Papan Tanda Pelancongan

Papan tanda pelancongan, sering juga disebut sebagai papan tanda coklat dan papan tanda tempat pelancongan, ialah papan tanda lalu lintas yang tujuannya untuk mengarahkan pelancong dalam negara atau luar negara ke destinasi pelancongan, seperti bangunan bersejarah, kawasan pelancongan, atau tapak perkhemahan, kawasan perkelahan, kemudahan sukan atau muzium.

Mengikut konvensyen antarabangsa, tanda coklat dengan huruf putih dan piktogram putih sering digunakan untuk tujuan ini. Pada pertengahan 1970-an, papan tanda pelancongan telah diperkenalkan di Perancis. Dari sejak itu, idea untuk mengarahkan pelancong ke tempat-tempat menarik dan tarikan menggunakan papan tanda jenis seragam telah tersebar ke seluruh dunia.

Papan Tanda Pelancongan
Papan tanda pelancongan.

Kegunaan

Papan tanda pelancong mempunyai tiga aplikasi utama:

  • sebagai tanda maklumat dan papan tanda yang menunjukkan destinasi pelancongan penting atau tempat menarik di kawasan tertentu, seperti di dalam kampung atau bandar;
  • sebagai tanda piawai yang digunakan untuk menandakan jalan pelancongan atau percutian dengan tema khas; atau
  • untuk memaklumkan bahawa terdapat landskap yang terdekat dengan bandar dan wilayah, biasanya di laluan jarak jauh seperti lebuh raya.

Reka bentuk

Papan Tanda Pelancongan 
Papan tanda pelancongan.
Papan Tanda Pelancongan 
Papan tanda pelancongan warna putih di Malaysia.

Di kebanyakkan negara, reka bentuk dan penggunaan papan tanda pelancong telah ditetapkan untuk memastikan penampilan yang seragam. Selain warna coklat dan putih yang lazimnya digunapakai, mereka menggunakan fon sans serif yang mudah dibaca. Terdapat juga penggunaan dwibahasa di sebuah papan tanda. Piktogram yang digunakan direka bentuk untuk ringkas dan bermakna, dan tidak pelbagai warna.

Malaysia

Di Malaysia, kebanyakkan papan tanda pelancongan berwarna perang atau putih dengan fon Highway Gothic dan Transport. Ia tergolong secara rasmi dalam kategori papan tanda maklumat. Penggunaan dwibahasa pada papan tanda di Malaysia hanya terdapat di beberapa lokasi sahaja seperti di Kuala Lumpur. Dalam persidangan Dewan Rakyat Malaysia pada tahun 2008, Azalina Othman Said mencadangkan mempelbagaikan bahasa pada papan tanda jalan dan nama tempat, ia merupakan satu usaha baik yang perlu diadakan demi meningkatkan jumlah pelancong asing ke Malaysia. Pemasangan papan tanda pelancongan adalah tertakluk kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran dan dipertanggungkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Pada tahun 2020, Sabri Azit (Jerai) mencadangkan semua tempat tumpuan pelancong perlu memasang papan tanda pelancongan Tulisan Jawi. Beliau juga berkata, tulisan Jawi mempunyai unsur seni yang tinggi sekali gus mampu menggamit pelancong bukan sahaja dari Timur Tengah malah seluruh pelosok dunia. Walaubagaimanapun, ada segelintir pihak yang mengkritik dan memperlekehkan usaha ini, namun ia tetap perlu diperjuangkan demi generasi akan datang.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Papan Tanda Pelancongan KegunaanPapan Tanda Pelancongan Reka bentukPapan Tanda Pelancongan Lihat jugaPapan Tanda Pelancongan RujukanPapan Tanda Pelancongan Pautan luarPapan Tanda Pelancongan1970-anDestinasi pelanconganMuziumPapan tanda lalu lintasPerancis

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nabi Sulaiman a.s.Teknologi maklumatSenarai raja-raja MelayuGrup Gerak KhasKetaminSukanBabiRevolusi PerindustrianBukan Sekadar LafazCiri-ciri orang munafikAllahCik ManggisKonfusianismeTakbirHari Raya Aidiladha7 Hari Mencintaiku (musim 3)Proton JuaraTulisan JawiEnglandOrang Melayu MalaysiaNora DanishPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaAwesome TVBunga rayaPerang TabukCabang dan mazhab IslamSerembanNegara PalestinAdnan bin SaidiAsiah binti MuzahimKesumLaman UtamaSyed Mohd Yusof Syed NasirSarimah IbrahimEtnik MelayuNorish KarmanIndonesiaBeto KusyairyUndang-undangJata MalaysiaSultan Nazrin Muizzuddin ShahSetelah Cinta Itu PergiAmin IdrisPukimakSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiPerjanjian PrespaKejuruteraan awamTikTokPerempuan Itu (drama)Fasha SandhaKhamis PutihUNICSerangan jantungTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahUniversiti Kebangsaan MalaysiaSahurRakaatAzzim ZahidMartabakTanam paksaUqasha SenroseMasjidFitri HarisSwitzerlandJambatan Pulau PinangSurah al-FatihahFrekuensi radio di KelantanTV3Bumiputera di SabahHeliza HelmiNaim DanielAl-Masih ad-DajjalBaju kurungBoBoiBoyBahasa Arab🡆 More