Giorgio Moroder

Giovanni Giorgio Moroder (Itali: , bahasa Jerman: ; lahir 26 April 1940) seorang penggubah dan penerbit muzik dari Itali.

Giorgio Moroder
Giorgio Moroder
Moroder di Minneapolis, 2018
Latar belakang
Nama lahirGiovanni Giorgio Moroder
Kelahiran (1940-04-26) 26 April 1940 (umur 83)
Urtijëi, South Tyrol, Italy
Genre
  • Euro disco
Pekerjaan
  • Composer
  • record producer
Tahun aktif
  • 1958–1993
  • 2012–present
Syarikat rakaman
  • London
  • Oasis
  • Casablanca
  • Hansa
  • RCA
  • Virgin
Laman sesawang
giorgiomoroder.com
PasanganFrancisca Gutierrez (k. 1990; m. 2022)

Beliau mendirikan studio rakaman Musicland Studios di Munchen yang terlibat dalam penghasilan album rakaman banyak artis termasuk The Rolling Stones, Electric Light Orchestra, Led Zeppelin, Deep Purple, Queen and Elton John, beliau turut mengasaskan label rakaman Oasis Records yang kemudian diserapkan ke dalam Casablanca Records. Beliau terlibat menggubah runut bunyi banyak filem termasuk Midnight Express, American Gigolo, Superman III, Scarface, The NeverEnding Story serta edisi 1984 terbitan semula Metropolis; lagu "Chase" merunut bunyi filem Midnight Express gubahannya meraih Anugerah Akademi untuk Skor Muzik Asal Terbaik dan Anugerah Golden Globe dalam kategori sama. Beliau juga telah memenangi empat Anugerah Grammy. Beliau dimasukkan ke dalam Dance Music Hall of Fame pada 2004.

Biografi

Giovanni Giorgio lahir pada 26 April 1940 di Urtijëi, Tirol Selatan utara Itali yang pada ketika itu masih beraja. Beliau seorang dari tiga adik beradik lahir kepada keluarga beretnik Ladin yang menduduki kawasan kaki gunung di negeri itu, ayahnya seorang jurukhidmat hotel. Mereka juga penutur Ladin dan Jerman yang kebiasaan di rantau kampungnya, bahkan ibunya pernah memanggilnya Hansjörg (disebut [ˈhansjœʁk]) bentuk gabung Jerman menggabungkan kedua-dua namanya ("Johannes/Hans" dan "Jörg").

Beliau mengajar diri bermain gitar pada usia 15 tahun mendengarkan lagu Paul Anka. Beliau menjelajahn serata benua Eropah untuk membuat persembahan pada usia 18 tahun berbekalkan 2 perakam audio Revox. Beliau berpindah ke kediaman seorang ibu saudaranya di Berlin pada usia 25 tahun dan bekerja sebagai seorang jurutera bunyi.

Gaya muzik

Kehandalan beliau menggubah muzik khusus untuk mainan alat penyintesis tidak sahaja menjoloknya Father of Disco ("Bapa Disko") sekain juga mempelopori genre muzik tarian elektronik, Hi-NRG, Italo disco, synth-pop, new wave, house dan tekno.

Diskografi

Album studio

  • That's Bubblegum - That's Giorgio (1969)
  • Giorgio (1970)
  • Son of My Father (1972)
  • Giorgio's Music (1973)
  • Einzelgänger (1975)
  • Knights in White Satin (1976)
  • From Here to Eternity (1977)
  • Love's in You, Love's in Me (1978)
  • E=MC2 (1979).
  • Solitary Men (1983, bersama Joe Esposito)
  • Innovisions (1985)
  • Philip Oakey & Giorgio Moroder (1985)
  • To Be Number One (1990)
  • Forever Dancing (1992)
  • Déjà Vu (2015)

Rujukan


Tags:

Giorgio Moroder BiografiGiorgio Moroder Gaya muzikGiorgio Moroder DiskografiGiorgio Moroder RujukanGiorgio Moroder

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bahasa MaduraGennaro GattusoAngeline TanAzazilSunan MuriaTentera Darat MalaysiaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaKerajaan Bani AbbasiyahDewan Negara MalaysiaMajlis Raja-RajaRita RudainiMaryamBajauBrazilSemenyihSyahadahEmpayar Rom SuciAmir AhnafSekolah Menengah Kebangsaan Jalan TigaEmma MaembongPolisSetelah Cinta Itu PergiSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSyirikMohamed Fadzli HassanAdnan bin SaidiSains sosialKuchingSabronzoLelaki ItuSarawakRicheese FactoryAlor Setar18 Puasa di Kampong PisangSenarai negara mengikut keluasanJenayah kolar putihTakbirAngkatan Tentera MalaysiaDe FamPerang Dunia KeduaHari GawaiGrup Gerak KhasFrekuensi radio di SabahBola tamparNabi Muhammad SAWBaba dan NyonyaAllahPersekutuan Tanah MelayuIslamPulau MabulAzan dan iqamatBunga rayaRevolusi Perindustrian12 Dewa OlympusTikTokKampung Medan, Petaling JayaAlgeriaKedahThe Legend of Zelda (permainan video)Musang PulutSrivijayaMohd Ridhuan TeeTwitterKata hubung (bahasa Melayu)Masjid al-AqsaPerang Tabuk1Frekuensi radio di JohorHans IsaacMuhammad al-FatihZiana ZainToyota AgyaPembantu perubatanBubur lambukPolitik balas budiTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaCopa América 2021🡆 More