Kumpulan Wagner

Kumpulan Wagner (Bahasa Rusia: Группа Вагнераcode: ru is deprecated , tr.

Ia digambarkan sebagai syarikat tentera swasta (PMC), rangkaian tentera upahan, atau tentera persendirian de facto Presiden Rusia Vladimir Putin. Kumpulan tersebut beroperasi di luar undang-undang di Rusia, di mana syarikat tentera swasta dilarang dari segi undang-undang. Kerana syarikat tersebut beroperasi untuk menyokong kehendak Rusia, ia kerap menerima peralatan daripada Kementerian Pertahanan Rusia (MoD) dan menggunakan infrstruktur ketenteraan MoD untuk latihan, Kumpulan Wagner dikatakan sebagai unit de facto MoD atau agensi perisikan tentera Rusia, GRU. Walaupun Kumpulan Wagner sendiri tidak didorong oleh mana-mana ideologi, pelbagai elemen Wagner telah dikaitkan dengan neo-Nazisme dan ekstremisme sayap kanan.

Kumpulan Wagner
Saiz
  • 50,000+ (Disember 2022)
  • 8,000 (April 2022)
  • 6,000 (Disember 2017)
  • 1,000 (Mac 2016)
  • 250 (2014)
Sekutu
Lawan
  • Kumpulan Wagner Angkatan Tentera Ukraine
  • Negara Islam di Iraq dan Levant ISIS
  • Kumpulan Wagner Barisan Al-Nusra (2014–2017)
  • Kumpulan Wagner Tahrir al-Sham
  • Kumpulan Wagner Tentera Kebangsaan Syria
  • Kumpulan Wagner Tentera Bebas Syria
  • Kumpulan Wagner Pasukan Demokratik Syria
  • Kumpulan Wagner Pakatan Patriot Perubahan
  • Kumpulan Wagner Tentera Libya
  • Kumpulan Wagner Ansar al-Sunna
  • Kumpulan Wagner Nusrat al-Islam
Amerika Syarikat Angkatan Tentera Amerika Syarikat (Pertempuran Khasham)
Kumpulan Wagner Kor Sukarela Rusia
Kumpulan Wagner Legion Kebebasan Rusia
Pertempuran dan peperanganKrisis Krimea
  • Perang di Donbas (2014–2022)
    • Penembakan Il-76 2014
    • Pertempuran Debaltseve
  • Perang Saudara Syria
    • Serangan Latakia 2015–16
    • Serangan utara Aleppo
    • Serangan Palmyra (Mac 2016)
    • Serangan Palmyra (2017)
    • Kempen Syria Tengah
    • Serangan Hama
    • Deir ez-Zor offensive
    • Kempen barat laut Syria
    • Pertempuran Khasham
    • Serangan Rif Dimashq
    • Dawn of Idlib

Perang Saudara Sudan Selatan (latihan dan keselamatan ketenteraan)

  • Perang Saudara Republik Afrika Tengah
    • Pembunuhan beramai-ramai Bongboto
    • Pembunuhan beramai-ramai Aïgbado
    • Serangan Mac 2022

Revolusi Sudan
Kemelut presiden Venezuela (latihan dan keselamatan ketenteraan)
Insurgency in Cabo Delgado

Ditetapkan sebagai kumpulan pengganas oleh
Bendera

Ia dispekulasi secara meluas bahawa Kumpulan Wagner digunakan oleh kerajaan Rusia untuk membenarkan penafian bagi tindakan-tindakan kerajaan, serta mnyembunyikan kadar pengorbanan nyawa dan kos kewangan sebenar campur tangan kerajaan Rusia di negara asing. Kumpulan tersebut mula dikenali secara meluas semasa bertindak di perang Donbas di Ukraine, di mana ia membantu pasukan pemisah pro-Rusia dari Donetsk dan Republik Rakyat Luhansk,yang mengisytiharkan kemerdekaan sendiri, dari tahun 2014 hingga 2015. Ahli-ahli kontrak Wagner telah dilaporkan mengambil bahagian dalam pelbagai konflik di seluruh dunia, termasuk perang saudara di Syria, Libya, Republik Afrika Tengah dan Mali, di mana mereka sering berperang bagi pihak tentera yang sejajar dengan kerajaan Rusia. Koperasi Wagner telah melakukan dan mengendalikan pelbagai jenayah perang di kawasan mereka beroperasi. Tuduhan-tuduhan jenayah-jenayah perang tersebut termasuk rogol dan rompakan orang awam, serta penyeksaan mereka yang dituduh membelot pihak Rusia, Wagner, atau mana-mana pihak yang sekutu dengan mereka.

Wagner telah memainkan peranan yang besar dalam pencerobohan Rusia terhadap Ukraine, di mana, antara pelbagai aktiviti lain, mereka telah dilaporkan diarahkan untuk membunuh pemimpin-pemimpin politik dan tentera Ukraine, serta merekrut tahanan untuk bertempur di barisan hadapan. Pada Disember 2022, Penyelaras Komunikasi Strategik Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat John Kirby mendakwa bahawa Wagner mempunyai sebanyak 50,000 askar di Ukraine, termasuk 10,000 kontraktor dan 40,000 bekas banduan yang telah direkrut. Pihak lain telahpun meletakkan bilangan banduan yang direkrut lebih daripada 20,000 askar, dengan jumlah keseluruhan PMC yang hadir di Ukraine dianggarkan 20,000 askar. Pada 2023, Rusia memberikan status veteran perang kepada kontraktor Wagner yang mengambil bahagian dalam pencerobohan tersebut.

Selepas bertahun-tahun menafikan hubungan dengan Kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin, seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Putin, mengakui pada September 2022 bahawa dia telah "mengasaskan" kumpulan askar upahan tersebut.

Pengasasan dan Kepimpinan

Kumpulan Wagner bermuncul buat pertama kalinya di Ukraine pada tahun 2014, di mana kumpual tersebut telah mengambil bahagian dalam aneksasi Crimea. Kumpulan tersebut juga aktif bertempur bersama kumpulah seperatis pemisah yang disokong Rusia di wilayah Luhansk di Ukraine pada tahun 2014. Dmitriy Valeryevich Utkin, seorang veteran Perang Chechen Pertama dan Kedua, telah dilaporkan mengasaskan Kumpulan Wagner. Sehingga tahun 2008 atau 2013, Utkin telah berkhidmat sebagai leftenan kolonel dan komander briged sebuah unit pasukan khas Direktorat Perisikan Utama (GRU) Rusia, iaitu Detasmen Spetsnaz Bebas ke-700 dari Briged Bebas Ke-2.

Selepas meninggalkan angkatan tentera Rusia, dia mula bekerja untuk Moran Security Group pada tahun 2013, sebuah syarikat swasta yang diasaskan oleh veteran tentera Rusia yang terlibat dalam misi keselamatan dan latihan di seluruh dunia serta merupakan pakar dalam penghapusan lanun. Pada tahun yang sama, pengurus kanan Moran Security Group telah terlibat dalam penubuhan Slavonic Corps yang berpangkalan di Hong Kong, yang mengkontrakkan askar upahannya untuk "melindungi ladang minyak dan saluran paip" di Syria semasa perang saudara. Utkin telah ditempatkan di Syria sebagai anggota Kor Slavonik, dan mampu bertahan melalui misinya. Selepas peristiwa tersebut, Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia telah menangkap beberapa anggota Kor Slavonic atas sebab mengendalikan aktiviti askar upahan haram pada November 2013.

Pada tahun 2021, laporan The Foreign Policy telah menyatatkan bahawa asal usul nama "Wagner" tidak diketahui. Orang awam mengatakan nama kumpulan tersebut berasal dari tanda panggilan Utkin sendiri, iaitu "Wagner", kononnya bak komposer Jerman Richard Wagner. Namaya dikatakan telah dipilih Utkin oleh kerana minatnya terhadap Third Reich (Richard Wagner merupakan komposer kegemaran Adolf Hitler ). Oleh itu, ada mereka yang percaya Utkin seorang neo-Nazi. The Economist telah melaporkan bahawa Utkin mempunyai beberapa tatu Nazi pada tubuhnya. Ahli-ahli Kumpulan Wagner telahpun mengatakan Utkin ialah seorang Rodnover, iaitu seorang penganut kepercayaan asli Slavic. Radio Liberty, melalui orang dalaman Kumpulan Wagner, telah menyatakan bahawa kepimpinan Kumpulan Wagner adalah pengikut Kepercayaan Asli Slavic, sebuah pergerakan agama baru Pagan moden. Pada Ogos 2017, akhbar Turki Yeni Şafak membuat spekulasi bahawa Utkin berkemungkinan hanya muka publisiti bagi syarikat tersebut, manakala ketua sebenar Wagner adalah seorang yang tidak dikenali.

Nota

Rujukan

Tags:

Bahasa RusiaKementerian Pertahanan (Rusia)Neo-NazismePolitik pelampau kananSepara tenteraTentera upahanVladimir Putin

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

I.D.Kata sendi (bahasa Melayu)Adi PutraLeftenan KolonelSempadan Malaysia–ThailandAyamWings (kumpulan muzik Malaysia)BudayaBola jaringTapaiBaju tradisional MelayuSiti NurshuhainiHalimah As-Sa'diyahTentera Laut Diraja MalaysiaPuasa (Islam)Bukit TaburAstro MalaysiaUniversiti Putra MalaysiaMukallafSurah al-BaqarahMohamed Nazri Abdul AzizPakatan HarapanMydinRISDAPerkahwinan menurut IslamSekali Lagi Cinta KembaliKementerian Pendidikan MalaysiaYasmin AhmadNasi tangasTracie SinidolIntan NajuwaSukanIbanProton WiraRejimen Askar Melayu DiRajaGrup Gerak KhasFrekuensi radio di PahangPantang larang MelayuHarris AlifHari IbuPenjodoh bilangan bahasa MelayuNasha AzizMaria FaridaSultan Mizan Zainal AbidinKadazan-DusunFarah AhmadImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Amin IdrisProton ExoraDini SchatzmannFattah AminEira SyaziraLiwatKKN di Desa Penari (filem)An-Nuayman bin AmrSarimah AhmadWanita SyurgaKlangSyahadahKerana Dia SukaHikayat Merong MahawangsaNombor dalam budaya CinaTiga AbdulSarawakUniversiti Utara MalaysiaMuhyiddin YassinBismillahSejarah SingapuraHuruf syamsiah dan qamariahRejimen Askar WataniahAzan dan iqamatMira FilzahPerang BadarAlor SetarSyatilla MelvinMelakaSharifah HusnaNurfarahin JamsariGolongan kata (bahasa Melayu)🡆 More