Dubur

Dubur atau jubur,atau lubang bokong adalah bukaan pada penghujung saluran pencernaan haiwan yang bermula dari mulut.

Ia berfungsi bagi mengawal penyingkiran najis, bahan separa-pepejal yang tidak dikehendaki terhasil semasa penghadaman, yang, bergantung kepada jenis haiwan, mungkin merupakan salah satu bahan yang tidak boleh dihadam oleh haiwan tersebut, seperti tulang; bahan makanan sisa selepas kesemua zat telah diambil, sebagai contoh selulos atau lignin; bahan yang ditelan yang bertukar toksid sekiranya kekal dalam saluran penceranaan; dan bakteria perut yang mati atau lebihan dan endosimbiont yang lain.

Dubur
Dubur dan faraj wanita
Dubur
Dubur
Diagram rektum dan dubur.
Pengenalpastian
TAA05.7.05.013
Terminologi anatomi

Afimbia, reptilia, dan burung turut menggunakan bukaan yang sama bagi menyingkir cecair dan bahan pepejal, dan bagi mengawan dan bertelor; bukaan ini dikenali sebagai "cloaca". Haiwan Monotreme turut memiliki cloaca, yang dipercayai satu ciri dari amniote terawal melalui therapsid. Marsupial memiliki dua bukaan luaran: satu bagi menyingkirkan pepejal dan cecair; yang satu lagi bagi pembiakan, yang kelihatan sebagai faraj bagi betina dan zakar bagi jantan. Mamalia berplacental betina mungkin memiliki bukaan berasingan bagi membuang air, kencing, dan pembiakan, dan pembiakan; jantan memiliki satu bukaan bagi membuang air besar dan satu lagi bagi kencing dan pembiakan, sungguhpun saluran kepada bukaan tersebut hampir sentiasa terpisah sama sekali.

Perkembangan dubur merupakan tahap penting dalam evolusi haiwan multiselular. Malah ia kelihatannya berlaku sekurang-kurangnya dua kali, menurut laluan berlainan bagi protostome dan deuterostome. Ini diikuti atau dibantu oleh perkembangan evolusi penting lain: bentuk badan bilaterian; koelom, rongga dalaman yang memberi ruang bagi sistem kitaran dalaman dan, bagi sesetengah haiwan, membentuk rangka hidrostatik yang membolehkan haiwan seperti cacing untuk mengorek; metamerism, di mana badan dibina dari modular berulang yang kemudian mengkhusus, sebagai contoh kepala kebanyakan arthropod terdiri daripada segmen khusus, berpadu.

Perkembangan

Bagi haiwan sekomplek cacing tanah, embrio membentuk lekukan pada satu sisi, blastopore, yang' semakin dalam dan membentuk archenteron, fasa pertama bagi pertumbuhan salur perut. Bagi deuterostome, lekukan asal membentuk dubur sementara usus akhirnya tembus bagi membentuk bukaan lain,yang membentuk mulut. Protostome dinamakan sedemikian kerana ia pernah dipercayai bahawa pada embrionya lekukan membentuk mulut sementara dubur terbentuk kemudian, pada bukaan yang terhasil pada hujung lain usus. Penyelidikan terkini bagaimanapun menunjukkan bahawa bagi protostomes hujung lekukan tertutu pada tengahnya, meninggalkan bukaan pada setiap hujung yang membentuk mulut dan dubur.

Fisiologi

Aliran bahan melalui dubur biasanya dikawal oleh otot sphincter dubur.

Nota

Tags:

NajisSaluran pencernaan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Laluan Kelana JayaBade Hj. AzmiLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurSejarah SingapuraAb Rauf YusohJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaSenarai bank di MalaysiaNadia BrianKarbon dioksidaBarisan NasionalTayamumBahagian di SarawakNasionalismeTanda dan gejalaMuhamad Akmal SalehUniversiti Utara MalaysiaHentaiGrup Gerak KhasPolis EVO 3Sultan Nazrin Muizzuddin ShahParti Islam Se-MalaysiaIranLiga Super MalaysiaNatasha WilonaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaSabahKetumGerakan Aceh MerdekaAlor SetarBola tamparAbang Long Fadil 3NeelofaSurah Al-InsyirahKepimpinanSenarai negara mengikut keluasanXPDCProton SatriaNorian MaiBugisKL GangsterRita RudainiMalaysia MadaniBurung Murai BatuKhulafa al-RasyidinSistem pembiakan manusiaSyasyaRaja berperlembagaanMimi LanaNasi kandarShahril Sufian HamdanSurah al-BaqarahOrang India MalaysiaNasha AzizAnwar IbrahimIbanPersatuan Negara-negara Asia TenggaraSejarah MalaysiaSistem SuriaAbang AdikSenarai syarikat MalaysiaKata kerja tak transitifPulau RedangJambatan Pulau PinangMandi wajibJosiah HoganSheikh Muszaphar ShukorMustapha KamalFrekuensi radio di Negeri SembilanAniq SuhairBendera PalestinJoseph KurupSekolah Kluster KecemerlanganJalaluddin HassanMalang Si PuteriMydinTentera Udara Diraja Malaysia1🡆 More