Perpustakaan Kolej Triniti Dublin (bahasa Inggeris: Trinity College Librarycode: en is deprecated , Ireland: Leabharlann Coláiste na Tríonóidecode: ga is deprecated ) merupakan perpustakaan untuk Kolej Triniti dan Universiti Dublin.
Ia merupakan perpustakaan terbesar di Ireland dan turut berperanan sebagai pusat penyerahan terbitan atau "perpustakaan hak cipta" yang mempunyai hak untuk menerima bahan-bahan yang diterbitkan dalam Republik Ireland secara percuma; ia juga merupakan satu-satunya perpustakaan di Ireland yang mempunyai hak sebegitu untuk United Kingdom. Perpustakaan ini juga merupakan kediaman tetap Buku Kells. Ahli Universiti Dublin juga dibenarkan untuk mengakses kepada perpustakaan Hospital Tallaght dan Sekolah Ekumenik Ireland.
Perpustakaan Kolej Triniti ڤرڤوستاكأن كوليج ترينيتي | |
---|---|
[Leabharlann Coláiste na Tríonóide] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (ga) [Trinity College Library] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (en) | |
Maklumat umum | |
Jenis | Perpustakaan akademik |
Ditubuhkan | 1592 |
Laman sesawang | www |
Koleksi | |
Item terkumpul | Buku, jurnal, surat khabar, majalah, rakaman bunyi dan muzik, pangkalan data, peta, cetakan dan manuskrip |
Saiz koleksi | s. 6,000,000 jilid |
Kriteria koleksi | Perolehan melalui pembelian, pusaka dan deposit undang-undang |
Penyerahan terbitan | Republik Ireland (Akta Hak Cipta dan Berkaitan 2000) dan United Kingdom (Akta Penyerahan Undang-undang Perpustakaan 2003) |
Capaian dan penggunaan | |
Keperluan capaian | Kakitangan, siswazah (keistimewaan pembacaan sahaja) dan pelajar universiti. Pembaca lain diakui di bawah aturan rentas institusi, atau jika bahan tidak tersedia di tempat lain. Perpustakaan lama dan kedai hadiah dibuka untuk orang awam. |
Anggota bagi | |
Pengurusan | |
Pengarah | Helen Shenton (Pustakawan dan Pengarkib Kolej) |
Gabungan | Trinity College Dublin |
Perangkaan | |
Kakitangan | Sekitar 180 |
Lokasi | |
Lokasi Perpustakaan Kolej Triniti | |
Koordinat | 53°20′38″N 6°15′24.5″W / 53.34389°N 6.256806°W 6°15′24.5″W / 53.34389°N 6.256806°W |
Negara | Republik Ireland |
Lokasi | College Street, Dublin 2 |
sunting · sunting di Wikidata |
Perpustakaan bermula dengan penubuhan Kolej Triniti pada tahun 1592. Pada tahun 1661, seorang biskop, Henry Jones menyerahkan Buku Kells. James Ussher (1625–56), Biskop Agung Armagh, yang terkenal dengan "Veterum Epistolarum Hibernicarum Sylloge" (1632) dan "Brittanicarum Ecclesiarum Antiquitates" (1639), menyerahkan beribu buku dan manuskrip berharga beliau kepada perpustakaan. Karya-karya lengkap beliau telah diterbitkan oleh perpustakaan dalam 24 jilid.
Pada tahun 1801, perpustakaan diberikan hak sebagai pusat penyerahan terbitan, menjadikan ia satu-satunya perpustakaan di Ireland yang menerima hak tersebut untuk United Kingdom. Pada 29 November 2009 jam 4 petang, Kesatuan Pelajar Triniti menganjurkan protes dengan duduk selama 24 jam untuk membantah pengurangan belanjawan pembelian buku, kekurangan akses buku pada hari Ahad, dan cadangan pengurangan perkhidmatan kaunter.
Perpustakaan ini mempunyai beberapa buah bangunan. Empat daripada terltak di dalam kampus Kolej Triniti, dan yang lain terletak di Pusat Triniti di Hospital St. James, Dublin:
Menurut Akta Hak Cipta Republik Ireland,2000, Perpustakaan mempunyai hak bersama-sama dengan Perpustakaan Negara Ireland serta perpustakaan-perpustakaan Universiti Kebangsaan Ireland, Universiti Limerick dan Universiti Bandar Dublin, untuk menerima satu salinan karya-karya yang diterbitkan di Republik Ireland. Juga, hasil daripada Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan British 2003, yang meneruskan hak yang diberi pada tahun 1801, Perpustakaan mempunyai hak, bersama-sama dengan Perpustakaan British, Perpustakaan Bodleian di Oxford, Perpustakaan Universiti Cambridge, Perpustakaan Negara Wales dan Perpustakaan Negara Scotland, untuk menerima satu salinan karya-karya yang diterbitkan di United Kingdom.
Ruang utama Perpustakaan Lama sepanjang 65-meter-long (213 ka) yang dikenali sebagai Bilik Panjang telah dibina sekitar 1712 dan 1723 dan menempatkan 200,000 buah buku lama Perpustakaan. Pada mulanya, Bilik Panjang mempunyai siling yang rata, hanya menempatkan buku-buku di aras bawah dan galeri terbuku. Pada tahun 1850-an, memandangkanr rak-rak telah penuh dengan buku-buku yang diperoleh secara permula menerusi hak perpustakaan sebagai pusat penyerahan terbitan, bilik ini telah dibesarkan. Pada tahun 1860, bumbung Bilik Panjang telah ditinggikan untuk menempatkan sebuah galeri atas.
Bilik Panjang turut dihiasi dengan 14 buah patung marmar yang diperoleh oleh kolej dari pengukir terkenal Peter Scheemakers. Patung-patung tersebut merupakan individu-individu yang banyak menyokong kolej selain ahli falsafah dan penulis terkemuka termasuklah Jonathan Swift, yang dihasilkan oleh Louis François Roubiliac.
Bilik Panjang turut menempatkan salah satu salinan terakhir Pengisytiharan Republik Ireland 1916 yang masih ada. Pengisytiharan ini dibaca oleh Patrick Pearse pada 24 April 1916. Pengunjung juga dapat melihat kecapi Kolej Triniti (juga dikenali sebagai "kecapi Brian Boru". Kecapi tersebut diperbuat daripada kayu oak dan willow dan termasuk 29 tali tembaga.
Wiki Commons mempunyai media berkaitan Trinity College Library |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Perpustakaan Kolej Triniti, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.