Papa Nak Menantu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan bersama Murali Abdullah dan Chad Abd Rahman, di bintangi oleh Aman Graseka, Hafidz Roshdi dan Jaja Iliyes.
Siri ini memulakan tayangan di Slot Dahlia TV3 4 Februari 2018 mengantikan Misi Laksa dan Laksam.
Papa Nak Menantu | |
---|---|
Genre | Cinta Komedi Romantik |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Papa Nak Menantu karya Hasrudi Jawawi |
Ditulis oleh | Mufiz Suhaimi |
Pengarah | Murali Abdullah Chad Abd Rahman |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Jatuh - Sissy Imann |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 20 episod |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Muhamad Norazhar Baharuddin |
Penerbit | Md Fadzil Teh |
Penyunting | Wan A. Ruzwan Panjang |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Zeel Production Sdn.Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Dahlia) |
Siaran asal | 4 Februari 2018 – 1 April 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Misi Laksa dan Laksam |
Diikuti oleh | Mak Cun 4 |
Kisah Pak Saad (Aman Graseka) yang mahukan anak tunggalnya, Syahirah (Jaja Iliyes) mencarikannya menantu sebelum dia berusia 50 tahun dek kerana sikap anaknya itu seorang yang kasar, pemalas, keras kepala dan sukar untuk dikawal. Dalam masa yng sama, Pak Saad mengugut Syahirah jika hasratnya tidak ditunaikan maka anaknya itu akan dikahwinkan dengan Pak Mat Tempe (Fendi Sman) yang sudah berusia 55 tahun.
Teryata ugutan itu menakutkan Syahirah. Bermula saat itu, dia tertungkus lumus mencari calon suami seperti yang dipinta oleh ayahnya. Pencariannya itu turut dibantu oleh rakan baiknya Syakir (Afiq Anuar) dan Nabila (Iqa Roslan). Namun dalam pencarian tersebut, pelbagai perkara yang berlaku sehingga dia bertemu dengan Azrin Aidil (Hafidz Roshdi) seorang jurulatih di gim yang akhirnya membuat dia benar-benar jatuh cinta.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Papa Nak Menantu, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.