Eira Syazira: Pelakon wanita Malaysia

Syazira Shuhaimi atau lebih dikenali sebagai Eira Syazira (Jawi: شذرا بنت شحيمي; lahir 19 Julai 1984) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1932 dan menerima pujian sebagai salah seorang pelakon wanita Malaysia yang paling berbakat.

Eira Syazira
Eira Syazira: Kehidupan peribadi, Kerjaya lakonan, Kerjaya muzik
Eira pada 2012.
Kelahiran
Syazira Sarimah Sakinah Almera binti Shuhaimi

(1984-07-19) 19 Julai 1984 (umur 39)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2002–kini
Pasangan
Azad Jasmin (k. 2011)
Anak-anak3
Ibu bapaJeffri Abdullah (bapa mertua)
Rosidah Kadir (ibu mertua)
Shuhaimi Acheh (bapa)
Cik Rohani Cik Hassan (ibu)
SaudaraSyazliana Shuhaimi (kakak)
Syafnida Shuhaimi (adik)
Syazwan Shuhaimi (adik)
Syainie Aida (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop, balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
FGM Music

Beliau menerima pengiktirafan meluas menerusi lakonannya sebagai Ifa dalam Meniti Barus karya Yusof Selam, sejak itu beliau telah membintangi lebih daripada ratusan drama dan telefilem serta membintangi empat juta ratus ribu bilion milion melion trilion trelion transfomer filem dan terlibat dalam dua pementasan teater. Bakatnya dalam dunia hiburan tempatan juga bertambah kukuh apabila beliau bergiat aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan album pertama Di Hati Ini pada Julai 2011 yang mempertaruhkan lagu "Istana Pasir Cinta" yang menjadi lagu tema drama lakonannya Cinta Balqis. Sebagai pengacara, Eira merupakan pengacara bersama rancangan keibubapaan Pa&Ma.

Pada April 2018, beliau mengumumkan akan berhijrah ke Indonesia bagi memulakan kerjaya antarabangsanya.

Kehidupan peribadi

Eira dilahirkan pada 19 Julai 1984 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada enam beradik kepada pasangan Cik Rohani Cik Hassan dan Shuhaimi Acheh. Dua adiknya, Syafnida dan Syainie Aida juga bergiat aktif sebagai pelakon. Adik lelakinya, Syazwan ialah seorang penyanyi. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkahwin dengan pelakon Azad Jasmin pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan yang kesemuanya diakhiri dengan name Rose—Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose, dan Areisya Suri Rose.

Kerjaya lakonan

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2002 dan sehingga kini telah berlakon dalam beberapa telefilem, drama dan filem pada tahun sama, beliau telah diberi peranan utama dalam siri drama Assignment dan seterusnya muncul dalam Meniti Bara yang diadaptasi daripada filem Bara arahan Datuk Yusof Haslam, kedua-dua siri ini disiarkan di TV2, Eira membintangi filem sulungnya, Black Maria arahan Ambri Kailani Zain, filem ini ditayangkan pada Jun 2003, seterusnya beliau beraksi dalam teater Lorong 2/90 yang dipentaskan di Melaka. Pada 2005-07, beliau muncul sebagai pelakon undangan untuk beberapa episod siri drama kepolisan Gerak Khas, pada 2007 juga Eira membintangi pementasan teater Bangsawan Lela Manja yang dipentaskan di Istana Budaya.

Pada 2008, beliau membintangi sebagai pelakon undangan dalam siri drama Elly yang disiarkan di ntv7 lakonan Raja Farah, Sherry Ibrahim, Pushpa Narayan dan Nabila Huda. Pada tahun berikutnya, beliau memegang watak utama sebagai seorang gadis naif bernama Annisa dalam siri drama Ku Milikmu arahan Along Kamaludin, lakonan bersama Zizan Nin dan Farahdhiya dan seterusnya memegang watak utama sebagai Balqis dalam drama Cinta Balqis yang juga disiarkan di TV3, ia turut dibintangi oleh Zamarul Hisham sebagai Ezani dan Fezrul Khan sebagai Hasan.

Pada 25 November 2010, beliau memegang watak sampingan dalam filem Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim lakonan bakal suaminya ketika itu, Azad Jasmin, Shaheizy Sam dan Angah Raja Lawak. Eira berlakon dalam dua filem pada 2011, iaitu filem Sini Ada Hantu arahan James Lee, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Noraini. Manakala filem keduanya pada tahun yang sama ialah filem Aku Bukan Tomboy arahan Syamsul Yusof lakonan Scha Al-Yahya, dalam filem ini, Eira memegang watak sebagai Sally, teman wanita dan setiausaha kepada Burn lakonan Syamsul, Sally digambarkan sebagai seorang yang garang dan panas baran kepada Burn, filem yang ditayangkan pada 17 November 2011 ini turut dibintangi oleh Syamsul, Shaheizy Sam, Harun Salim Bachik, Sheera Iskandar, Salina Saibi, AR Badul dan Didie Alias. Pada tahun yang sama, Eira memegang watak utama sebagai Jannah dalam siri drama Dingin Lavenda yang diadaptasi daripada novel Dingin Salju Indiana, drama 13 episod arahan Amie Maziah ini turut dibintangi oleh Zarina Zainoordin, Azlee Khairi, Faralyna Idris dan Salleh Mahfooz, drama ini disiarkan di Slot Zehra TV3 pada 9 Disember.

Pada tahun berikutnya (2012), beliau membintangi telefilem Waris Walid yang disiarkan di TV3 pada 24 Januari. Pada tahun sama, Eira diberikan peranan utama sebagai Hanim dalam siri drama Ramadan terbitan Unit Drama TV RTM yang bertajuk Tetap Maghrib yang bersiaran di TV1 bermula 21 Julai 2012, dua hari selepas Eira meraikan ulangtahunnya ke-28.

Kerjaya muzik

Selain bidang lakonan, Eira juga berbakat dalam bidang muzik. Beliau pernah merakamkan lagu "Istana Cinta" untuk drama bersiri lakonannya berjudul Cinta Balqis, beliau melancarkan album sulungnya bertajuk Di Hati Ini terbitan syarikat rakaman FGM. Biarpun sedia maklum industri muzik pada ketika ini berada pada tahap yang tidak memuaskan, namun bagi Eira, beliau percaya setiap penyanyi mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Menjadikan penghibur ternama negara, Datuk Sheila Majid sebagai idolanya, Eira tidak mahu ambil pusing dengan kata-kata masyarakat yang cuba memperlekehkan bakat nyanyiannya. Menyedari untuk menjadi seorang penyanyi yang baik bukanlah satu proses yang mudah, Eira telah menghadiri kelas vokal di bawah bimbingan Siti Hajar Ismail. Selepas mengikuti beberapa kelas bersama guru vokal ternama itu, barulah Eira sedar bukan mudah untuk menjadi seorang penyanyi.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Black Maria Ami Filem pertama, pelakon tambahan; dikreditkan nama sebagai Syazira Shuhaimi
2004 Bisikan Remaja Nana
2010 Ngangkung Suri
2011 Sini Ada Hantu Noraini
Aku Bukan Tomboy Sally Lili awek Diana

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Assignment TV1
2004-2005 Sembilu TV2
2004-2007 Gerak Khas Pelakon undangan
2005 Meniti Bara Effa
2007-2008 Elly NTV7
2008 Tangisan Bulan Madu Cindy TV1
Sindarela Tushee TV3
2009 Ku Milikmu Annisa
Embun Mutiara Embun
Issandra Issandra TV2
2009-2010 Cinta Balqis Balqis TV3
2010 Suatu Ketika: Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata Noraini Astro Citra Mini-series 8 bahagian
Syurgamu Ramadhan Marlia TV3
2011 Ustaz Amirul Adawiyah
You Saka... Pergi Jauh-Jauh Nia
2011-2012 Dingin Lavenda Jannah
2012 Tetap Maghrib Hanim TV1
Bonda Shasha TV3
2013 Ramadan Yang Hilang Zafirah
2014 Janji Jaslina Jaslina
2015 Tanah Kubur Astro Oasis
2016 Tika Langit Terbuka
2017 Isteri-Isteri Ayah TV3
2021 Hilangkah Janji Kita Izlyn Karina Hypp Sensasi
Kisah Rumah Tangga Astro Ria Episod: "Abah Kau, Kau Family"
2022 Roxy Arissa TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Kemaafan Yang Tertangguh Hartina TV3
2012 Demi Suffian
Waris Walid
2016 Mimi Amah Diva Mimi Mia Astro Ria
2017 Dosa Terlindung Zie TV3
2022 Hud Juliana Awesome TV
Langit Raziah TV3
2023 Sekeping Muruku Sebuah Rindu Marini TV2

Teater

Tahun Tajuk
2004 Lorong 2/90
2007 Bangsawan Lela Manja

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2018 Pa&Ma Astro Prima Adaptasi majalah Pa&Ma
2019 Masak Apa Tu? TV3

Diskografi

Tahun Tajuk
2011 Di Hati Ini

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Eira Syazira Kehidupan peribadiEira Syazira Kerjaya lakonanEira Syazira Kerjaya muzikEira Syazira FilemografiEira Syazira DiskografiEira Syazira RujukanEira Syazira Pautan luarEira SyaziraMalaysiaTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Anugerah AidilfitriPerodua KelisaOrang BanjarPenjodoh bilangan bahasa MelayuLatKesultanan Johor-RiauNafiez ZaidiPetaling JayaSenarai pelakon lelaki MalaysiaKrisis airHukum madSurah al-FatihahBuaya katakTalbis IblisNadhir NasarSulfur dioksidaFahmi FadzilJabatan Alam SekitarMajapahitCinema (Slot TV3)Proton WajaMat KilauFarajSukanAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamYang di-Pertua NegeriProton ExoraTaman Negara MalaysiaSunan MuriaKetumDaiyan TrishaAliff AzizHinduismeMeerqeenJangkitanAlam sekitarRita NadiraAaron AzizKetupatKhulafa al-RasyidinBahasa MaduraKL Special ForceGeografi JohorPenebangan hutanBola tamparPolitik balas budiPembentukan MalaysiaHang TuahAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaKata sendi (bahasa Melayu)Malaysia MadaniBahasa CinaTawauHun HaqeemPerang PadriPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalJohor Darul Ta'zim F.C.Sophia LianaMilo (minuman)Liga Super Malaysia 2024–25Najis dalam IslamAbdul Taib MahmudNegarakuFrekuensi radio di KedahAwieCik ManggisTaufik HidayatDaniella SyaSalasilah keturunan Nabi MuhammadR.A. KartiniBaju MelayuKhadijah binti Khuwailid1Nadia AqilahBahasa MelayuEmpayar UthmaniyahIkan bayanLemangMinal 'Aidin wal-Faizin🡆 More