Hubungan India–Malaysia

Hubungan Malaysia - India telah berlangsung untuk tempoh masa yang amat lama, sejak terjalinnya hubungan perdagangan antara India dan China lagi.

Ketika itu jalan penarikan menerusi darat semenanjung Malaysia merupakan jalan perdagangan yang penting. Kebanyakan kerajaan awal Melayu dipengaruhi tamadun India dan turut mengamalkan agama Hindu.

Bendera India
Bendera India
Bendera Malaysia
Bendera Malaysia
Hubungan India–Malaysia
Perdana Menteri India Narendra Modi bertemu Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur, 31 Mei 2018.

Negara India merupakan sebuah benua dengan penduduk lebih 1000 juta orang, jauh lebih besar berbanding Malaysia. Penduduk India seramai 1.2 bilion iaitu 1/6 penduduk dunia. India mempunyai 2000 etnik, termasuk India Malaysia. Ada orang India yang kaya-raya, ramai yang miskin dan buta huruf. India berbangga mempunyai penyair Rabindranath Tagore dan kini filem Bollywood.

Buruh ladang getah dari India

11 juta warga Malaysia berhijrah dari benua kecil India. Mereka terdiri daripada etnik Tamil,Singhala, Punjabi,Gurkha dan lain-lain. Peladang British yang mendapat tanah ladang percuma telah membawa buruh ladang getah dan teh dari India dan Sri Lanka. Mereka berkebolehan berbahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda mereka, bahasa Tamil.

Penduduk Kepulauan Melayu juga pernah menganuti ugama Hindu - Buddha yang berasal dari India. Senibina kuil Hindu dan Buddha yang penuh dengan pelbagai arca dan patung amat menyerupai dengan kuil di India.

Bahasa Tamil yang digunakan 150 tahun dahulu masih digunakan dan diktiraf sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah Tamil di Malaysia. Peringkat Sekolah Menengah pula, Bahasa Tamil menjadi salah satu subjek di peringkat PMR dan SPM, sesuatu yang tidak pernah berlaku di negara lain . Kedudukan Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil menjadi prasyarat politik . Mereka ditempatkan di ladang-ladang dan tidak pernah asimilasi dengan orang Melayu. Lantaran itu mereka diasing dan terasing dalam kawasan ladang , berhampiran bandar.

Dalam tahun 1875, tentera Sepoi digunakan untuk mematahkan kebangkitan penduduk Sungai Perak terutama di Pasir Salak menentang Sistem Residen . Dalam sistem pentadbiran British Malaya, ramai yang menjadi kerani dan pegawai keturunan India di jabatan kerajaan. Tentera India dan Gurkha pernah digunakan untuk memulihkan kuasa British selepas kekalahan Jepun 1945 - 1948.

Dalam perhimpunan di Stadium TPCA di Kuala Lumpur, pemuda UMNO membawa kain rentang menyokong Sitiveni Rabuka yang merampas kuasa di negara Fiji 1987. Rabuka mahukan pribumi Fiji diberi keutamaan berbanding dengan pendatang India. persinggitan antara kaum ini berakhir dengan Operasi Lalang.

Buku Sejarah Melayu

Buku Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang mencatatkan beberapa hubungan politik dan ekonomi antara Tanah Melayu dengan benua Keling. Pahlawan bernama Badang pernah bergusti dengan pahlawan benua Keling, Benderang dalam acara gusti. Namun permusuhan itu menjadi baik apabila Benderang dikalahkan dalam acara bertindih-tindih paha. Selepas itu mereka berdua berjaya merentang rantai besi di muara sungai bagi menghalang kapal dagang masuk.

Raja Suran / Raja Chola dari India pernah hendak menyerang dan menjajah Srivijaya melalui Semenanjung Tanah Melayu. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa digambarkan Raja Chola pernah menyerang Kedah. Kerajaan Gangga Negara di Beruas, Perak runtuh selepas serangan Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026.

Benua Keling berasal dari nama Kalinga - sebuah wilayah di pantai Koromandel antara Tamil Nadu dan Orissa sekarang. Orang India memang suka banyak bercakap. Duta India ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Krishna Menon berucap di PBB selama 9 jam tanpa henti. Rekod tersebut belum dipecahkan. Mahabharata tujuh kali lebih panjang dari naskhah Iliad dan Odyssey. Perbalahan adalah sebahagian hidup orang India.India menjadi negara pertama di dunia bukan Barat yang memilih dan menggubal perlembagaan berpaksikan demokrasi .

Dalam politik dan kesusasteraan Melayu , selalu ditimbulkan tentang istilah Darah Keturunan Keling (DKK) terutama tahun-tahun 1920-an dan 1930-an.

Nasib pejuang Kashmir

Malaysia mengalu-alukan langkah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bakal melantik duta khas untuk Jammu dan Kashmir. Kashmir mempunyai majoriti penduduk Islam tetapi terbahagi kepada dua iaitu di bawah kuasa India dan Pakistan.

Hindraf memanipulasi etnik India

Hindraf telah menimbulkan beberapa isu membabitkan minoriti etnik India. Pemimpin Hindraf dilaporkan mengadu nasib dengan Ketua Menteri Tamil Nadu dan pemimpin India . Ada yang mencadangkan pemimpin Hindraf memohon semula kewarganegaraan India.Ironinya, di India sesama Hindu pun dilayan dengan kasta yang berbeza apatah lagi berlainan agama. Nasib penganut Islam dalam filem Slumdog Millionaire amatlah menyedihkan.

Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorty ketika menetap di United Kingdom dilaporkan telah menyebarkan risalah Laporan Minoriti India Malaysia dan Pencabulan Hak Asasi Manusia di dalam satu persidangan di Chennai, India. Sekatan perdagangan terhadap Malaysia hendaklah dikenakan. Hentikan segala projek yang diberikan kepada syarikat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menasihati Ketua Menteri Tamil Nadu, M. Karunanidhi agar tidak terpengaruh dengan dakyah Hindraf dan mencampuri hal ehwal negara ini. Ketua Menteri Tamil Nadu itu menulis surat menggesa Perdana Menteri India, Manmohan Singh segera membantu masyarakat India di Malaysia.

Pelancong India tidak pulang

Pada 12 Januari 2010, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan seramai 39,046 warganegara India ‘hilang’ di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh. Maka Jasbatan Imigresen tidak lagi mengeluarkan visa waktu ketibaan kepada warganegara India kerana kemudahan itu telah disalahgunakan, terutamanya mereka dari Chennai. Mereka bekerja di restoran-restoran dan tidak pulang ke India. Mereka turut bekerja sebagai sami dan tukang gunting rambut. Pelancong dari Bangalore, Mumbai dan Delhi tidak melakukan kesalahan tersebut.

Pembeli hartanah ke-3

Pada 23 Januari 2010, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed mendedahkan bahawa selepas Singapura, United Kingdom dan Korea Selatan, warganegara India menjadi pembeli hartanah di Malaysia. Mereka melabur RM500 juta hartanah di Malaysia. Hal itu disampaikan semasa Ekspo Hartanah Malaysia 2010, Pusat Perdagangan dan Industri Antarabangsa Chennai, Chennai,Tamil Nadu. Ekspo itu sempena Sidang Kemuncak Persekutuan Perkongsian Industri India 2010. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Tamil Nadu M. K.Stalin.

Kunjungan Najib Tun Razak ke India

Pada 19 Januari 2010 ,Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melakukan lawatan rasmi ke India. India dan Malaysia menjadi sekutu dalam Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) . Hubungan itu tersasar selepas Malaysia memperkenalkan dasar "Pandang Ke Timur" dari 1980-an. India pula mengamalkan ekonomi tertutup tetapi kini telah diliberalisasikan . Kini India merupakan ketiga terbesar di Asia, dengan hanya disaingi China dan Jepun. Ekonominya rancak, sebesar US$1.2 trilion (RM4.0 trilion).Pertumbuhan ekonomi kira-kira 7 % setahun, dijana oleh 300 juta pekerja kelas pertengahan dan golongan berada India, malahan jumlah itu lebih besar daripada populasi Amerika Syarikat. Simpanan asing berjumlah US$280 bilion (RM935 bilion) .Pelaburan asing tahun 2009 berjumlah US$18 bilion (RM60 bilion).

Kemajuan India dalam tempoh 3 dekad (30 tahun) amat mengkagumkan. Organisasi Angkasa dan Penyelidikan India (ISRO) telah melancarkan 53 satelit .dan malahan saintis India membangunkan hati palsu manusia berdasarkan teknik pernafasan lipas.Pada 2009, Singapura merupakan pelabur kedua terbesar di India.

Najib melawat ke Tamil Nadu di selatan India, yang mempunyai pertalian darah dan kebudayaan dengan penduduk keturunan India Malaysia. Pemimpin tegar Tamil Nadu mempunyai persepsi negatif terhadap Malaysia terutama selepas isu Hindraf.

Tamil Nadu ialah negeri asal ramai rakyat Malaysia keturunan India.85 peratus rakyat Malaysia keturunan India adalah daripada etnik Tamil. Selama 52 tahun Malaysia, tidak pernah Perdana Menteri Malaysia melawat Tamil Nadu kecuali Datuk Seri Najib Tun Razak. Indira Ghandhi dan Nehru pernah melawat Malaysia pada zaman Tunku Abdul Rahman.

Ketua Menteri Tamil Nadu M. Karunanidhi dan Sushma Sawraj daripada Parti Nasionalis Hindu Bharatiya Janata (BJP) mula bersikap positif dengan kehidupan etnik india di Malaysia. Etnik India Malaysia tidak dibunuh sebagaimana kes di Australia.

Jenayah rentas sempadan

Pada 9 April 2010, K.N. Yogappa, superintenden polis di Jabatan Siasatan Jenayah Bangalore menyatakan polis India akan ke Malaysia untuk menyiasat kemungkinan sami India di sebuah ashram Pulau Pinang terlibat dalam salah laku seks. Pada Mac 2010, sebuah stesen televisyen di Chennai menyiarkan aksi lucah 'sami' bersama seorang pelakon wanita dari selatan India di dalam bilik tidur. Sebagai seorang sami, tidak mungkin dia mampu membeli 23 ekar tanah atas nama ashram Dhyanapeetam di Bangalore . Polis menemui 30 pita video seks membabitkan sami tersebut.Ia dijual 1,000 rupee India (RM75) seunit.

Penjenayah rentas sempadan Michael Soosai asal Malaysia berjaya ditahan di hotel mewah Coimbatore, Chennai menggunakan teknologi canggih berdasarkan telefon bimbit pada kenderaannya pada 31 Ogos 2010. Dia berpindah dari Nepal,Bhopal dan Goa. Pesuruhjaya Polis Bandaraya Coimbatore, C. Sylendra Babu menyatakan isteri dan tiga orang anaknya ditahan.Satu kilogram emas, dua buah komputer riba dan beberapa buah telefon bimbit turut dirampas. Polis Malaysia gagal menjejaknya selama 10 tahun ekoran beberapa siri penipuan hampir RM1 juta. Rakyat Malaysia, N. Subramaniam turut dibunuh di Cheyyur, daerah Kancipuram pada 2002.

Lawatan Perdana Menteri India ke Malaysia

Pada 27 Oktober 2010, Perdana Menteri India Manmohan Singh merasmikan bandar Brickfields sebagai satu lagi 'Little India' simbol diaspora India . Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan bersama Duta India ke Malaysia, Vijay Gokhale meninjau persiapan di lokasi bersejarah itu. Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). membangunkan fasa 2 dari Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan bernilai RM35 juta.

Rujukan

Tags:

Hubungan India–Malaysia Buruh ladang getah dari IndiaHubungan India–Malaysia Buku Sejarah MelayuHubungan India–Malaysia Nasib pejuang KashmirHubungan India–Malaysia Hindraf memanipulasi etnik IndiaHubungan India–Malaysia Pelancong India tidak pulangHubungan India–Malaysia Pembeli hartanah ke-3Hubungan India–Malaysia Kunjungan Najib Tun Razak ke IndiaHubungan India–Malaysia Jenayah rentas sempadanHubungan India–Malaysia Lawatan Perdana Menteri India ke MalaysiaHubungan India–Malaysia RujukanHubungan India–MalaysiaIndiaMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

7 Hari Mencintaiku (musim 3)Amir AhnafKucingBadarawuhi Di Desa PenariPASKAL (filem)Sifat-sifat AllahSyafiq YusofTom (penyanyi)Senarai Yang di-Pertuan AgongTimbalan Perdana Menteri MalaysiaManchester United F.C.Perkhidmatan awam di MalaysiaSekolah Menengah Kebangsaan TebobonSkizofreniaPang Sock TaoPrivate BodyguardEmelda RosmilaTV3Lee Kee HiongFacebookKetupatRedza RosliGegar Vaganza (musim 10)Shaheizy SamIpohSenarai perbandingan pangkat tenteraSudirman (penyanyi)Oktovia ManrosePiala ThomasPedofiliaFadillah YusofSenarai Surah Al-QuranPerang Dunia KeduaDa Di DuTabbySumazauPronoJattSenarai bank di MalaysiaAsmidarEtnik MelayuMerdeka 118Syafiq KyleAedy AshrafTunku Abdul RahmanMy Lovely DriverAhirine AhirudinAssalamualaikumMusa HitamSherry AlhadadAmyra RosliRadio Televisyen MalaysiaGol & Gincu (filem)Yasmin AhmadPakatan HarapanFaizal HusseinNur FazuraKota BharuUniversiti Utara MalaysiaKasih Iris LeonaKuala TerengganuElly MazleinHari WesakHamzah bin Abdul MuttalibSearch (kugiran)Sazali SamadGambir SarawakSultan PerakSenarai raja-raja MelayuPendidikan di IndonesiaEddie HamidJam 24 jamDaun terupAbdul Rahim Mohd NoorAmir NafisKesultanan Melayu MelakaKhairulamingBugisTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah🡆 More