Frederick Douglass

Frederick Douglass (nama lahir: Frederick Augustus Washington Bailey; s. Februari 1818 – 20 Februari 1895) merupakan seorang pembaharu sosial, penulis, aktivis dan negarawan dari Amerika Syarikat.

Selepas beliau menyelamatkan diri dari diperhambakan di Maryland, beliau menjadi seorang tokoh yang memimpin suatu mpergerakan penghapusan amalan tersebut pada tahap kebangsaan - terutamanya di negeri-negeri Massachusetts dan New York - melalui gaya pidato dan penulisannya yang tajam.

Frederick Douglass
Frederick Douglass
Residen Duta Amerka Syarikat ke Haiti
Dalam jawatan
26 Jun 1889 – Julai 1891
PresidenBenjamin Harrison
Didahului olehJohn E. W. Thompson
Digantikan olehJohn Stephens Durham
Butiran peribadi
LahirFrederick Augustus Washington Bailey
s. Februari 1818
Cordova, Maryland, Amerika Syarikat
Meninggal duniaFebruari 20, 1895 (berusia 77 tahun)
Washington, D.C., A.S.
Parti politikParti Republikan
PasanganAnna Murray (k. 1838; meninggal 1882)
Helen Pitts (k. 1884)
Anak-anak5
Ibu bapaHarriet Bailey (ibu)
Anthony Aaron (bapa, didakwa)
Pekerjaanaktivis, penulis, editor, diplomat
TandatanganFrederick Douglass

Beliau sangat memegang kuat kepada adanya hak sama rata ke atas semua manusia tidak mengira warna kulit (terutamanya dalam kalangan berketurunan hamba, asli atau imigran) jantina, keturunan mahupun asal-usul, bahkan beliau sangat berpegang teguh kepada perlembagaan Amerika Syarikat. Beliau turut bertekad dalam mewujudkan dialog dan hubungan kuat antara rakyat negara tersebut merentasi lapisan kaum dan fahaman politik atas pendirian bahawa beliau akan "bergabung dengan sesiapa sahaja untuk melakukan perkara baik serta berpisah jika perlu membuat perkara yang salah".

Awal hidup

Dalam perhambaan

Frederick Augustus Washington Bailey lahir dalam keluarga hamba di sebuah ladang antara Hillsboro dan Cordova di pesisiran timur Teluk Chesapeake, Kaunti Talbot, Maryland.

Beliau berdarah campur - ibunya keturunan kacukan Asli Amerika dan Afrika serta juga Eropah, manakala ayahnya "jelasnya orang kulit putih" menurut sejarawan David W. Blight Beliau dipisahkan daripada ibu kandungnya pada usia kecil, dan hidup bersama neneknya, Betty Bailey. Beliau dipindahkan ke ladang Wye House pada usia enam tahun. Selepas mandor peladangan itu meninggal dunia, Frederick diserahkan kepada keluarga Auld di mana beliau dibawa untuk mengerjakan ladang milik Hugh Auld di Baltimore; beliau menyatakan keadaan di sana di mana beliau diberikan layanan lebih baik daripada di ladang-ladang sebelumnya.

Ketika Frederick berusia 12 tahun, Sophia Auld iaitu isteri Hugh, mula mengajarnya menulis dan membaca dengan baik dan murah hati menurut beliau. Namun, perkara tersebut tidak disukai Hugh yang melihat pendidikan tersebut akan mendorong hamba-hamba menuntut kebebasan, sehingga Sophia ditegur atas tindakannya itu.

Pembebasan

Beliau mula melarikan diri dari Freeland namun gagal. Beliau membuat percubaan kedua melarikan diri dari Covey pada tahun 1836, namun beliau tetap gagal lagi. Pada tahun berikutnya, beliau mula mengenali Anna Murray, seorang warga kulit hitam merdeka, pada tahun 1837; perasaan cinta beliau kepada Anna membangkitkan lagi keinginan beliau memerdekakan diri.

Dari sana, beliau menaiki kapal wap sepanjang Sungai Delaware sehingga singgah di Philadelphia, Pennsylvania, sebuah kota yang dihuni penduduk yang anti-perhambaan. Frederick meneruskan perjalanannya sehingga ke Bandar Raya New York di sebuah rumah milik seorang abolisionis.

Frederick dan Anna berkahwin dalam suatu upacara Presbyterian beberapa hari selepas beliau memerdekakan diri, mereka mengambil nama akhir Johnson agar tidak dapat dikesan. Nama keluarga mereka kemudiannya ditukar lagi ke nama "Douglass" atas saranan seorang kawan Frederick yang pada ketika itu telah membaca sajak The Lady of the Lake nukilan Walter Scott.

Beliau menyertai jemaah Gereja Zion Episkopal Metodis Afrika yang turut dianggotai Sojourner Truth dan Harriet Tubman. Beliau menjadi seorang pendakwah bertauliah di sana pada 1839, and this helped him hone his oratorical skills. Douglass also joined several organizations in New Bedford, and regularly attended abolitionist meetings.

Penglibatan politik

Zaman Perang Saudara

Zaman Pemulihan

Presiden Benjamin Harrison melantik beliau sebagai duta dan konsul agung negara kepad Republik Haiti serta kuasa usaha kepada Santo Domingo pada tahun 1889, namun Douglass meletakkan kedua-dua jawatan ini pada Julai 1891.

Senja hidup

Douglass meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 77 tahun. Majlis pengebumian beliau diadakan di Gereja Episkopal Metodis Afrika Metropolitan.

Karya penulisan

  • A Narrative of the Life of Frederick Douglass, an American Slave (1845)
  • "The Heroic Slave". Autographs for Freedom. Ed. Julia Griffiths, Boston: Jewett and Company, 1853. pp. 174–239.
  • My Bondage and My Freedom (1855)
  • Life and Times of Frederick Douglass (1881, dikemaskini 1892)
  • In the Words of Frederick Douglass: Quotations from Liberty's Champion. Disunting oleh John R. McKivigan dan Heather L. Kaufman. Ithaca & London: Cornell University Press, 2012. ISBN 978-0-8014-4790-7

Nota

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Frederick Douglass Awal hidupFrederick Douglass Penglibatan politikFrederick Douglass Senja hidupFrederick Douglass Karya penulisanFrederick Douglass NotaFrederick Douglass RujukanFrederick Douglass Pautan luarFrederick DouglassAhli politikPerhambaan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKMTentera Udara Diraja MalaysiaKL Gangster 2Perang Dunia KeduaKumpulan Wang Simpanan PekerjaSolat jamakSyed Mokhtar Al-BukharyGeografi IndonesiaSrivijayaSunan Gunung JatiDaiyan TrishaBangunan Sultan Abdul SamadElly MazleinRisteena MunimTengku Zafrul Abdul AzizUniversiti Putra MalaysiaLabuanIndonesiaSalahuddin al-AyyubiUqasha SenroseKuala LumpurKolej Islam Sultan Alam ShahSabah F.C. (Malaysia)IpohPenjodoh bilangan bahasa MelayuAstro MalaysiaSyafiq YusofEmpayar UthmaniyahRedza RosliJepunTadau KaamatanFahmi FadzilNabi Muhammad SAWPerempuan Itu (drama)Nasi himpitMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahPak Ketipak KetipungLelaki ItuTanam paksaSenarai pelakon lelaki MalaysiaShakira (drama)Astro ShawKuchingLiberalismeNiezam ZaidiRicheese FactoryClaude FennerSistem pernafasanP. RamleeKemahiran interpersonalKata adjektifHubungan seksCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahRindu Kasih 2Bahasa MaduraAerofonOrang BanjarSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPiala Sumbangsih 2024Farali KhanMira FilzahAyam BrandIntegritiJohan GhazaliJalaluddin HassanSunan MuriaPemancutan maniKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Jabatan Kastam Diraja MalaysiaDaerah di MalaysiaSiksa KuburPertubuhan Keselamatan SosialHantu Kak Limah Balik RumahIman TroyeZaman air batuDadahTakwim Hijrah🡆 More