Jesús Navas

Jesús Navas González (lahir 21 November 1985) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Sepanyol yang bermain untuk kelab La Liga, Sevilla sebagai pemain sayap kanan.

Jesús Navas
Jesús Navas
Navas memanaskan badan bersama Manchester City pada tahun 2014
Maklumat peribadi
Nama penuh Jesús Navas González
Tarikh lahir (1985-11-21) 21 November 1985 (umur 38)
Tempat lahir Los Palacios, Sepanyol
Ketinggian 1.70 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sevilla
Nombor 16
Kerjaya remaja
1998–2000 Los Palacios
2000–2003 Sevilla
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2004 Sevilla B 33 (3)
2003–2013 Sevilla 285 (23)
2013–2017 Manchester City 123 (4)
2017– Sevilla 85 (2)
Pasukan kebangsaan
2004–2005 Sepanyol B21 5 (0)
2009– Sepanyol 42 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 Mac 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 November 2019 (UTC)

Dia bermain kebanyakan kariernya bersama Sevilla, beraksi dalam 393 perlawanan dan memenangi enam trofi utama, termasuk dua Piala UEFA dan dua Copa del Rey. Pada tahun 2013, dia menyertai Manchester City.

Navas bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol sejak tahun 2009 dan membantu kelabnya memenangi Piala Dunia FIFA 2010 dan UEFA Euro 2012.

Karier kelab

Sevilla

Dilahirkan di Los Palacios y Villafranca, Seville, Navas menyertai pasukan belia Sevilla FC ketika berumur 15 tahun. Pada musim 2003–04, dia membuat penampilan sulung untuk pasukan utama (dan La Liga) apabila dia bermain untuk 12 minit ketika kekalahan 0–1 kepada RCD Espanyol pada 23 November 2003, dan membuat empat lagi penampilan sebelum liga berakhir. Pada musim 2004–05, dia dinaikkan ke pasukan utama secara tetap, menjaringkan dua gol daripada 22 perlawanan. Dia juga membuat penampilan untuk pasukan Sepanyol bawah-21.

Jesús Navas 
Navas bermain untuk Sevilla pada tahun 2010

Pada musim 2005–06, Navas sekali lagi cemerlang, memainkan peranan penting untuk kelab Andalusia itu yang memenangi Piala UEFA buat pertama kali. Dia beraksi dalam kesemua 12 perlawanan dalam pertandingan itu termasuk perlawanan akhir menentang Middlesbrough. Pada bulan Ogos 2006, satu perjanjian telah diatur untuk perpindahannya ke Chelsea, tetapi pemain itu menolak perpindahan tersebut. Dalam liga, dia secara konsisten disenaraikan dalam ranking pemain terbaik, memasuki '50 Teratas' majalah Don Balón setiap tahun sejak 2005.

Untuk tiga tahun seterusnya, Navas terus menjadi pemain utama Sevilla, sentiasa menjadi pemain dengan bantuan gol terbanyak untuk kelab dan juga menjaringkan sembilan gol dalam liga. Dia juga membantu mereka menduduki tempat ketiga dalam liga musim 2008–09.

Pada musim 2009–10, Navas beraksi dalam lebih 50 perlawanan dan membantu mereka menduduki tempat keempat dalam liga). Pada 19 Mei 2010, dia menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Copa del Rey untuk menewaskan Atlético Madrid 2-0.

Pada musim 2010–11, Navas telah terlibat dengan kecederaan, dan kurang beraksi untuk Sevilla. Pada 13 Mac 2011, dia menjaringkan satu-satunya gol dalam musim itu ketika seri 1–1 dengan FC Barcelona.

Manchester City

Pada 4 Jun 2013, selepas spekulasi tentang masa depan Navas, Sevilla mengesahkan dalam laman web rasmi mereka bahawa dia akan meninggalkan kelab itu dan dijangka menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City. Perpindahan itu dilaporkan bernilai £14.9 juta, diselesaikan tujuh hari kemudian.

Navas membuat penampilan sulung liga pada 19 Ogos 2013, bermain keseluruhan 90 minit ketika menang 4–0 ke atas Newcastle United. Dia menjaringkan dua gol pertamanya dalam pertandingan itu pada 24 November, membantu kelabnya menang 6–0 ke atas Tottenham Hotspur.

Pada 2 Mac 2014, Navas menjaringkan gol ketiga City ketika mereka menewaskan Sunderland 3-1 untuk memenangi Piala Liga.

Karier antarabangsa

Selepas menembusi pasukan utama Sevilla, Navas membuat penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 pada bulan September 2004. Dia telah dikatakan sebagai bintang berpotensi untuk kelab dan negaranya, tetapi masalah ketakutan menyebabkan dia terpaksa berhenti bermain bola sepak antarabangsa. Pada bulan Ogos 2009, dia mengumumkan hasratnya untuk mengatasi masalahnya dalam usaha mencari tempat dalam skuad Piala Dunia FIFA 2010.

Jesús Navas 
Navas (kanan) di bangku simpanan semasa Euro 2012

Pada 9 November 2009, Navas dipanggil oleh Vicente del Bosque untuk perlawanan persahabatan menentang Argentina dan Austria. Pada 14 November, dia membuat penampilan sulungnya menentang Argentina dimana mereka menang 2–1 di Madrid. Empat hari kemudian, dia bermain keseluruhan separuh masa kedua menentang Austria dimana mereka menang 5–1 di Vienna.

Dipanggil ke skuad Piala Dunia di Afrika Selatan, Navas menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada 3 Jun 2010 dalam perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan. Semasa Piala Dunia, dia beraksi dalam tiga perlawanan termasuk masa tambahan 30 minit dalam perlawanan akhir menentang Belanda dan Sepanyol menang trofi Piala Dunia FIFA pertama mereka.

Navas juga dipilih untuk UEFA Euro 2012, dimana dia muncul dalam beberapa perlawanan sebagai pemain gantian. Pada 18 Jun 2012, dia menjaringkan satu-satunya gol perlawanan pada minit ke-87 dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Croatia.

Dipilih untuk Piala Konfederasi FIFA 2013, Navas muncul dalam tiga perlawanan. Pada 27 Jun, dalam perlawanan separuh akhir menentang Itali, dia menyempurnakan sepakannya semasa penentuan penalti (0–0 selepas 120 minit).

Navas merupakan salah seorang daripada tujuh pemain yang dikeluarkan daripada skuad terakhir Sepanyol untuk Piala Dunia FIFA 2014 bersama-sama rakan sepasukan City, Álvaro Negredo.

Gol antarabangsa

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 3 Jun 2010 Tivoli-Neu, Innsbruck, Austria Jesús Navas  Korea Selatan 1–0 1–0 Persahabatan
2. 18 Jun 2012 PGE Arena, Gdańsk, Poland Jesús Navas  Croatia 0–1 0–1 UEFA Euro 2012
3. 10 September 2013 Stade de Genève, Geneva, Switzerland Jesús Navas  Chile 2–2 2–2 Persahabatan

Kejayaan

Kelab

    Sevilla
    Manchester City

Negara

Individu

  • Pemain Tengah Serangan Terbaik La Liga: 2009–10

Dekorasi

  • Gold Medal of the Royal Order of Sporting Merit: 2011

Statistik

Kelab

    Sehingga 29 Jun 2015
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain-lain Jumlah
Kmncln Gol Bantuan Gol Kmncln Gol Bantuan Gol Kmncln Gol Bantuan Gol Kmncln Gol Bantuan Gol Kmncln Gol Bantuan Gol
Sevilla 2003–04 8 0 0 8 0 0
2004–05 21 2 1 1 1 0 5 0 1 27 3 2
2005–06 34 2 1 2 0 0 12 0 2 48 2 3
2006–07 29 1 0 5 1 0 7 0 1 1 0 2 42 2 2
2007–08 36 4 9 4 0 1 10 0 2 3 0 0 53 4 12
2008–09 35 4 13 8 1 2 6 0 0 49 5 15
2009–10 34 4 13 9 4 3 8 2 2 51 10 18
2010–11 15 1 5 5 0 1 6 1 1 2 0 0 28 2 7
2011–12 37 5 14 4 0 0 2 0 0 43 5 14
2012–13 36 0 6 7 1 3 0 0 0 43 1 9
Jumlah 280 23 62 46 8 7 56 3 9 6 0 1 388 34 77
Manchester City 2013–14 30 4 7 10 2 3 8 0 3 48 6 13
2014–15 35 0 9 4 1 2 7 0 0 1 0 0 47 1 11
Jumlah 65 4 16 14 3 5 15 0 3 1 0 0 95 7 24
Jumlah Karier 345 27 78 60 11 12 71 3 12 7 0 1 482 41 101

Antarabangsa

    Sehingga 6 Mac 2014
Sepanyol
Tahun Kmncln Gol
2009 2 0
2010 9 1
2011 3 0
2012 8 1
2013 12 1
2014 1 0
Jumlah 35 3

Kehidupan peribadi

Abang Navas, Marco juga merupakan seorang pemain bola sepak. Selepas beraksi dengan akademi belia Sevilla, dia bejaya membuat tiga penampilan untuk pasukan utama.

Navas mengalami masalah kronik rindu tempat tinggal, tsehinggakan dia tidak menghadiri kem latihan di luar Sepanyol kerana ia terlalu jauh dari Seville. Dia juga mengalami serangan kebimbangan dan sawan, dan pada mulanya enggan untuk pergi bersama Sevilla semasa pra-musim ke Amerika Syarikat kerana rindu tempat tinggal, dia kemudiannya menukar fikirannya untuk membuang masalah ini.

Rujukan

Tags:

Jesús Navas Karier kelabJesús Navas Karier antarabangsaJesús Navas KejayaanJesús Navas StatistikJesús Navas Kehidupan peribadiJesús Navas RujukanJesús Navas Pautan luarJesús NavasBola sepakLa LigaPemain tengahSepanyolSevilla FC

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

BoBoiBoyNajua NasirAbdul Hadi AwangMohd Shuhaily Mohd ZainPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaSunan BonangKesan rumah hijauHady MirzaPemancutan maniNajis dalam IslamRamli M. S.Hulu SelangorPerikatan NasionalAziz HarunMuhyiddin YassinSunan KalijagaMandi wajibGeografi IndonesiaFrekuensi radio di Negeri SembilanGoogle ScholarSerembanSophia AlbarakbahKugiran MasdoPasukan bola sepak kebangsaan IndonesiaPerlisBajauMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahKerana Dia SukaNora DanishMalayan UnionHantu Kak Limah Balik RumahAisyah Abu BakarJam 12 jamParti Islam Se-MalaysiaEmma MaembongHarris AlifKata sendi (bahasa Melayu)Oman AirCinta Buat DaraLeftenan KomanderSepahtu Reunion LiveHun HaqeemAmelia HendersonRita NadiraOne Cent ThiefKongkekTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahGombakSenarai Surah Al-QuranPokok MambuPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17IslamNombor perdanaThe GadysBahasa ArabPeristiwa Kampung MedanAween IsmailAprena ManrosePerubahan iklimMelakaNadhir NasarAlor SetarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAzira ShafinazBukit TaburShaheizy SamOrang Asli di MalaysiaSiti Khadijah HalimPukimakNicol Ann DavidIsteri-isteri Nabi MuhammadZizan RazakLaskar MudaShaharuddin ThambyHentaiEmelda RosmilaPeraturan bola jaringAyat kursi🡆 More