan bekerja di salah sebuah institusi kewangan terkemuka dari Eropah. Idzwan dan Faizul kini dalam bidang perubatan. Suffian dan Azalinor kekal bersama Saujana, dan Najran dan Adi kini bergabung tenaga meneruskan perjuangan Saujana.
Saujana | |
---|---|
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Nasyid |
Pekerjaan | Vokal / Pemuzik |
Tahun aktif | 1997- kini |
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
Laman sesawang | http://www.saujana.my |
Ahli | Aza Pyan Idzu Adi Kimi Ley Najran |
Bekas ahli | Shahir (Tanpa Album) |
Saujana telah menghasilkan tujuh album penuh dengan satu album karaoke, dan terlibat dalam lebih dua puluh album kompilasi bersama artis-artis terkenal di Malaysia. Kumpulan ini turut menghasilkan album duet bersama Kumpulan NowSeeHeart pada tahun 2005. Album itu diberi judul Jalan Sehala, memuatkan lagu-lagu dari beberapa komposer terkenal Malaysia antaranya Aidit Alfian dan Loloq.
Saujana pernah mengadakan persembahan di Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Jualan album-album mereka amat membanggakan dan ada yang melayakkan mereka menerima anugerah platinum dan anugerah emas. Mereka juga adalah idola kepada sebahagian besar remaja-remaja di Malaysia.
Semua ahli Saujana telah berjaya dalam pelajaran. Ini menunjukkan mereka tidak mengabaikan pelajaran dan membuktikan bahawa artis juga boleh dijadikan contoh untuk ikutan peminat ke arah yang baik.
Kesemua ahli Saujana, baru dan asal, telah bergabung tenaga bagi menghasilkan sebuah lagu reunion sebagai hadiah kepada peminat yang masih kekal bersama Saujana sehingga kini. Lagu yang diberi judul Satu Dalam Perjuangan, telah dilancarkan pada 16 April 2017, bersempena dengan ulangtahun Saujana yang ke-20.
Anggota Saujana :
Bekas anggota Saujana :
Satu Dalam Perjuangan (2017)
Tahun | Lagu | Album | Filem | Terbitan | Edaran |
---|---|---|---|---|---|
2003 | Dugaan Memilih Iman - Saujana (Azmer Shazly, Saujana) | Muhammad Utusan Terakhir (album) | Muhammad Utusan Terakhir | Flare Studios Music Sdn. Bhd. | Inteam Records Sdn. Bhd. (cetakan 2017) |
Utusan Allah - Saujana (Azmee Abdul Manap, Saujana) |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Saujana, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.