Krustasea

Krustasea membentuk kumpulan artropoda yang sangat besar, biasanya dirujuk sebagai subfilum, termasuk haiwan biasa seperti ketam, udang karang, udang krai, kril dan teritip.

67,000 spesies yang telah dikenalpasti mempunyai pelbagai saiz daripada Stygotantulus stocki pada 0.1 mm (0.004 in), hinggalah ketam labah-labah Jepun dengan kaki 12.5 ka (3.8 m) dan jisim 44 lb (20 kg). Seperti artropod lain, krustasea mempunyai rangka luar, yang bersalin kulit untuk membesar. Krustasea dibezakan daripada kumpulan artropod lain, seperti serangga, Myriapoda dan Chelicerata dengan memiliki anggota biramous (dua-bahagian), dan dengan nauplius bentuk larvanya.

Krustasea
Julat zaman: Kambria hingga Sekarang
A segmented animal is seen from the side. It has a long antennae and small black eyes; one pair of legs is much more robust than the others; the body is slightly arched and each segment carries a pair of appendages. The whole animal is translucent or a pale brown colour.
Abludomelita obtusata, amfifod
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Krustasea

Brünnich, 1772
Kelas & Subkelas

Thylacocephala?
Branchiopoda

    Phyllopoda
    Sarsostraca

Remipedia
Cephalocarida
Maxillopoda

    Thecostraca
    Tantulocarida
    Branchiura
    Pentastomida
    Mystacocarida
    Copepoda

Ostracoda

    Myodocopa
    Podocopa

Malacostraca

    Phyllocarida
    Hoplocarida
    Eumalacostraca

Ciri utama

Fizikal tubuh

Tubuh krustasea terdiri dari dua bahagian iaitu kepala dada yang menyatu (sefalotoraks) dan perut atau badan belakang (abdomen). BaHAgian sefalotoraks dilindungi oleh kulit keras yang disebut karapas dan 5 pasang kaki yang terdiri dari 1 pasang kaki capit (keliped) dan 4 pasang kaki jalan. Selain itu, di sefalotoraks juga terdapat sepasang antena, rahang atas, dan rahang bawah. Sementara pada bahagian abdomen terdapat 5 pasang kaki renang dan di bahagian Hujungnya terdapat ekor. Pada udang betina, kaki di bahagian abdomen juga berfungsi untuk menyimpan telur.

Sistem pencernaan krustasea bermula dari mulut, kerongkong, lambung, usus, dan dubur. Sisa metabolisme akan dinyahtinja melalui sel api. Sistem saraf krustasea disebut sebagai sistem saraf tangga tali, di mana ganglion kepala (otak) terhubung dengan antena (indra peraba), mata (indra penglihatan), dan statosista (indra keseimbangan).

Haiwan-haiwan Crustacea bernafas menggunakan insang melekat pada tubuh yang menghubung kepada sistem peredaran darah yang peredaran darah terbuka: oksigen dan karbon dioksida bertukaran pada titik pertemuan air ke pembuluh insang, oksigen ini diedarkan ke seluruh tumbuh tanpa melalui pembuluh darah.

Kitaran hidup

Golongan haiwan ini bersifat diesis (ada jantan dan betina) dan pembuahan berlangsung di dalam tubuh betina (persenyawaan dalaman).

Larva haiwan sering mempunyai sambungan kecil pada kulit yang membantu bergerak secara lancar dalam persekitaran mengalami tolakan kuat persekitaran seperti dari arus. Larva akan mengalami pergantian kulit (ekdisis) berkali-kali

Pengelasan

Sistem klasifikasi terbaharu membahagikan Krustasea menjadi 6 kelas:

  • Branchiopoda,
  • Cephalocarida,
  • Malacostraca,
  • Maxillopoda,
  • Ostracoda,
  • Remipedia

Terdapat sebanyak sekitar 67,000 ekor spesies diketahui, iaitu ​110 to ​1100 daripada keseluruhan jumlah bilangan yang dijangka ada sambil yang selebihnya belum ditemui.

Hubungan dengan manusia

Banyak krustasea dimanfaatkan oleh manusia sebagai makanan yang kaya protein di mana kebanyakannya dari jenis dekapoda, termasuk udang, ketam dan renjongan. Namun, ada beberapa jenis yang dapat merugikan manusia: contohnya yuyu yang dapat merosakkan tanaman padi di sawah dan ketam kenari perosak tanaman kelapa di Maluku.

Rujukan

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tags:

Krustasea Ciri utamaKrustasea PengelasanKrustasea Hubungan dengan manusiaKrustasea RujukanKrustasea Pautan luarKrustasea

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

RentapTimbalan Perdana Menteri MalaysiaAbu Bakar as-SiddiqPerodua KelisaKhunsa (siri TV)Angel (penyanyi)Fattah AminBeto KusyairyAdam CorrieTulisan JawiAbdul Razak HusseinRujukan kehormatMimi LanaAdat resam kahwin MelayuPuchong, SelangorJanna NickESemenyihHulu Selangor (kawasan persekutuan)Muhammad Sanusi Md NorAliff Syukri KamarzamanKedah TuaAzhan RaniRadius OneDollaSetem (filem)Mat KilauZainol MacWilsonPilihan raya umum India 2024Senarai pelakon lelaki MalaysiaKementerian Pendidikan MalaysiaIslamSabrina AliHarris AlifFirdaus GhufranMas Ermieyati SamsudinKerajaan Bani UmaiyahFahmi FadzilAzhar SulaimanBaju MelayuKelurKongkekTeluk IntanSepahtu Reunion Al-RayaPersatuan Negara-negara Asia TenggaraThe Original GangsterLebuhraya Utara–Selatan Jajaran SelatanPetronasTakbirPegawai WaranSalomaJabatan Akauntan NegaraRokokFrekuensi radio di MelakaUniversiti MalayaPolis EVO 3SerembanAsmidarNur FazuraMusa HitamJosiah HoganPerak F.C.Penunggang Agama 2Khalid Mohamad JiwaSearch (kugiran)Sudirman (penyanyi)Nombor dalam budaya CinaDzulkefly AhmadPak Ketipak KetipungEda EzrinSarimah IbrahimKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013ZodiakFaizal HusseinMohammed Hanif OmarHulu Selangor🡆 More