Makanan Ikan

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies.

Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Makanan Ikan
Ikan dihidangkan dengan sayur dan herba.
Makanan Ikan
Berbagai-bagai makanan laut dengan nasi ditambah untuk membuat paella di Mexico.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

Penyediaan

Makanan laut boleh disediakan dengan berbagai-bagai cara:

Banyak teknik pengawetan yang digunakan oleh berbagai-bagai budaya kini tidak diperlukan lagi tetapi masih digunakan untuk rasa dan teksturnya.

Pemakanan

Perbandingan nutrien dalam 100 g ikan putih atau ikan berminyak
Gizi Ikan putih
Ikan pollock Alaska
Ikan berminyak
Ikan hering Atlantik
Makanan Ikan 
Filet halibut (ikan putih) di atas filet salmon (sejenis ikan berminyak)
Tenaga (kcal) 111 203
Protein (g) 23 23
Lemak (g) 1 12
Kolesterol (mg) 86 77
Vitamin B-12 (µg) 4 13
Fosforus (mg) 267 303
Selenium (µg) 44 47
Omega-3 (mg) 509 2014
Makanan Ikan 
Neeruli udang karang, salah satu makanan istimewa tempatan di bandar raya pantai Manglore, India
Makanan Ikan 
Fried Ikan dan kentang goreng di desa perikanan Harbor Drive, San Diego.

Ahli pemakanan mengesyorkan setinggi-tingginya diet yang tetap mengandungi ikan kerana ikan, khususnya ikan air masin, mengandungi banyak asid lemak Omega 3 yang ramah jantung. Ini diterka sebagai salah satu sebab utama mengapa orang Eskimo mengalami risiko penyakit kardiovaskular yang lebih rendah. Bangsa Jepun dan orang Nordik juga dicadangkan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang kerana memakan lebih banyak ikan dan makanan laut, antara sebab-sebab yang lain. Selain itu, diet Mediterranean juga mengandungi banyak ikan. Oleh sebab ikan juga dapat memanfaatkan kulit manusia, ahli pemakanan mengesyorkan bahawa ikan dimakan sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.

Intermediate Technology Publications menulis dalam tahun 1992 bahawa "Ikan menyediakan sumber protein yang baik berkualiti tinggi dan mengandungi banyak vitamin dan mineral. Ia boleh dikelaskan sebagai sama ada ikan putih, ikan berminyak, atau kerang. Ikan putih, seperti haddock dan seer, mengandungi lemak yang sangat sedikit (biasanya kurang daripada 1%) manakala ikan berminyak seperti sardin, mengandungi antara 10-25%. Ikan berminyak, hasil daripada kandungan lemak yang tinggi, mengandungi pelbagai vitamin lemak larut (A, D, E dan K) dan asid lemak penting, semua yang penting untuk badan sihat."

Manfaat kesihatan

Penyelidikan sejak beberapa dekad yang lalu telah menunjukkan bahawa nutrien dan mineral dalam ikan, dan terutamanya asid lemak omega-3 yang ditemui dalam ikan pelagik, yang elok untuk jantung, perkembangan otak dan pembiakan. Ini mengetengahkan peranan ikan dalam fungsi tubuh manusia.

Bahaya kesihatan

Ikan ialah makanan yang paling biasa menghalang saluran pernafasan dan menyebabkan tercekik. Tercekik ikan bertanggungjawab terhadap kira-kira 4,500 kemalangan yang dilaporkan di UK pada tahun 1998.

Alahan

Alahan makanan laut ialah hipersensitiviti kepada alergen yang hadir dalam ikan, dan terutamanya dalam kerang. Ini boleh menyebabkan reaksi keterlaluan sistem imun dan menyebabkan gejala fizikal yang teruk. Kebanyakan orang yang mempunyai alahan makanan juga mempunyai alahan makanan laut. Reaksi alahan boleh disebabkan oleh menelan makanan laut, atau dengan bernafas dalam wap daripada penyediaan atau masakan makanan laut. Reaksi alahan makanan laut yang paling teruk ialah anafilaksis, kecemasan yang memerlukan perhatian segera. Ia dirawat dengan epinefrina.

Nota

Rujukan

Pautan luar

Makanan Ikan 
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi


Tags:

Makanan Ikan PenyediaanMakanan Ikan PemakananMakanan Ikan Manfaat kesihatanMakanan Ikan Bahaya kesihatanMakanan Ikan NotaMakanan Ikan RujukanMakanan Ikan Pautan luarMakanan IkanMakananManusiaProteinSpesies

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pasukan bola sepak kebangsaan OmanTanam paksaPerceraian dalam IslamNina IskandarJenayah kolar biruPersatuan Negara-negara Asia TenggaraKedahSaifuddin Nasution IsmailLionel MessiBella AstillahSyariat IslamAndai Itu TakdirnyaKerajaan KutaiRukun IslamNorreen ImanGantung The SeriesHubungan seksWinai KraibutrPortugalMinyak sapiKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaSiti HariesaBubur lambukMaryamKau Yang TerindahJasmine Suraya ChinSe7en (filem 1995)Kugiran MasdoSenarai Kementerian di MalaysiaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17SolatSenarai sistem badan manusiaUmmi NazeeraDollaNaszriah NgasriBak kut tehAbdul Taib MahmudInternazionale Milano F.C.Nur FazuraBukan Kahwin PaksaSurah Al-IkhlasBendera MalaysiaAzan dan iqamatSultan Sharafuddin Idris ShahTempoh haram puasaSyed Mohd Yusof Syed NasirSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiAsertifBaksoPerang BadarMasjid Wilayah PersekutuanSejarah MalaysiaSistem SuriaPerlembagaan MalaysiaMetamfetaminaAgama BuddhaSlot AkasiaFadlan HazimRibaAyu RaudhahPerodua AxiaOrang India MalaysiaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSijil Tinggi Agama MalaysiaSubang JayaMierul AimanPutri ArianiOmanTengku Zafrul Abdul AzizBadli Shah bin AlauddinLaura AnnaSel (biologi)Sonu SoodKata ganti nama (bahasa Melayu)Senarai raja-raja MelayuAlif Satar🡆 More