Led Zeppelin

Led Zeppelin () ialah sebuah kumpulan muzik dari England, United Kingdom.

Ia ditubuhkan pada tahun 1968 dan dianggotai oleh pemain gitar Jimmy Page, penyanyi Robert Plant, John Paul Jones memain gitar bes, dan pemain dram John Bonham.

Led Zeppelin
Led Zeppelin
Jimmy Page, John Bonham,
John Paul Jones, Robert Plant,
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
The New Yardbirds, The Nobs
Berasal dariLondon, England
GenreHard rock, heavy metal, blues rock, folk rock
Tahun aktif1968–80
(pertemuan kembali: 1985, 1988, 1995, 2007)
Syarikat rakaman
Atlantic, Swan Song
Pengkarya berkait
Page and Plant, The Honeydrippers, The Yardbirds
Laman sesawang
ledzeppelin.com
Bekas ahliRobert Plant
Jimmy Page
John Paul Jones
John Bonham

Bunyi kumpulan yang didorongi bunyi gitar yang berat, berasaskan muzik blues dalam album-album awal mereka membawa kepada pengiktirafan Led Zeppelin sebagai satu daripada pelopor heavy metal, mahupun gaya mereka dipengaruhi pelbagai sumber, termasuk muzik rakyat. Mereka sendirinya tidak pernah merilis single lagu-lagu dikaryakan yang menjadi popular di United Kingdom dengan alasan bahawa mereka lebih menyukai konsep mengkarya berorientasi album.

Setelah 25 tahun bubar akibat meninggalnya John Bonham pada tahun 1980, Led Zeppelin tetap disanjung penggemar muzik berkat pencapaian artistik berpengaruh luas dan kesuksesan komersial; terutamanya pada Led Zeppelin (1969), Led Zeppelin II (1969), Led Zeppelin III (1970), album keempat yang tidak berjudul (1971), Houses of the Holy (1973), dan Physical Graffiti (1975). Hingga saat ini, album Led Zeppelin telah laku lebih dari 300 juta keping, termasuk 109.5 juta keping laku di Amerika Syarikat, dan menjadi satu-satunya grup muzik yang berhasil menempatkan semua albumnya ke dalam urutan Top 10 tangga album Billboard. Selain itu, Led Zeppelin menempati urutan nombor satu dalam 100 Artis Hard Rock Terbesar (100 Greatest Artists of Hard Rock) VH1.

Sejarah

Permulaan

Pada tahun 1966, Jimmy Page menyertai kugiran rock The Yardbirds sebagai pemain bes menggantikan Paul Samwell-Smith. Page kemudiannya beralih sebagai pemain gitar utama segandingan dengan Jeff Beck. Setelah Beck meninggalkan The Yardbirds pada bulan Oktober sama, kugiran tersebut berhenti seketika setelah lama menjelajah.

Page berikutan rehat sementara ini mahu membentuk suatu kumpulan hebat bersama beliau dan Beck semula, serta Keith Moon and John Entwistle dari The Who. Ada ulasan daripada khabar mengenai cadangan pembentukan ini bahawa penggabungan tersebut akan gagal dahsyat seumpama suatu "belon plumbum" (lead balloon) - yakni seumpama suatu kemalangan hebat kapal udara Jerman yang menggemparkan dunia suatu ketika dahulu. Dengan sedikit olahan pada ejaan pengungkapan ini atas cadangan pengurus mereka Peter Grant agar lebih difahami orang ramai serta untuk estetika berkontras diidamkan Page, maka Led Zeppelin menjadi nama akhir dipilih untuk kugiran ini.

Imej baharu

Led Zeppelin menandatangani kontrak dengan label Atlantic Records yang memberikan mereka kebebasan berkarya. Page menulis kebanyakan muzik awal Led Zeppelin, sementara Plant menulis lirik lagu. Gubahan Jones yang berlandaskan papan nada kemudian menjadi tumpuan muzik kumpulan, dan album-album terkemudian kumpualn memuatkan muzik yang lebih rintis. Bahagian separuh terkemudian kerjaya kumpulan melihat siri konsert kembara yang memecah rekod yang juga mendatangkan reputasi mereka sebagai kugiran yang berlebihan dan yang tidak bermoral. Walaupun mereka mengekalkan kejayaan komersial dan mutu muzik, hasilan mzuik dan konsert kembara mereka terbatas pada lewat tahun 1970-an.

John Bonham meninggal dunia akibat asfiksia berkaitan dengan pengambilan arak pada tahun 1980, Led Zeppelin bersurai berikutan kematian trsebut.

Pada dasawarsa-dasawarsa semenjak itu ahli kumpulan yang masih ada membuat bergabung sekali-sekala untuk membuat persembahan pertemuan kembali Led Zeppelin. Konsert yang paling berjaya ialah persembahan Ahmet Ertegun Tribute Concert di London pada tahun 2007, dengan anak John Bonham, Jason Bonham, mengambil tempat bapanya bermain dram.

Keanggotaan

  • Robert Plant – vokal, harmonika, perkusi
  • Jimmy Page – gitar
  • John Paul Jones – theremin, keyboards
  • John Bonham – dram

Anggota jelajah undangan

  • Tony Thompson – dram (1985)
  • Phil Collins – dram (1985)
  • Paul Martinez – bes (1985)
  • Jason Bonham – dram, perkusi (1988, 1995, 2007)
  • Michael Lee – dram (1995)

Diskografi

  • Led Zeppelin (1969)
  • Led Zeppelin II (1969)
  • Led Zeppelin III (1970)
  • Album nirjudul (turut diberi nama Led Zeppelin IV, 1971)
  • Houses of the Holy (1973)
  • Physical Graffiti (1975)
  • Presence (1976)
  • In Through the Out Door (1979)
  • Coda (1982)

Rujukan

    Sumber utama

Bacaan lanjut

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tags:

Led Zeppelin SejarahLed Zeppelin KeanggotaanLed Zeppelin DiskografiLed Zeppelin RujukanLed Zeppelin Bacaan lanjutLed Zeppelin Pautan luarLed ZeppelinDramGitarGitar bes

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pengenalan kepada virusSaifuddin Nasution IsmailBoBoiBoyHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMMasya-AllahSolatImam MahdiZarina ZainoordinLee Chong WeiSultan PerakNabi Nuh a.s.Kuala LumpurAerofonGeografi JohorAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaMohammed Hanif OmarProses pilihan raya di MalaysiaMandi wajibPemboleh ubahPasukan Khas UdaraJata MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaSenarai gunung berapi di IndonesiaThe Original GangsterBrendan GanBukan Kahwin PaksaSejarah MelakaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahNadhir NasarKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Proton Holdings BerhadVirusLaman UtamaFrekuensi radio di JohorFilem Malaysia tahun 2024Sunan Gunung JatiGajahRacun RihannaMelitha SidabutarNafiez ZaidiTerlanjur Cinta (drama web)Lencana pangkat TLDMBeto KusyairyGunung QafYusof HaslamMenteri Pertahanan Malaysia1Abdul Razak HusseinMohd Ghazali Che MatOrang JawaAdnan bin SaidiKetupat palasPerang UhudKetua Menteri MelakaJoe FlizzowSarimah AhmadSekolah Dato' Abdul RazakSyed Mokhtar Al-BukharyRaja Zarith SofiahPolemik kedudukan bahasa Melayu di MalaysiaArab SaudiMalayan UnionPersatuan Negara-negara Asia TenggaraUsul al-FiqhJean Retno AryaniMat KilauLatKesan rumah hijauAsertifPeribahasa MelayuPolis Diraja MalaysiaAwieKemahiran interpersonalNasi kandarSarafCiri-ciri orang munafik🡆 More