Parti Liberal Demokratik

Parti Liberal Demokratik Sabah (Bahasa Inggeris: Liberal Democratic Party of Sabah; singkatan: LDP atau lebih dikenali sebagai LDP Sabah) merupakan salah satu parti politik tempatan di Sabah, Malaysia yang berpusat di kawasan Kota Kinabalu, Lahad Datu, Tawau, dan Sandakan.

Parti ini merupakan bekas parti komponen Barisan Nasional di Sabah dan merupakan parti komponen rasmi untuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sejak 5 April 2023. Majoriti keahlian parti ini didominasi oleh kaum Cina-Sabah tetapi tidak mengetepikan keahlian warganegara dan bumiputera lain di Sabah kerana LDP mengklarifikasikan parti tersebut sebagai parti untuk pelbagai kaum di Sabah. Ideologi LDP lebih kepada ideologi Liberalisme dan mementingkan Keamanan di negeri Sabah untuk menjadikan Sabah sebagai negeri yang selamat untuk diduduki oleh rakyat di negeri tersebut. Parti ini terkenal dengan kejayaan mengusir dan mengurangkan isu pendatang tanpa izin di Sabah semasa pemerintahan Tan Sri Chong Kah Kiat di Sabah.

Parti Liberal Demokratik
PresidenChin Su Phin
Setiausaha agungYong Vui Chung
Ditubuhkan1989
Ibu pejabatP.O.Box 16033, 888661 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel : 088-218587
Penggabungan kebangsaanBarisan Nasional (1990-2018)
Gabungan Rakyat Sabah (2023-)
WarnaRed, Orange, Black
Laman sesawang
ldp.org.my

Parti politik ini tewas ke atas satu-satunya kerusi parlimen yang ditandingi di Sandakan pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004.


Kepimpinan

Majlis Tertinggi 2018-2021

  • Presiden: Datuk Chin Su Phin
  • Timbalan Presiden: Datuk Ir. Yong Wui Chung
  • Naib Presiden:
    • Yew Chau Khiong
    • Datuk Peter Chin Kee Yong
    • Sim Fui
    • Ng Tet Hau
    • Datuk Edward Wong Kon Fan
    • Datuk Mok Cheh Hung @ Mok Kiong
  • Setiausaha Agung: Datuk Ir. Chin Shu Ying
  • Bendahari Agung: Datuk Albert Ngan Yun Kiang
  • Ketua Penerangan: Chin Hock Siong @ Simon
  • Setiausaha Kerja: Chiang Fatt Sing
  • Ketua Pemuda: Jimmy Lai
  • Ketua Wanita: Wong Kuen Yin
  • Timbalan Setiausaha Agung: David Ong Choon Chung
  • Timbalan Bendahari Agung: Goh Soo Yee
  • Ahli Majlis Tertinggi:
    • Dexter Lim Ming Guan
    • Wong Min Kong
    • Fam Tze Sin
    • Mejar (B) Chong Su Vun
    • Alex Chee Kim Heng
    • Wong Chung On
    • Shim Tshin Choo
    • Yii Ming Seng
    • Steven Chung Kiam Fui
    • Thien Kui Sang
    • Ng Kwan Loong
    • Lam Jin Dak
    • Chin Kiang Ming
    • Lee Su Ket
    • Jin Tze Vun
    • Chong Thien Ming
    • Datuk Lai Vai Ming @ Anthony, J.P
    • Datin Shim Nyat Yun
    • Wong Chan Kwong
    • Yong Chee Wee
    • Lau Kah Hon
    • Lim Young Peing
    • Yong Teck Foh
    • Liew Chien Yan
    • Poong Foo On
    • John Lee Tsun Vui

Sejarah Politik

Parti ini adalah sebahagian daripada bekas parti komponen dalam Barisan Nasional iaitu sehingga tahun 2018 lalu. Kemudian parti ini keluar dari gabungan tersebut selepas Barisan Nasional tewas dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.

Selepas pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional, parti ini telah menyatakan minat untuk menjadi parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) atas dasar keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin dalam menangani Pandemik COVID-19 di Malaysia.

Walaubagaimanapun, Permohonan parti ini telah ditolak oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin selepas mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia Cawangan Sabah semasa dalam rangka lawatan kerja ke negeri Sabah sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Malaysia walaupun parti ini mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin Cina-Sabah dalam Perikatan Nasional. Sehubungan dengan itu, ramai pemimpin tempatan Sabah tidak kira bangsa telah menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional di peringkat akar umbi negeri.

Pada 5 April 2023, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah meluluskan permohonan dua parti untuk menjadi anggota parti dalam gabungan berkenaan. Parti tersebut ialah Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP). 2 parti tersebut telah menghantar surat permohonan untuk menjadi anggota gabungan sejak Mac 2022 tahun lalu iaitu sejurus gabungan tersebut diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Datuk Masidi Manjun iaitu Setiausaha agung Gabungan Rakyat Sabah telah mengesahkan kelulusan penyertaan LDP dan PHRS pada 5 April 2023 (Anggota Rasmi). Pemimpin LDP telah membuat satu sidang khas untuk menyampaikan ucapan terima kasih terhadap kepimpinan tertinggi GRS terutamanya pengerusi gabungan tersebut iaitu Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Setiausaha agung gabungan Datuk Masidi Manjun.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Parti Liberal Demokratik KepimpinanParti Liberal Demokratik Sejarah PolitikParti Liberal Demokratik Lihat jugaParti Liberal Demokratik RujukanParti Liberal Demokratik Pautan luarParti Liberal DemokratikBahasa InggerisBarisan NasionalChong Kah KiatGabungan Rakyat SabahKota KinabaluLahad DatuLiberalismeParti-parti politik MalaysiaSabahSandakanTawau

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kuala KangsarWan Azizah Wan IsmailNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuAliff Syukri KamarzamanAngel (penyanyi)Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaProton PersonaKerajaan Bani AbbasiyahFacebookRukun ImanEmbun (filem)Asia TenggaraKodi RasheedTengku Permaisuri NorashikinHaqiem RusliSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahNasha AzizGeografi IndonesiaKera bekantanKaum DusunTrisha OoiSejarah al-QuranTalbis IblisManchester United F.C.PetronasRamli M. S.Ejen AliKhairul Azhari SautBandaraya MelakaMydinParti Rakyat India MalaysiaTakbirNa’im BrundagePukimakAmelia HendersonJosiah HoganTuanku Abdul RahmanKelantan Darul Naim F.C.Sunan DrajatPerodua AxiaSarimah IbrahimKiblatMetamfetaminaSumazauKajangPeraturan bola jaringIpohKesultanan Melayu MelakaYandexPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaKelantanMas Ermieyati SamsudinPolis EVO 3Maya KarinNegarakuNur (drama)Piala Asia AFCFadhlina SidekLiwatMandi wajibRomantisismeBajauNabi Ibrahim a.s.Darjah Khas Agama JohorMuhammad al-FatihKugiran MasdoMeerqeenPuaka Cuti SemesterIntan NajuwaNina IskandarKerajaan MataramProfesionalismeHadha min fadhle RabbiFrom Saga With LovePiala Asia B-23 AFC 2018Senarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Sharifah AmaniRadio Televisyen Malaysia🡆 More