Mesin Layan Diri

Mesin layan diri (Jawi: ‏ميسين لاين ديري‎code: ms is deprecated ‎, juga dalam bahasa basahan: mesin gedegang ميسين ݢدݢڠ‎) ialah mesin automatik yang menyediakan barang-barang seperti makanan, minuman, alkohol, rokok dan tiket loteri untuk pengguna selepas wang atau kad kredit dimasukkan ke dalam mesin.

Mesin layan diri moden telah dibangunkan di England pada awal tahun 1880-an dengan tujuan mengedarkan poskad. Mesin-mesin ini terdapat di kebanyakan negara, malah terdapat juga mesin yang mengkhususkan kepada penjualan barang yang jarang didapati berbanding dengan mesin layan diri tradisional yang telah dicipta dan disediakan untuk pengguna sejak kebelakangan ini.

Mesin Layan Diri
Sebuah mesin layan diri yang menjual pelbagai jenis minuman di Jepun.

Sejarah

Rujukan terawal yang diketahui mengenai konsep mesin layan diri terdapat dalam tulisan Heron dari Alexandria, seorang jurutera dan ahli matematik Mesir Rom pada abad pertama. Mesin ilhamnya menggunakan duit syiling untuk memperoleh air suci untuk upacara keagamaan. Duit yang dimasukkan jatuh ke dalam dulang yang disambungkan pada suatu tuil. Tuil ini membuka injap yang mengalirkan keluar air. Dulang ini terus mencondong mengikut berat duit syiling sampai duit tersebut jatuh, di mana berat pengimbang menaikkan tuil kembali lalu menutup injap air.

Mesin loyang mudah alih menjual tembakau yang dioperasikan duit syiling yang dikendalikan mesin yang diberikan tembakau sedang dikendalikan seawal tahun 1615 di bar-bar sekitar England. Pada tahun 1822, seorang penjual buku Inggeris bernama Richard Carlile mennciptakan sebuah mesin mengeluarkan akhbar untuk tujuan penyebaran karya-karya yang diharamkan. Simeon Denham telah dianugerahkan Paten Britain no. 706 untuk mesin penjual setemnya pada 1867, iaitu mesin layan diri automatik sepenuhnya yang pertama.

Mesin layan diri moden pertama yang dioperasikan duit syiling telah diperkenalkan di London, England pada awal tahun 1880-an untuk tujuan mengedarkan poskad. Mesin ini dicipta oleh Percival Everitt pada 1883 dan segera menjadi meluas di banyak stesen kereta api dan pejabat pos menjual sampul surat, poskad, dan kertas nota. Syarikat Sweetmeat Automatic Delivery Company didirikan pada tahun 1887 di England sebagai syarikat pertama yang berurusan terutamanya dengan pemasangan dan penyelenggaraan mesin layan diri. Pada tahun 1893, sebuah pengilang coklat Jerman  bernama Stollwerck telah menjual coklat melalui 15,000 mesin layan diri miliknya. Pengilang ini turut menubuhkan syarikat berasingan di banyak wilayah untuk menghasilkan mesin layan diri bukan sahaja coklat tetapi juga rokok, mancis, gula-gula getah dan sabun.

Mekanisme

Setelah pembayaran pada harga yang tertentu diberikan, produk yang diingini mungkin akan diperolehi dengan:

  • mesin melepaskan barang tersebut agar ia jatuh dalam sebuah bekas terbuka di bawah, atau ke dalam cawan, sama ada dikeluarkan dahulu atau dimasukkan oleh pelanggan; atau
  • membuka pintu atau laci, atau memusing tombol.

Rujukan

  • Krug, Bryon. (2003). Vending Business-in-a-Box. BooksOnStuff.

Tags:

Mesin Layan Diri SejarahMesin Layan Diri MekanismeMesin Layan Diri RujukanMesin Layan Diri Bacaan lanjutMesin Layan DiriAlkoholKad kreditLoteriMinumanPoskadRokokSnekTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Piala Thomas & Uber 2024BuayaPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuAbdullah bin Ahmad BadawiFrekuensi radio di Negeri SembilanHari PekerjaR.A. KartiniEman MananSenarai bank di MalaysiaEyka FarhanaNabi Sulaiman a.s.Lee Kee HiongPerceraian dalam IslamLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaKuala TerengganuPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaVirusHantu dalam masyarakat MelayuTok JanggutIsteri-isteri Nabi MuhammadPemboleh ubahSultan Mizan Zainal AbidinBajauMahkamah Syariah di MalaysiaBabiSlot LestaryBugisSlot AkasiaTeknologiCinta FatamorganaTracie SinidolFuckGolongan kata (bahasa Melayu)SaleemTakwim HijrahKucingSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiTengku Muhammad Fakhry PetraNeelofaMenteri Kesihatan MalaysiaPulau RedangPeraturan bola jaringKerajaan KutaiYusof HaslamBola sepakAkut (perubatan)Puaka Cuti SemesterDataran MerdekaAbang Long Fadil 3Abang Johari Tun OpengDaerah LangkawiTulisan JawiPerbadanan JohorHafidz RoshdiNabiSenarai saluran Astro NJOIVAT 69 KomandoSejarah al-QuranEkarJohor Darul Ta'zim F.C.Orang Melayu IndonesiaNusantaraSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Cinta Bersemi Di Wadi SafiyyahMajapahitProton ExoraSolat hajatFrekuensi radio di JohorBryan DomaniMadinah al-MunawwarahPutri JannahTunku Ismail ibni Sultan IbrahimPontianak Harum Sundal MalamPerang SiffinMohamed Nazri Abdul AzizIntan NajuwaUniversiti Putra MalaysiaFalsafah Pendidikan MalaysiaIsa Khan🡆 More