Rubela atau dikenali sebagai German measles merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus biasanya ditemui pada tekak, darah dan najis individu yang dijangkiti.
Rubela dicirikan dengan bintik-bintik ruam merah. Ancaman virus Rubela yang paling menakutkan oleh virus rubela ini sekiranya ia menjangkiti wanita yang hamil dalam tempoh 12 minggu pertama atau tiga bulan. Ini disebabkan virus rubela boleh merentasi sistem pertahanan uri dan masuk ke dalam tubuh janin yang sedang membentuk menjadi bayi. Jangkitan virus rubela pada bayi dikenali sebagai sindrom konginetal rubela. Sindrom konginetal rubela terutama pada peringkat awal kehamilan ini dianggap merbahaya kerana sifat janin mula membentuk. Sindrom konginetal rubela memberikan risiko kecacatan yang tinggi terhadap bayi dalam kandungan termasuk kecacatan seperti buta, katarak, hilang pendengaran, masalah jantung dan adakalanya terencat akal. Dianggarkan lebih 85 peratus bayi yang dijangkiti dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan terdedah dengan risiko yang berbahaya. Malah wanita hamil yang dijangkiti sindrom konginetal rubela pada akhir tempoh mengandung juga berhadapan dengan risiko bayi yang dilahirkan mempunyai perkembangan yang lambat bagi belajar berjalan atau melakukan aktiviti-aktiviti yang mudah. Rubela pada remaja dan orang dewasa dicirikan dengan pening kepala, sakit tekak, demam dan ruam kecil berwarna merah merupakan sejenis penyakit yang amat mudah berjangkit. Ia biasanya menjangkiti kulit dan kelenjar limfa.
Sehingga kini, belum ada rawatan yang dapat menghindar atau membantu wanita yang mendapat jangkitan rubela semasa hamil. Oleh itu kaedah suntikan vaksin vaksinasi digunakan dan kaedah vaksinasi dapat melindungi wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom konginetal rubela. Suntikan vaksin ini merangsang sistem pertahanan tubuh dengan menghasilkan antibodi. Wanita yang telah mendapatkan vaksinasi, perlu menunggu sehingga tiga bulan selepas vaksinasi sebelum merancang untuk hamil. Vaksin diperbuat daripada bakteria yang sama atau sebahagian daripada bakteria yang menyebabkan terjadinya penyakit tersebut. Bezanya bakteria yang terdapat dalam vaksin yang disuntik adalah bakteria yang telah mati atau dilemahkan. Justeru, bakteria ini tidak akan menyebabkan mereka yang disuntik jatuh sakit. Sistem pertahanan tubuh akan bertindak balas pada vaksin yang disuntik ke dalam tubuh ibu yang menyebabkan terbentuknya antibodi. Antibodi akan melindungi tubuh sekiranya anda diserang oleh penyakit tersebut termasuklah bayi atau janin dalam kandungan. Bagaimanapun sekiranya seseorang wanita itu telahpun hamil, dia tidak digalakkan diberikan vaksinasi. Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap wanita yang hamil.
Penyakit Rubela ditakuti kerana rekod serangannya yang menakutkan. Ketika wabak Rubela merebak di Amerika Syarikat pada tahun 1967-1965, lebih 20,000 bayi telah dilahirkan cacat. Wabak Rubela juga dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya 10,000 kes keguguran dan bayi yang lahir mati sejurus dilahirkan. Dianggarkan 25 peratus bayi yang mendapat jangkitan rubela pada tiga bulan pertama usia kandungan dilahirkan dengan satu jenis atau lebih kecacatan. Ibu-ibu yang mendapat jangkitan rubela selepas trimester yang kedua, risiko mendapat sindrom konginetal rubela boleh menyebabkan masalah lain seperti:
Untuk menghindar daripada penyakit Rubela, seseorang itu boleh menjalani ujian darah bagi mengenal pasti sama ada terdapat antibodi terhadap rubela di dalam darah mereka. Wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan menjalani ujian imuniti terhadap rubela sebelum mereka hamil. Vaksinasi dapat melindungi wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom konginetal rubela. Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap wanita yang hamil. Bagaimanapun, doktor tidak akan menggugurkan kandungan sekiranya wanita terbabit tidak menyedari bahawa mereka hamil ketika mendapat suntikan imunasi. Rubela amat mudah berjangkit dalam tempoh satu minggu sehinggalah tujuh hari selepas ruam timbul.
Selepas gejala-gejala ini, ruam akan timbul bermula dari muka, leher dan seluruh badan. Kelenjar pada leher juga mungkin akan bengkak.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Penyakit Rubela, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.