Pemurnian Bahasa

Pemurnian bahasa atau purisme bahasa adalah amalan mengatur bahasa secara menetapkan atau mengakui laras sesebuah bahasa sebagai bentuk yang lebih murni, tulen atau yang memiliki mutu lebih tinggi daripada jenis-jenis lain yang sepuncanya.

Pendekatan ini dilakukan badan-badan pengatur bahasa yang sering kali dikukuhkan peranan mereka dengan wewenang undang-undang hukum.

"Ketidakmurnian" yang dilihat oleh pendokong fahaman inu bahasa dapat berupa perubahan kosa kata, pengacukan unsur tatabahasa, atau penggunaan kata pinjaman. Gagasan ini sering dikemukakan sebagai gagasan yang diperlukan untuk "melindungi" suatu bahasa dari "serangan" bahasa lain atau untuk "mempertahankan" Volksgeist nasional. Kadang-kadang purisme bahasa menjadi sebahagian daripada dasar bahasa dilaksanakan pemerintahan sesebuah negara terhadap bahasa tuturan dalam negara tersebut.

Jenis

Langkah pemurnian bahasa datang dalam pelbagai aliran yang mandiri dan tidak saling berkaitan dari segi pendekatan atau tujuan.

Niat

  • Pemurnian merakyatkan (democratic purism): menjaga tahap kefahaman inti pati konsep atau pengetahuan baharu diungkapkan sesebuah bahasa dalam kalangan lingkungan penuturnya
  • Pemurnian menyatukan (unificatory purism): menyatukan lingkungan penutur sesebuah bahasa dalam sesebuah kawasan yang barangkali terpisah secara kepencaran dalam loghat-loghat setempat yang berbeza
  • Pemurnian mempertahankan (defensive purism): memelihara atau menepis daripada unsur luaran yang menimpa sesebuah bahasa dilihatkan mampu meleraikan hubungan atau kesalingfahaman antara laras bahasa tuturan semasa dengan laras-laras lama yang wujud sama ada dari generasi terdahulu atau entiti rangkuman supranasional.

Pendekatan

  • Pemurnian arkaik (archaic purism), percubaan membangkitkan suatu laras bahasa yang dianggap "adiluhur" atau sebati persuratan lama.
  • Pemurnian etnografik (ethnographic purism), sering kali didasarkan cerita rakyat. Contoh: Nynorsk (bahasa Norway Baru), beberapa bentuk bahasa Yunani Demotik
  • Pemurnian elitis (elitist purism), terkait dengan ragam bahasa yang dituturkan oleh suatu kelompok elit misalnya laras bahasa yang diwujudkan dalam bidang kehakiman.
  • Pemurnian membaharu semula (reformist purism), menghapuskan ikatan dengan bahasa masa lalu contohnya penghapusan kata-kata serapan Parsi dan Arab dalam laras bahasa Turki yang wujud pada zaman kerajaan Uthmaniyah dalam pembentukan bahasa Turki Moden dilakukan Mustafa Kemal Atatürk
  • Pemurnian patriotik (patriotic purism): penghapusan penuh segala unsur asing.

Rujukan

    Sumber utama
  • Thomas, George (1991). Linguistic Purism. Studies in Language and Linguistics. Longman. ISBN 9780582037427.
  • Veisbergs, Andrejs (2010). "Development of the Latvian Language, Purism and Prescriptivism". Linguistic Studies in Latvia (PDF) (dalam bahasa Inggeris). 18. University of Latvia.CS1 maint: ref=harv (link)

Tags:

Pemurnian Bahasa JenisPemurnian Bahasa RujukanPemurnian BahasaBahasaLaras bahasaPreskriptivisme bahasa

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Puteri KhareezaFilem Malaysia tahun 2024Senarai raja-raja MelayuPeribahasa MelayuLimau nipisMenteri Besar PerlisBangiNadhir NasarMalayan UnionPameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa LangkawiPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunAngkor WatMukallafPasukan Khas LautPulau PinangPerpaduanHarumanisIstinjakJabatan Perangkaan MalaysiaPulau RedangGerak KhasTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahHun HaqeemMejar JeneralSyahadahIsrafilRozita Che WanPeristiwa 13 MeiDarjah kebesaran negeri TerengganuFuckSiti NurshuhainiMenara Berkembar PetronasKapitalismeFacebookAerofonPerodua MyViAbdullah bin Ahmad BadawiBandaraya MelakaKesultanan DemakUniversiti MalayaPasukan Gerakan KhasRemangIsteri-isteri Nabi MuhammadSabahLabuanYang di-Pertuan AgongNegeri-Negeri SelatPerikatan NasionalAwieMelayuPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaKeropok lekorLaluan Kelana JayaTahun Baru CinaRISDABahasa ArabParlimen MalaysiaBendera MalaysiaMajapahitSharifah HusnaPahangSultanah Nur Diana Petra AbdullahUzbekistanSolatTentera Udara Diraja MalaysiaSaiful ApekEddie HamidPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Kodi RasheedKelantan Darul Naim F.C.Perceraian dalam IslamTugu NegaraTrisha OoiDoa IftitahHarry KhalifahProton ExoraKerajaan Persekutuan Malaysia🡆 More