Frasa kerja ialah perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perbuatan, sama ada melibatkan pergerakan atau tidak, oleh manusia, hewan, benda dan unsur abstrak.
Ia adalah antara empat kategori frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Ia mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis.
Frasa kerja (FK) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata bantu (aspek dan ragam). Contoh FK yang didahului oleh kata bantu ialah (1a-d) yang berikut.
1. Contoh:
Dalam (1), FK “akan tidur” (1a), “sedang menonton televisyen” (1b) masing-masing didahului oleh kata bantu aspek “akan” dan “sedang”. FK “hendak makan” (1c) dan “suka membaca” (1d) pula masing-masing didahului oleh kata bantu ragam “hendak” dan “suka”.
FK boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu tak transitif dan transitif. Perbezaan antara kedua-duanya ialah FK tak transitif (2-ac) tidak mempunyai objek sementara FK transitif (3a-c) sebaliknya.
2. Contoh:
3. Contoh
“Menangis” (2a), “sudah keluar” (2b) dan “sedang bermain” ialah FK tak transitif kerana masing-masing tidak mempunyai objek. “Membaca” (3a), “menggulai” (3b) dan “memasuki” (3c) ialah FK transitif kerana masing-masing mempunyai objek, iaitu “buku motivasi”, “kopi” dan “bangunan itu”.
Perbezaan lain ialah FK transitif boleh dipasifkan manakala FK tak transitif tidak.
FK tak transitif ialah frasa kerja yang tidak mempunyai objek. Walau bagaimanapun sebahagiannya mempunyai pelengkap. Oleh itu, FK tak transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tak berpelengkap dan berpelengkap.
FK tak transitif tak berpelengkap ialah FK yang tidak memerlukan sebarang unsur untuk menyempurnakan maksudnya. Contohnya ialah (2a-c), dicatat semula sebagai (4a-c).
4. Contoh:
Maksud ayat (4a-c) yang mengandungi FK tak transitif tak berpelengkap “menangis”, “sudah keluar” dan “sedang bermain” sudah sempurna walaupun tiada sebarang unsur mengiringi FK berkenaan.
FK tak transitif berpelengkap ialah FK yang memerlukan kehadiran unsur untuk menyempurnakan maksudnya. Contohnya ialah (5a-c) yang berikut:
5. Contoh:
Maksud ayat (5a-c) yang mengandungi FK tak transitif tak berpelengkap “menjadi”, “beransur” dan “pergi” tidak akan sempurna tanpa unsur pelengkapnya, iaitu “guru”, “baik” dan “ke Pulau Pinang”.
5'. Contoh:
Nota: Tiga jenis frasa yang boleh menjadi pelengkap FK tak transitif berpelengkap ialah frasa nama (“guru” dalam (5a)), frasa adjektif (“baik” dalam (5b)) dan frasa sendi nama (“ke Pulau Pinang” dalam (5c)).
Panduan:
Frasa kerja transitif(FKT) ialah satu daripada dua kategori frasa kerja. Satu lagi kategori frasa kerja ialah FK tak transitif (FKTT). Sementara FKTT hanya melibatkan satu pihak, iaitu subjek ayat, FKT melibatkan pihak kedua, iaitu objek ayat. Misalnya, dalam ayat “Ali tidur”, FKTT “tidur” hanya melibatkan satu pihak, iaitu subjek ayat “Ali”. Sebaliknya, dalam ayat “Ali memukul ular itu”, FKT “memukul” melibatkan dua pihak, iaitu subjek ayat “Ali” dan pihak kedua, iaitu objek ayat “ular itu. Oleh sebab FKT mempunyai objek, ia boleh dipasifkan.
FKT dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu:
1) Asal – frasa kerja yang sememangnya bersifat transitif.
2) Terbitan
Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT asal, iaitu menunjukkan perbuatan dilakukan berulang kali/bersungguh-sungguh.
Maknanya ialah perbuatan “membacai” dilakukan berulang kali/bersungguh-sungguh.
Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +kan pada FKT asal, iaitu makna “benfaktif” (objek tepat ayat ahíla pihak yang mendapat faedah daripada perbuatan).
Maknanya ialah objek tepat ayat (adiknya) ialah pihak yang mendapat faedah daripada perbuatan (membacakan).
Terdapat empat makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT yang diterbitkan daripada FN.
1) Menjadi
Maknanya ahíla “Parameswara menjadi raja Melada”.
Maknanya ahíla “Saya menjadi guru kelas ini”.
2) Memberi
Maknanya ialah “Dia memberi saya nasihat supaya bersabar”.
Maknanya ahíla “Dia sudah memberi saya maaf”.
3) Meletakkan/membubuh
Maknanya ialah “Siti membubuh garam pada ikan”.
Maknanya ahíla “Siti membubuh gula ke dalam kopi”.
4) Membuang
Maknanya ialah “Encik Ahmad membuang (mencabut, menebas, mencangkul) rumput di halaman rumahnya”.
Maknanya ialah “Siti membuang sisik ikan”.
Terdapat dua makna yang didokong oleh imbuhan +kan pada FKT yang diterbitkan daripada FN.
1) Menjadikan (“kausatif”)
Maknanya ialah “Rakyat Melaka menjadikan Parameswara raja”.
Maknanya ialah “Dia menjadikan “supaya saya bersabar” nasihat”.
2) Memasukkan
Maknanya ialah “Hakim itu memasukkan pesalah ke dalam penjara”.
Maknanya ialah “Kerani itu memasukkan surat-surat tersebut ke dalam fail”.
Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +I pada FKT jenis ini, iaitu pelaku perbuatan yang disebut dalam FKT berkenaan ialah subjek ayat.
Maknanya ialah pelaku perbuatan “naik” ialah subjek ayat (Ali).
Maknanya ialah pelaku perbuatan “beristeri” ialah subjek ayat (Ali).
Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT jenis ini, iaitu pelaku perbuatan yang disebut dalam FKT berkenaan ialah objek ayat.
Maknanya ialah pelaku perbuatan “naik” ialah objek ayat (bendera).
Maknanya ialah pelaku perbuatan “beristeri” ialah objek ayat (Ali).
Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT jenis ini, iaitu subjek ayat ialah “pemangkin”, iaitu kerana sifat yang ada padanya menyebabkan pihak lain (objek ayat) juga mendapat sifat tersebut.
Maknanya ialah subjek ayat (pohon-pohon bunga) ialah “pemangkin” yang mempunyai sifat “indah”, dan kerana keindahannya objek ayat (taman itu) juga menjadi indah.
Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT jenis ini, iaitu subjek ayat ialah “agen”, iaitu kerana usaha/perbuatan/keupayaannya menyebabkan pihak lain (objek ayat) mendapat sifat yang disebut pada FKT berkenaan.
Maknanya ialah subjek ayat (Ali) ialah “agen”, iaitu kerana usahanya menyebabkan objek ayat (taman itu) menjadi indah.
Contoh lain ayat:
Satu lagi imbuhan yang dapat menerbitkan FKT ialah +per. Mengenai penggunaan imbuhan ini, dua perkara yang berikut perlu diperhatikan:
1) Imbuhan +per mempunyai fungsi dan mendokong maksud yang sama dengan imbuhan +kan. Persamaan ini terlihat dalam contoh FKT yang berikut:
Disebabkan persamaan ini, kedua-dua imbuhan tidak boleh digandingkan untuk menerbitkan sesuatu FKT. Contoh penggandingan imbuhan +per dan +kan (tidak dibenarkan) adalah seperti dalam ayat yang berikut:
2) Imbuhan +kan dan +i tidak boleh digandingkan dalam penerbitan sesuatu FKT. Oleh sebab imbuhan +per = +kan, imbuhan +per juga tidak boleh digandingkan dengan imbuhan +i. Contoh penggandingan imbuhan +per dan +i (tidak dibenarkan) adalah seperti dalam ayat yang berikut:
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Frasa kerja, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.