Eurocopter Tiger (designasi syarikat EC 665) adalah merupakan sebuah helikopter penyerang yang dikeluarkan oleh Eurocopter.
Di Jerman ia dikenali sebagai Tiger; manakala di Perancis dan Sepanyol ia dikenali sebagai Tigre.
Tiger / Tigre | |
---|---|
| |
Peranan | Helikopter penyerang |
Pengeluar | Eurocopter |
Penerbangan sulung | 27 April 1991 |
Diperkenalkan | 2003 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Darat Jerman Tentera Darat Perancis Tentera Darat Australia Tentera Darat Sepanyol |
Jumlah dibina | 206 dirancang sehingga 2013 |
Kos seunit | €27.4 juta (Tiger HAP, FY2013) €36.1 juta (Tiger HAD, FY2013) |
Pada 1984, kerajaan Jerman dan Perancis telah mengeluarkan keperluan bagi sebuah helikopter tempur pelbagai peranan termaju. Satu usahasama yang terdiri daripada firma MBB dan Aérospatiale kemudian dipilih sebagai pembekal yang diutamakan. Disebabkan berkos tinggi, program ini telah dibatalkan pada 1986, tetapi kemudian dilancarkan semula pada 1987. Kemudian, pada November 1989, Eurocopter telah menerima kontrak untuk membina lima buah protototaip. Tiga buah akan menjadi tapak ujian tanpa persenjataan manakala dua lagi prototaip bersenjata: sebuah untuk versi anti kereta kebal Jerman dan selebihnya bagi versi helikopter pengiring Perancis.
Prototaip pertama telah membuat penerbangan sulung pada April 1991. Apabila Aerospatiale dan MBB, serta beberapa yang lain, bergabung pada 1992 bagi membentuk Eurocopter Group, program Tiger juga berpindah. Siri pengeluaran Tiger bermula pada Mac 2002, dan penerbangan pertama bagi helikopter pengeluaran pertama Tiger HAP untuk Tentera Darat Perancis dilakukan pada Mac 2003. Penghantaran lapan buah pertama helikopter yang dipesan oleh Perancis dilakukan pada September 2003.
Sehingga akhir 2003, penghantaran bermula untuk 80 buah versi helikopter tempur sokongan, UHT yang dipesan oleh Jerman kepada Pejabat Persekutuan bagi Perolehan dan Teknologi Pertahanan.
Pada Disember 2001, Eurocopter telah dianugerahkan kontrak bagi “Keperluan Udara 87”, Tentera Darat Australia, yang mana merupakan kontrak untuk membekalkan 22 buah helikopter versi Tiger ARH (Armed Reconnaissance Helicopter, Bahasa Melayu: Helikopter Pengawasan Bersenjata). Helikopter Tiger ARH pertama dijadualkan memasuki perkhidmatan pada 2004. 18 dari 22 buah helikopter akan dipasang di kemudahan milik Australian Aerospace, di Brisbane yang merupakan anak syarikat Eurocopter di Australia.
Pada September 2003, Sepanyol telah memilih versi helikopter tempur sokongan Tiger HAD untuk tentera daratnya. 24 buah helikopter dari jenis ini telah dipesan dan akan dipersenjatai dengan sistem-sistem Trigat dan peluru berpandu Mistral. Helikopter ini juga akan dilengkapkan dengan enjin MTR390 yang dipertingkatkan dan beban muatan yang lebih berat. Penghantaran dijangka bermula pada 2007-2008. Perancis memilih untuk menaik taraf kebanyakan helikopter versi HAP kepada HAD; oleh itu versi HAC tidak akan dibina.
Pada Jun 2006, Rafael Spike-ER telah dipilih oleh Tentera Darat Sepanyol sebagai peluru berpandu panduan anti kereta kebal untuk digunakan pada helikopter versi HAD miliknya, dan bukan seperti pengumuman sebelumnya iaitu peluru berpandu Trigat.
Pada Julai 2006, kerajaan Arab Saudi telah menandatangai kontrak pembelian bagi sejumlah 142 buah helikopter, termasuk 12 buah helikopter penyerang Tiger.
Badan Tiger dibuat daripada 80% polimer fiber karbon diperkuat dan kevlar, 11% aluminium, dan 6% titanium. Rotor dibuat daripada fiber-plastik yang boleh bertahan dari kerosakan pertempuran dan serangan burung. Perlindungan dari kilat dan gelombang elektromagnet dilakukan dengan menanam kekisi tembaga/gangsa dan kerajang ikatan tembaga.
Meskipun Tiger memiliki konfigurasi helikopter bersenjata biasa iaitu susunan dua krew yang diatur dalam kedudukan selari, ia bagaimanapun agak berlainan di mana kedudukan juruterbang adalah di kerusi hadapan dan penembak di belakang, tidak seperti helikopter penyerang lain pada masa sekarang. Kerusi dialih kearah berlawanan dengan garis tengah bagi meningkatkan pandangan hadapan untuk penembak yang duduk di kerusi belakang.
EC Tiger berupaya untuk menghentikan tembakan meriam-auto berkaliber 23mm.
Antara pekakasan lain yang dipasang adalah Sistem AN/AAR-60 MILDS yang mana memastikan amaran radar, sistem amaran laser, dan penjejak peluru berpandu yang dilancarkan/menghampiri yang dibangunkan oleh EADS DE, semuanya akan disambungkan kepada unit pemproses pusat keluaran Thales dan dispenser pengumpan/suar SAPHIR-M dari MBDA. Tanda-tanda visual, radar, inframerah dan bunyi juga dikurangkan.
Sistem navigasi mengandungi dua unit giro laser cincin Thales Avionique tiga paksi, dua meter magnet, dua komputer data udara, radar Doppler empat-rasuk CMA 2012 buatan BAE Systems Canada, altimeter radio, sistem kedudukan sejagat, kelengkapan penderia kelajuan udara rendah dan penderia untuk permukaan ikutan.
Jaringan data: Link 4A, Thales Proprietary PR4G, STANAG 5066
Radio: HF, MF, VHF, UHF, military SATCOM, penerima GPS dan jaringan data..
Kos sistem (helikopter, persenjataan dan sokongan) bergantung kepada jumlah dan versi:
Tiger HAP/HCP (Helicoptere d'Appui Protection / Helikopter untuk Perlindungan Dekat) merupakan sebuah helikopter sokongan tembakan dan tempur udara ke udara berat sederhana yang dibina untuk Tentera Darat Perancis.
Ia dilengkapi dengan meriam berkaliber 30 mm yang dipasang pada turet dagu dan roket tanpa panduan SNEB yang berkaliber 66 mm untuk peranan sokongan tembakan selain peluru berpandu udara ke udara Mistral.
Tiger UHT (from Unterstützungshubschrauber Tiger; Bahasa Melayu helikopter sokongan Tiger) merupakan helikopter sokongan tembakan pelbagai peranan berat sederhana yang dibina untuk Bundeswehr (Angkatan Tentera Jerman).
UHT boleh membawa peluru berpandu “tembak dan lupa” PARS 3 LR dan/atau HOT3 selain roket sokongan tembakan udara ke darat 70 mm Hydra. Empat peluru berpandu AIM-92 Stinger (2 pada setiap sisi) dipasang untuk pertempuran udara ke udara. Tidak seperti versi HAP/HCP, ia tidak memiliki turet meriam, tetapi pod meriam 12.7 mm yang boleh dipasang sekiranya perlu. Tentera Darat Jerman memutuskan untuk tidak menggunakan meriam GIAT buatan Perancis yang berkaliber 30 mm digunakan pada versi Tiger yang lain kerana tidak puas hati dengan kuasa tendang balas yang kuat yang dihasilkan oleh meriam ini. Versi UHT yang ditingkat upaya dengan meriam auto tanpa tendang balas Rheinmetall RMK30 berkaliber 30 mm, belum dapat dipastikan disebabkan oleh belanjawan.
Satu lagi perbezaan ketara pada versi HAP adalah penggunaan mast-mounted sight, yang memiliki saluran inframerah generasi kedua dan saluran TV.
Sistem pertahanan diri termasuk penerima amaran radar/laser/pelancaran dan penghampiran peluru berpandu serta pengumpan.
Tiger ARH (Armed Reconnaissance Helicopter – Bahasa Melayu: Helikopter Pengawasan Bersenjata) merupakan versi yang dipesan oleh Tentera Darat Australia untuk mengantikan helikopter OH-58 Kiowa dan helikopter bersenjata “Bushranger” yang berasaskan model UH-1 Iroquois. Tiger ARH merupakan sebuah helikopter versi ubahsuai dan tingkat upaya Tiger HAP yang menggunakan enjin MTR390 yang ditingkat upaya selain dari penanda laser yang digabungkan dalam pajera Strix untuk melancarkan peluru berpandu udara anti kereta kebal Hellfire II, bagi mengantikan roket tanpa panduan SNEB. Versi ARH akan menggunakan roket berkaliber 70 mm (2.75 in.) yang dibangunkan oleh firma dari Belgium, Forges de Zeebruges (FZ).
Tiger HAD (Hélicoptère d'Appui Destruction / Support Destruction Helicopter) sebenarnya serupa dengan versi HAP, dengan lebih 14% kuasa tersedia enjin disebabkan tingkat upaya pada enjin Enhanced MTR390 (1464shp) dan memiliki perlindungan balistik yang lebih baik. Ia juga boleh dilengkapkan dengan peluru berpandu anti kereta kebal PARS 3 LR yang pada asalnya dibangunkan untuk helikopter Tiger UHT versi Jerman.
Helikopter ini sesuai bagi peranan sokongan dan menumpaskan tentangan musuh serta telah dipilih oleh Tentera Darat Sepanyol. Penerbangan Ringan Tentera Darat Perancis (ALAT) telah memutuskan untuk meningkat upaya kebanyakan helikopter HAP kepada versi HAD. Oleh itu, versi HAC (bermaksud Hélicoptère Anti-Char atau Helikopter Anti Kereta Kebal) telah dibatalkan.
Sehingga Jun 2006, 28 buah helikopter Tiger versi pengeluaran telah diterbangkan, ini termasuk 18 buah helikopter yang diserahkan kepada pelanggan di empat buah negara. 28 buah helikopter ini telah berjaya mengumpulkan kira-kira 4000 jam penerbangan.
Pesawat setanding
Wiki Commons mempunyai media berkaitan: Eurocopter Tiger. |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Eurocopter Tiger, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.