Julie Sudiro: Penyanyi Malaysia

Datin Paduka Hajah Raden Juariah binti Raden Sudiro, AMN; SMJ, atau lebih dikenali sebagai Julie Sudiro (26 Februari 1945 – 4 Februari 2023) merupakan seorang penyanyi Malaysia keturunan Jawa yang aktif menyanyi pada era 1960-an.


Julie Sudiro
Kelahiran(1945-02-26)26 Februari 1945
Meninggal dunia4 Februari 2023(2023-02-04) (umur 77)
Hospital UiTM Puncak Alam
Sebab kematianRadang paru-paru
DikebumikanTanah Perkuburan Islam USJ 22
Nama lainRaden Juriah binti Raden Sudiro
Kerjaya muzik
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1960–2023

Beliau merupakan anak Malaysia yang mula mencipta nama di sebuah pertandingan nyanyian di Singapura. Berbekalkan kemenangan tersebut, beliau mula mendapat perhatian media dan akhirnya dilamar untuk merakamkan suara ke piring hitam. Antara EP Inggeris terawal beliau berjudul "Down Town" yang juga memuatkan lagu berjudul "Be Good To Me" pada tahun 1966. Satu persatu EP Melayu dan Inggeris dihasilkan dan salah satu lagu Inggeris yang pernah dirakamkan bersama kumpulan muzik pengiring iaitu The Emeralds ialah "Na Na Na Hey Hey Kiss Me Goodbye" (juga merupakan salah satu tajuk EP Inggerisnya yang dirakamkan bersama EMI pada tahun 1970). Julie juga turut merakamkan beberapa EP berbahasa Melayu dan Inggeris bersama kumpulan The Emeralds. Paling diingati ramai adalah lagu Melayu hits beliau seperti "Lambaian Kanda", "Seruling Malam", "Bunga Sakti", "Apa Khabar", "Miang Keladi" dan "Gambar Kenangan". Kartina Dahari @ Tina merupakan rakan artis paling akrab dan mereka pernah merakamkan EP duet yang mengandungi lagu-lagu seperti "Cincin Kenangan", "Marilah Bergembira", "Burung Nuri" dan "Pulau Harapan". Selain EMI, beliau juga pernah merakamkan beberapa EP bersama Mega Records yang berpengkalan di Singapura pada ketika itu.

Walaupun tidak lagi menyanyi secara aktif pada tahun 2010-an, namun beliau masih diundang untuk menjayakan persembahan korporat yang lebih kepada persembahan tertutup (eksklusif). Vokal dan nuansa Julie Sudiro sememangnya akan terus diingati sebagai salah seorang diva jazz yang dihormati bukan sahaja di Malaysia dan Singapura malah di dunia.

Anugerah dan pengikirafan

Anugerah muzik

Darjah kebesaran diraja

  • Julie Sudiro: Anugerah dan pengikirafan, Meninggal dunia, Rujukan  Malaysia
    • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - 1991

Meninggal dunia

Julie Sudiro meninggal dunia di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam akibat kanser paru-paru tahap empat, dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, pada jam 2.50 petang 5 Februari 2023.

Rujukan


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tags:

Julie Sudiro Anugerah dan pengikirafanJulie Sudiro Meninggal duniaJulie Sudiro RujukanJulie SudiroDatin

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Frekuensi radio di TerengganuSenarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2023RomantisismeProton SagaRamli M. S.Shah IskandarSultan Muhammad VZUS CoffeeBukit TaburSultan Mizan Zainal AbidinHarris AlifKaabahWanita Syurga7 Hari Mencintaiku (musim 3)Marissa YasminKata adjektifBuletin UtamaIntan NajuwaKebudayaan MalaysiaPakatan HarapanFasha SandhaJamal AbdillahBoBoiBoyMustaqim BahadonPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Bahasa Melayu BruneiIpohHulu LangatPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IraqPeribahasa MelayuMuhammad Sanusi Md NorRogolSenarai saluran Astro NJOISenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiAmir NafisJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaBendera MalaysiaProton Saga (generasi kedua)Chempaka Emalin PahaminFacebookPetronasBukan Kahwin PaksaHun HaqeemMusang PulutTunku Abdul RahmanCabang dan mazhab IslamPerlisKuala TerengganuVAT 69/UTKThe GadysAllahAmelia HendersonKerajaan MataramShah AlamR.A. KartiniPegawai Waran IIAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamSiksa KuburAndai Itu TakdirnyaSlot SamarindaJambatan Angkat Kuala TerengganuMalariaAiman Hakim RidzaBeto KusyairyImam MahdiMetamfetaminaBaju MelayuFrekuensi radio di PerakPuncak AlamPerak F.C.Hulu Selangor (kawasan persekutuan)Maya KarinTuanku Abdul RahmanPerang Dunia KeduaNatasya Mahyan🡆 More