Pembandaran

Pembandaran atau urbanisasi (akar Latin: urbānuscode: la is deprecated kebandaran, kekotaan turunan urbscode: la is deprecated ) merujuk kepada peralihan kependudukan luar bandar kepada bandar secara beransur-ansur dari segi peningkatan bilangan orang yang tinggal di kawasan bandar, dan cara-cara di mana setiap masyarakat penduduk menyesuaikan diri terhadap perubahan ini.

Ia lazimnya membentuk kebanyakannya bandar-bandar yang semakin membesar dengan semakin bertambahnya orang yang mula hidup dan bekerja di tengah-tengah kawasan. Walaupun dua konsep kadang-kadang digunakan silih berganti, pembangunan harus dibedakan dari pertumbuhan bandar: pembangunan adalah "bahagian negara jumlah penduduk yang tinggal di kawasan digolongkan sebagai bandar," ketika pertumbuhan bandar merujuk kepada "jumlah mutlak orang yang tinggal di kawasan digolongkan sebagai bandar".

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperkirakan separuh daripada populasi dunia akan hidup di kawasan bandar pada akhir tahun 2008. Ia juga meramalkan bahawa oleh 2050 sebanyak 64% daripada negara membangun dan 86% negara maju di dunia akan menjadi bandar pada 2050, bersamaan kira-kira 3 bilion warga kota yang banyak tertumpu di Afrika dan Asia. PBB telah juga baru-baru ini meramalkan hampir semua penduduk dunia dari pertumbuhan tahun 2017 hingga 2030 akan diserap kependudukan kota iaitu sebanyak kira-kira 1.1 bilion warga kota baru pada 13 tahun akan datang.

Punca

Pembangunan bandar ini berlaku sama ada semula jadi atau dirancang sebagai akibat tindakan peringkat sendir atau individu, kolektif mahupun pada peringkat negara. Pendudukan di sesebuah kota itu bisa dilihat memanfaatkan budaya dan ekonomi kerana adanya peluang yang lebih besar mencapai akses ke pasaran buruh, mengurangkan masa dan biaya perjalanan dan pengangkutan pendidikan yang lebih baik, perumahan dan syarat-syarat keselamatan. Keadaan seperti kepadatan, kedekatan antara kependudukan, kepelbagaian serta saingan pasaran adalah unsur-unsur persekitaran bandar yang dianggap positif. Bagaimanapun, terdapat juga fenomena sosial negatif sosial yang timbul seperti pengasingan, tekanan, bertambahnya persaraan hidup, dan peminggiran antara khalayak yang dikatikan kepada suatu cara hidup di perbandaran. Suburbanisasi yang terjadi di kota-kota terbesar negara-negara membangun boleh dianggap sebagai suatu usaha penyeimbangan aspek negatif ini sambil masih memungkinkan akses ke pelabagai sumber yang dikongsi khalayak.

Kesan kepada alam sekitar

Tenaga suria yang terpancar di kawasan luar bandar sering diserap oleh peruapan air yang dilepaskan dari tumbuhan dan tanah menghijau. Ketiadaan benda sebegini di kawasan yang dibangunkan membawa kepada tenaga tersebut diserap oleh bangunan konkrit dan asfalt jalan lalu menyebabkan pengekalan haba yang meningkatkan suhu permukaan kota sebanyak 1 hingga 3 °C (1.8 hingga 5.4 °F), terhasilnya pulau haba bandar. Kesan ini juga termasuk mengurangkan kelembapan tanah dan pengurangan penyerapan semula karbon dioksida.

Kesan-kesan kesihatan dan sosial

Tahap kesihatan di bandar rata-rata lebih baik dibandingkan dengan tahap yang diukur di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, penduduk miskin di kawasan bandar seperti kawasan setinggan sering mengalami masalah "tidak seimbang dari mengihdapnya penyakit, kecederaan, kematian peramatang, malah gabungan buruk kesihatan dan kemiskinan memburukkan keadaan dari masa ke semasa." Banyak warga bandar yang miskin sukar mendapatkan perkhidmatan kesihatan kerana tidak mampu membayar kos yang sepatuutnya untuk pekhidmatan sebegini, lalu mereka terpaksa bergantung kepada pembekal yang kurang layak dan tidak dikawal.

Jenayah

Jenayah dan urbanisasi saling berkaitan, di mana kawasan dengan kepadatan penduduk yang lebih tinggi cenderung adanya harta yang lebih banyak untuk diperolehi secara haram.Kesedaran yang lebih besar dari jurang pendapatan antara orang kaya dan miskin sering ditunjukkan oleh media moden, di mana hal ini membawa kepada timbulnya perasaan kekurangan yang boleh mendorong kepada berlakunya kegiatan jenayah. Kenaikan kasus jenayah harta sambil menurunnya jenayah ganas sering dilihat di kawasan tertentu di mana pembangunan pesat berlaku dalam kalangan kependudukan yang berpendapatan tinggi.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Pembandaran PuncaPembandaran Kesan kepada alam sekitarPembandaran Kesan-kesan kesihatan dan sosialPembandaran RujukanPembandaran Pautan luarPembandaranBahasa LatinBandarLuar bandarMasyarakat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

WudukSolatDatuk (gelaran)ShideeMalaysia MadaniSophia LianaNabi Musa menyeberangi Laut MerahSultanah ZanariahSayu Yang SyukurPilihan raya umum Malaysia 2022Peristiwa Kampung MedanSekolah Menengah Kebangsaan Jalan TigaPulau PinangSultan Nazrin Muizzuddin ShahSharnaaz AhmadAtikah SuhaimeSyafiq YusofIsrak dan MikrajKuala Kubu BharuAmerika SyarikatPerceraian dalam IslamPolis EVO 3Limau nipisSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaHari Raya AidiladhaSenarai Surah Al-QuranGantangPerlembagaan MalaysiaDewan Rakyat MalaysiaPelajarPembentukan MalaysiaJabatan Kastam Diraja MalaysiaPerang BadarFunanUnifi TVDunia IslamUniversiti Putra MalaysiaLiga Super Malaysia 2024–25Kuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Piala Dunia FIFA 2026Hari WesakKhawarijPeribahasa MelayuGajahMinal 'Aidin wal-FaizinIntegritiAzan dan iqamatMaryamDawoodi BohraKata hubung (bahasa Melayu)Surah al-FatihahNora DanishXPDCKerajaan SalakanagaraOrang Melayu MalaysiaPembenihan awanRadio Televisyen MalaysiaKedah TuaPersekutuan Pengakap MalaysiaPerang UhudTerlanjur Cinta (drama)Jata MalaysiaSireniaKejuruteraan awamSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahPitt HanifCopa América 2015PutrajayaSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Astro (syarikat)Shazia RozainiMenteri Besar JohorSenarai bank di MalaysiaPersatuan Negara-negara Asia TenggaraZizan RazakKhairulamingSenarai kata pinjaman bahasa Melayu🡆 More