Bank Negara Malaysia: Ekonomi negara

Malaysia ialah negara yang membangun di dunia, dan mengamalkan pemasaran berorientasikan negara dan terbuka.

Negara memainkan peranan yang penting dalam menjana ekonomi menerusi perancangan makroekonomi. Di alam tahun 2007, Ekonomi Malaysia adalah negara mempunyai ekonomi terbesar di dunia mengikut pariti kuasa membeli dengan keluaran dalam negara kasar bagi tahun 2007 dianggarkan berjumlah AS$357.9 bilion dengan suatu kadar tumbesaran sebanyak 90% hingga 99% semenjak 1870 Negara-negara Asia Tenggara telah mengalami suatu peningkatan ekonomi mendadak dan menjalani pembangunan yang pantas semasa akhir abad ke-20 dan mempunyai satu KDNK per kapita sebanyak AS$1994,400, telah dianggap sebagai sebuah negara industri baru. Bagi taburan pendapatan, terdapat 5.8 juta seisi rumah pada tahun 2007. Daripada itu, 8.6% mempunyai pendapatan sebulan di bawah RM1,000, 29.4% mempunyai pendapatan di antara RM991,000 dan RM299,000, manakala 19.8% memperolehi di antara RM2,001 dan RM3,000; 12.9% daripada seisi keluarga/rumah memperolehi di antara RM3,001 dan RM4,000 serta 8.6% di antara RM4,001 dan RM5,000. Akhirnya, di sekitar 15.8% daripada seisi rumah mempunyai pendapatan di antara RM5,001 dan RM10,000 serta 4.9% mempunyai pendapatan RM10,000 dan ke atas.

Ekonomi Malaysia
Fail:Ddjjd.jpg
Kuala Lumpur,merupakan pusat perdagangan Malaysia
Mata wangRinggit Malaysia
Tahun fiskalTahun kalendar
Pertubuhan perdaganganAFTA, WTO, RCEP, APEC, ASEAN, IOR-ARC, JETRO, FAO, CPTPP
Perangkaan
KDNK$ 1,096 Bilion ( GDP PPP) 13,108( PPP percapita)
Pertumbuhan KDNK4.4% (2023 Q1)
KDNK per kapita$13,108 (nominal, 2023 est.) $ 33,113 (PPP, 2023 est.)
KDNK mengikut sektorPertanian: 6.30%, Industri: 24.0%, Perkhidmatan: 58.6% (2022 est.)
Inflasi (CPI)3.7% (Januari 2023)
Populasi
dibawah garis kemiskinan
3.9% (2022 est.)
Pekali Gini41.1 (2022)
Tenaga buruh16.54 juta (2022 est.)
Tenaga buruh mengikut pekerjaanPertanian: 10.28%, Industri: 27.01%, Perkhidmatan: 62.72% (2019 est.)
Pengangguran3.6% (2022)
Industri utamaElektronik, semikonduktor, mikrocip, litar bersepadu, getah, oleokimia, automotif, peranti optik, farmaseutikal, peralatan perubatan, kayu, pulpa kayu, petroleum, petrokimia, kewangan islam, peleburan, gas asli cecair, produk telekomunikasi
Dagangan antarabangsa
Eksport$297.6 billion (2022 est.)
Barangan yang dieksportsemikonduktor, minyak sawit, petroleum, jentera, produk eletronik, kenderaan, pembuatan logam, bahan kimia, gas asli cecair, peralatan optik & saintifik, getah, kayu dan produk kayu
Rakan dagangan eksport utamaBank Negara Malaysia: Pemeliharaan, Perikanan, Perlombongan Amerika Syarikat 8.72%
Bank Negara Malaysia: Pemeliharaan, Perikanan, Perlombongan Republik Rakyat China 21.51%
Bank Negara Malaysia: Pemeliharaan, Perikanan, Perlombongan Jepun 7.69%
Bank Negara Malaysia: Pemeliharaan, Perikanan, Perlombongan Singapura 9.2%
Import$288.0 billion (2022 est.)
Barangan yang diimportkenderaan dan produk elektronik, petroleum, pembuatan, kimia logam,besi dan keluli, plastik
Rakan dagangan import utamaBank Negara Malaysia: Pemeliharaan, Perikanan, Perlombongan Republik Rakyat China 16.18%
Bank Negara Malaysia: Pemeliharaan, Perikanan, Perlombongan Jepun 6.36%
Bank Negara Malaysia: Pemeliharaan, Perikanan, Perlombongan Singapura 14.45
Bank Negara Malaysia: Pemeliharaan, Perikanan, Perlombongan Hong Kong 6.93%
Bank Negara Malaysia: Pemeliharaan, Perikanan, Perlombongan Amerika Syarikat 11.10% (2022 est.)
Kewangan awam
Hutang awam169.4 Billion 50.4% of KDNK (2012)
Hasil negara$50.30 billion (2021 est.)
Perbelanjaan$75.67 billion (2021 est.)

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.

Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan perlombongan yang merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu tradisional yang sangat penting. Merujuk kepadanya, padi pula merupakan tanaman utama memandangkan ia adalah makanan asasi masyarakat di rantau ini.

Di Malaysia, dua jenis padi telah diusahakan iaitu padi sawah dan padi huma (bukit). Padi sawah ditanam di kawasan rendah dan di lembah-lembah sungai yang subur dengan tanah alluvium. Penanaman padi sawah dipercayai diperkenalkan oleh orang Thai di negeri-negeri Melayu Utara dan orang Minangkabau di negeri-negeri Selatan.

Negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu ialah Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Antara negeri ini, Kedah merupakan negeri yang terkenal sebagai jelapang padi. Menjelang abad ke-18, dataran Perlis dan Seberang Perai turut menjadi kawasan penanaman padi yang utama. Penanaman padi sawah ini berkembang dengan pesat, dipengaruhi oleh sistem pengairan yang digunakan sejak abad ke-19.

Air telah dibawa masuk ke sawah padi melalui tali air dan terusan. Antara terusan yang terkenal ialah Terusan Wan Mat Saman yang dibina pada tahun 1885 di Kedah. Di Negeri Sembilan pula, kincir telah dibina untuk membawa air masuk ke sawah padi. Berbanding dengan penanaman padi sawah, padi huma ditanam secara berpindah-randah setiap kali penanaman dijalankan kerana kesuburan tanah menghilang atau berkurangan. Biasanya, padi huma ditanam di kawasan yang bergunung-ganang. Sebagai contoh, suku kaum Dusun dari Murut di Sabah dan Sarawak yang tinggal di kawasan pedalaman melakukan kegiatan penanaman padi huma. Walau bagaimanapun, terdapat juga tanaman-tanaman lain sebagai pelengkap kepada hasil padi seperti ubi, sayur-sayuran dan sebagainya. Penanaman tanaman ini menjadi penting kerana ia merupakan “makanan selang”. Selain itu, ubi juga dapat dijadikan sebahagian daripada makanan utama sewaktu bekalan beras berkurangan atau habis.

Pemeliharaan

Kegiatan pertanian menjejaskan kesuburan tanah untuk tanaman. Untuk memelihara tanah supaya terus subur, petani digalakkan membuat giliran tanaman. Contohnya, pada musim pertama kawasan tanah ditanam dengan pokok kacang panjang, pada musim kedua kawasan tanah yang sama ditanam dengan pokok cili.

Perikanan

Ikan merupakan sumber makanan kepada masyarakat Melayu tradisional. Kegiatan perikanan merupakan pekerjaan utama bagi masyarakat Melayu yang tinggal di tepi laut dan sungai. Hasil tangkapan akan dijadikan keperluan diri sendiri dan lebihan hasil akan dijual. Kegiatan perikanan dapat dilihat khasnya di negeri Terengganu dan Pahang. Aktiviti ini dijalankan dari bulan Mac hingga bulan Oktober dan dihentikan dari bulan November hingga Februari kerana semasa itu musim tengkujuh. Pada musim tengkujuh, nelayan-nelayan di negeri ikan akan menangkap ikan di kolam, sungai dan sawah padi. Selain itu, mereka juga cuba memperbaiki alatan penangkapan mereka pada masa ini. Di laut, nelayan menggunakan pukat, jala, jaring, bubu, kelong dan rawai untuk menangkap ikan. Di sungai pula, pancing, jala, tangguk, kai, lukah, tomak dan serampang digunakan.

Pada masa kini kegiatan perikanan hanya dijalankan oleh golongan yang tinggal di pinggir laut dan golongan yang kurang berpendidikan. Selain itu, masyarakat Malaysia pada masa kini juga kurang berminat untuk berkecimpung dalam kegiatan perikanan kerana kerjanya yang amat sukar dan pandapatan yang rendah. Pihak kerajaan juga menggalakan golongan muda berkecimpung dalam kegiatan ini. Untuk menarik minat, pihak kerajaan telah berusaha denga pelbagai cara. Antaranya adalah dengan menubuhkan persatuan-persatuan nelayan salah satunya. Perikanan juga terbahagi kepada dua, iaitu perikanan air masin dan air tawar. Contoh ikan air masin ialah kerapu kerabong, dan tenggiri manakala contoh ikan air tawar ialah talapiah,keli,haruan, dan patin

Lokasi utama kegiatan ini:

soal perkembangan perdagangan, beberapa aspek yang berkaitan seperti sistem pengangkutan, perkapalan dan sebagainya telah dibincangkan. Dalam tahun 1879, pendapatan cukai terhadap perlombongan bijih timah dari Perak dan Selangor masing-masing berjumlah $281823 dan $107558. Dalam tahun 1895, eksport bijih timah mencapai paras 127714498 (89% daripada nilai jumlah eksport Negeri-negeri Melayu Bersekutu) bagi negeri Perak dan Selangor. Hasil yang banyak membolehkan British menjalankan rancangan pembinaan jalan keretapi dan sebagainya. Pembinaan infrastruktur ini membolehkan bijih timah dieksport dengan mudah. Tetapi pengeluaran bijih timah yang banyak menyebabkan lebihan penawaran di pasaran dunia. Dengan itu, harga bijih timah telah menyusut dari 99.7 pound setan (1870-an) kepada 96.7 pound setan (1880-an). Beberapa langkah telah diambil oleh British untuk menyekat dan mengawal pengeluaran bijih timah agar harganya tidak turun. Selain bijih timah, lada hitam, rempah, gambir dan tebu juga merupakan barang dagangan yang penting. Kegiatan penanaman tumbuhan ini dapat dilihat di Johor dimana orang Cina yang berhijrah dari Singapura mengusahakan penanaman gambir; di Pulau Pinang dan Perak usaha penanaman tebu dijalankan oleh orang Eropah. 

Bermula, abad ke-20, getah pula menjadi tanaman eksport atau hasil dagangan yang penting kerana ia sangat menguntungkan. Perkembangannya berhubung rapat dengan sistem pengangkutan, sebab itulah banyak kemudahan infrastruktur dibina. Perkembangan yang pesat dalam penanaman getah telah menambahkan lagi hasil perdagangan Tanah Melayu. Antara tahun 1906-1929, purata keluasan penanaman getah di Tanah Melayu telah meningkat dari 129809 hektar kepada 2971000 hektar dan eksport getah telah bertambah dari 6500 tan dalam tahun 1910 kepada 456000 tan pada tahun 1929. Harga getah juga meningkat daripada 1s3d sepaun kepada 2s6d sepaun antara tahun 1830-1900. Harganya terus menaik sehingga 8s9d sepaun pada tahun 1910. Walau bagaimanapun, pengeluaran yang tidak terkawal menyebabkan kelebihan penawaran dan harga getah telah merosot daripada 8s9d (1910) kepada 1s10d sepaun (1920-an). Fenomena ini menyebabkan British mengambil langkah untuk menyusun semula program perusahaan getah dan beberapa pendekatan telah dibuat seperti Rancangan Sekatan Stevenson (1922-1928). Sejak 1917, kelapa sawit telah ditanam secara komersil di Selangor. Akibat kemelesetan harga getah, kawasan penanaman kelapa sawit telah meningkat dari 4900 hektar (1926) kepada 25777 hektar (1933). Hasil kelapa sawit seterusnya menjadi bahan dagangan yang penting di Tanah Melayu.

Perlombongan

Perlombongan di Tanah Melayu selalunya merujuk kepada perlombongan bijih timah memandangkan hasil perlombongan logam lain seperti emas adalah terlalu sedikit. Secara amnya, aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan terutama oleh pembesar-pembesar Melayu. Dalam tempoh yang lebih lewat, penggunaan pam kelikir dan sebagainya telah merangsangkan hasil pengeluaran terus meningkat.

Bijih timah.

Industri bijih timah merupakan satu industri yang tertua di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bijih timah telah menarik minat pedagang-pedagang asing dari Mediterranean, Arab, India dan China. Timah yang dilombong daripada kawasan pedalaman telah dilebur dan dijadikan timah jongkong lalu dibawa ke hilir sungai untuk diperniagakan.

Kekayaan bijih timah di Tanah Melayu dapat dibuktikan melalui seorang pengembara Arab yang bernama Abu Dulaf (abad ke-10). Beliau berkata “di seluruh dunia tidak ada lombong bijih timah seperti di Tanah Melayu”. Pada abad ke-12 pula, seorang penulis Itali mengulas bahawa bijih timah di Tanah Melayu sangat tulen dan bercahaya. Menurut sumber China pula, Melaka dan Pahang ada mengeksport bijih timah. Catatan J.F.A. McNair pula menunjukkan, bijih timah mula dilombong di Perak pada tahun 1616 di Manjung dan Beruas.

Sehingga tahun 1820-an, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan orang Melayu. Lombong-lombong ini dikuasai oleh raja dan pembesar. Mereka menggunakan cara melampan dan mendulang untuk melombong. Hasilnya adalah terhad. Selain itu, sikap orang Melayu yang menganggap perlombongan itu hanya merupakan pekerjaan sambilan menyebabkan perkembangannya tidak pesat.

Atas inisiatif pembesar, mereka telah menggalakkan kemasukan orang Cina sebagai buruh. Keadaan ini jelas dilihat mulai tahun 1820-an, apabila orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah. Selain itu, akibat perubahan radikal di Eropah dari segi penggunaan bijih timah, permintaan terhadapnya telah meningkat. Pengambilan buruh Cina juga dipergiatkan lagi.

Pada tahun 1840-an, perusahaan ini mula bertukar corak dengan penemuan kawasan baru, kemasukan modal Cina dan pengenalan cara-cara perlombongan yang lebih efektif oleh orang Cina. Keadaan ini telah membawa perubahan kekuasaan dan kaitan politik orang Cina di Tanah Melayu secara keseluruhan. Keadaan ini telah memberi peluang kepada British untuk campur tangan dalam hal-hal pentadbiran Tanah Melayu.

Selain itu, kerajaan British juga berusaha untuk mewujudkan suasana yang menyenangkan kepada perkembangan perusahaan bijih timah swasta kepunyaan orang Eropah. Mereka menggunakan kapal korek untuk melombong. Penggunaan kapal korek dapat melombong dengan banyak tetapi kaedah ini memerlukan belanja yang tinggi. Dengan itu, perusahaan bijih timah oleh orang Cina mulai diambil alih oleh syarikat Eropah kerana teknik kapal korek yang dapat melombong dengan cepat dan akhirnya menjual perusahaan lombong bijih timah mereka kepada syarikat British.

Emas

Menurut J. Kennedy, perlombongan emas mungkin telah dijalankan berhampiran dengan Melaka pada zaman Neolitik lagi dan kenyataan ini mungkin benar kerana semenjak dahulu, emas merupakan dagangan yang penting di Tanah Melayu sehinggakan Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas atau Semenanjung Kencana. Dinyatakan bahawa di Pahang terutamanya di Kuala Lipis, perlombongan emas telah dijalankan selewat-lewatnya semenjak abad ke-16 lagi. Perusahaan ini pada umumnya merupakan perusahaan orang Melayu dan jumlah pengeluarannya adalah kecil.

Pada tahun 1889, Raub Australian Gold Mining Company (oleh orang Australia) telah ditubuhkan. Ia merupakan syarikat perlombongan emas yang terpenting di Tanah Melayu dan ditutup pada tahun 1960-an.

Arang batu

Perlombongan arang batu dijalankan di Batu Arang (Selangor) dan Enggor (Perak). Kegiatan ini dijalankan oleh Syarikat Malayan Collieries semenjak tahun 1915. Arang batu yang diperolehi telah dijual dalam pasaran tempatan kepada Keretapi Tanah Melayu, stesen-stesen kuasa dan lombong bijih timah. Dalam tahun 1950-an, pengeluaran arang batu mula merosot sebagai akibat persaingan dengan bahan api minyak. Dengan itu, lombong arang batu di Batu Arang telah ditutup pada tahun 1960.

Bijih besi

Perlombongan bijih besi hanya dijalankan oleh syarikat-syarikat Jepun hanya selepas Perang Dunia I di Johor dan Terengganu serta Kelantan. Bijih besi ini juga dieksport ke negara Jepun dan menjelang tahun 1938, kira-kira setengah daripada jumlah import bijih besi Jepun datangnya dari Tanah Melayu.

Bauksit

Bauksit hanya mula dikenali dan dijalankan perlombongannya pada tahun 1936 di Bukit Pasir berhampiran dengan Batu Pahat. Sebelum Perang Dunia II, dua lombong bauksit telah dibuka iaitu di Perigi Acheh dan Sri Medan. Namun kedua-dua lombong tersebut telah ditutup pada tahun 1941 apabila meletusnya Perang Dunia II. Kebanyakan hasil bauksit Tanah Melayu dieksport ke negara Jepun dan hanya sebahagian kecil sahaja dieksport ke Australia dan Taiwan.

Ekonomi Malaysia

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Bank Negara Malaysia PemeliharaanBank Negara Malaysia PerikananBank Negara Malaysia PerlombonganBank Negara Malaysia Ekonomi MalaysiaBank Negara Malaysia RujukanBank Negara Malaysia Pautan luarBank Negara MalaysiaNegara industri baruPariti kuasa beliSenarai negara mengikut KDNK (PPP)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Aedy AshrafShaharon Anuar Abdul LatifFrekuensi radio di JohorDaniella SyaFaizal YusupSofyankOrang Asli di MalaysiaIbrahim PendekAli bin Abi TalibLegenda Puteri QasehAdam LeeSiddiq FadzilYusof HaslamPolis Diraja MalaysiaSalomaKumpulan Wang Simpanan PekerjaTunku Aminah Maimunah IskandariahLaman UtamaRaja Zarith SofiahSenarai negara mengikut keluasanDollaOctovia ManroseThe Masked Singer Malaysia (musim 3)NormadiahZizan RazakWayang KulitSenarai episod Upin & IpinAstro PrimaDoa IftitahEyka FarhanaAhli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15BantingSekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu BakarAl-Muhtadee BillahNabi Ibrahim a.s.Kata namaDewan Undangan Negeri SabahIbanRuqyahSubhanallahKerajaan Persekutuan MalaysiaJohari AbdulIsyariana Che AzmiEdika YusofSathiyaUqasha SenrosePeristiwa Memali 1985Datuk (gelaran)Perikatan NasionalRukun solatPerak Darul RidzuanAprena ManroseMohd Izham TarmiziSultan Iskandar ibni Almarhum Sultan IsmailParti Bumiputera Perkasa MalaysiaFrekuensi radio di PerakMuhammad Sanusi Md NorPadang BesarIroni KasihSharmaine FaroukHannah DelishaSaadiahKebebasan beragama di MalaysiaKanun KeseksaanJohor BahruSenarai bank di MalaysiaHaidThe Legal WifeTV3Dewan Undangan Negeri di MalaysiaHalimah AliSegi Tiga BermudaAzalina Othman SaidAir kacang soyaSolat Sunat HajatSolat SubuhDini SchatzmannKisah Yang Hilang🡆 More