Costa Concordia

Costa Concordia merupakan sebuah kapal pesiaran kelas Concordia yang dimiliki dan dioperasikan oleh Costa Cruises.

Kapal ini dibangun di limbungan kapal Sestri Ponente milik Fincantieri di Itali. Nama Concordia berhasrat untuk melahirkan harapan bagi "harmoni, kesatuan, dan perdamaian yang berlanjutan di antara negara-negara Eropah".

Costa Concordia
Costa Concordia
Sejarah
Nama: Costa Concordia
Pemilik: Carnival Corporation & plc
Pengguna: Costa Cruises
Pendaftaran pelabuhan: Itali Genoa, Itali
Dipesan: 19 Januari 2004
Pembina: Fincantieri Sestri Ponente, Itali
Nombor limbungan: 6122
Dilancarkan: 02 September 2005 (2005-09-02)
Disucikan: 7 Julai 2006
Diperolehi: 30 Jun 2006
Pelayaran sulung: 14 Julai 2006
Dalam perkhidmatan: Julai 2006
Ditarik keluar dari perkhidmatan: 13 Januari 2012
Pengenalan:
Status: Terbalik di lepas pantai Isola del Giglio, Itali
Nota:
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal persiaran kelas Concordia
Berat (tan): 114,500 GT
Panjang: 290.20 m (952 ka 1 in)
Lunas: 35.50 m (116 ka 6 in)
Draught: 8.50 m (27 ka 11 in)
Draft: 7.8 m (25 ka 7 in)
Dek: 17
Installed power: 6 × enjin diesel Wärtsilä, 75600 kW
Halaju:
  • perkhidmatan: 21.5 knot (39.8 km/j; 24.7 mph)
  • maksimum: 23 knot (43 km/j; 26 mph)
Kapasiti: 3,780 penumpang
Krew: 1,100
Nota:

Kapal ini adalah kapal pertama dalam kelas Concordia, bersama kapal sepemunya, Costa Serena, Costa Pacifica, Costa Favolosa, Costa Fascinosa dan Carnival Splendor yang dibangun untuk Carnival Cruise Lines. Costa Concordia mulai berlayar pada Julai 2006 dan merupakan antara kapal terbesar yang dibangun di Itali, dengan tanan kasar seberat 114,500 GT.

Kapal ini mendapat perhatian antarabangsa pada bulan Januari 2012 setelah kandas dan telingkup separa di lepas pantai Isola del Giglio, Itali. Daripada 4,200 orang di atas kapal, sekurang-kurangnya 11 orang maut, 42 cedera, dan 15 masih hilang.

Konsep dan pembangunan

Kapal yang belum dinamakan dipesan pada 19 Januari 2004 oleh Fincantieri dan dibina di bandar Sestri Ponente di Genoa, dengan nombor galangan 6122. Kapal ini dilancarkan di Sestri Ponente pada 2 September 2005, dan pada waktu pembinaannya merupakan kapal pesiar Itali terbesar yang pernah dibangun. Kapal ini ditukar ke Costa pada 30 Jun 2006.

Penjelasan

Costa Concordia memiliki panjang 2,902.0 meter (9,521 ka 0 in), dengan lebar 35.50 meter (116 ka 6 in) dan daya muat 8.20 meter (26 ka 11 in). Kapal ini dilengkapi enam enjin diesel Wärtsilä berkekuatan 75600 kW, yang dapat mendorongnya dengan kecepatan 19.6 knot (36.3 km/j).

Perlengkapan

Costa Concordia memiliki 1.500 kabin; 505 kabin memiliki balkon peribadi dan 55 di antaranya memiliki akses langsung ke Samsara Spa; 58 suite memiliki balkoni peribadi dan 12 di antaranya memiliki akses langsung ke spa. Costa Concordia mempunyai salah satu area fasiliti olahraga tengah laut terbesar di dunia, iaitu Samsara Spa, sebuah pusat spa dua tingkat seluas 6,000 m (20,000 ka) yang dilengkapi gimnasium, kolam thalassoterapi, sauna, pemandian Turki dan solarium. Kapal ini mempunyai empat kolam renang, dua di antaranya dilengkapi penutup mekanik, lima spa, dan kaca tepi kolam di dek kolam. Terdapat lima restoran di dalam kapal, termasuk Club Concordia dan Samsara yang hanya melayani pemesanan makanan. Ada 13 bar, termasuk sebuah bar rokok dan cognac dan bar kopi dan coklat.

Pilihan hiburannya meliputi sebuah teater tiga tingkat, kasino, dan diskotik. Selain itu, terdapat juga kawasan permainan kanak-kanak yang dilengkapi produk-produk PlayStation. Kapal ini mempunyai sebuah tempat permainan simulasi perlumbaan motor Grand Prix dan kafe Internet.

Peristiwa dan kemalangan

2008: Melanggar dermaga

Pada tanggal 22 November 2008, Costa Concordia mengalami kerosakan pada haluannya ketika angin kencang di bandar Palermo, Sicily, menyebabkan kapal ini melanggar dermaga. Tiada mangsa yang terkorban dan kerja-kerja pembaikan kapal sedang dilaksanakan.

2012: Terkandas dan tenggelam

Pada 13 Januari 2012, sekitar pukul 21:00 waktu tempatan (UTC+1), Costa Concordia tenggelam di perairan berbatu-batu di Isola del Giglio dan terbalik, sehingga mengakibatkan 11 orang maut dari jumlah 4,229 orang. Pada 15 Januari, sebanyak 17 orang masih dilaporkan hilang. Tiga penumpang diselamatkan dari kapal pada hari itu, 24 jam setelah kemalangan. Mereka adalah dua penumpang Korea Selatan dan satu anak kapal Itali.

Siasatan telah dibuka terhadap kejadian ini. Pakar dari Belanda telah dipanggil untuk menyelamatkan kapal, dengan 2,380 tan bahan api perlu dikeluarkan terlebih dahulu, bagi mengelakkan berlakunya tumpahan minyak..Ini adalah tragedi terburuk maritim Itali sejak berkurun yang lalu dan ianya merupakan peristiwa yang mengejutkan dunia. Dalam tragedi tersebut, 32 penumpang telah terkorban.

Lihat juga

  • MS Costa Europa berlanggar dengan dermaga di Sharm el-Sheikh, Mesir, pada Februari 2010, mengorbankan tiga kru kapal.
  • Daftar bangkai kapal
  • Marine salvage
  • MS Sea Diamond
  • Bangkai kapal
  • Wrecking (shipwreck)

Catatan kaki

Tags:

Costa Concordia Konsep dan pembangunanCosta Concordia PenjelasanCosta Concordia PerlengkapanCosta Concordia Peristiwa dan kemalanganCosta Concordia Lihat jugaCosta Concordia Catatan kakiCosta Concordia Pautan luarCosta ConcordiaCosta CruisesFincantieriItaliKapal pesiaranwikt:concordia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

SolehahSyiahAbang Long FadilSenarai haiwanGoogle ScholarNaim DanielIsrak dan MikrajMelakaAbang Long Fadil 3Cuti umum di MalaysiaChacha MaembongNombor perdanaKesultanan Melayu MelakaMaktab Rendah Sains MARAAisha RetnoNeelofaPerubahan iklimZodiakHael HusainiIsteri HalalFarali KhanMay (kugiran)IpohKugiran MasdoPerodua KelisaMydinNatasya MahyanMuhamad Akmal SalehNegarakuPahangSemenyihNegeri-negeri Melayu BersekutuZaman air batuMimi LanaOgy Ahmad DaudSelangorHari Raya AidilfitriBuah kerasNafiez ZaidiRindu Kasih 2ProfesionalismeKhadijah binti KhuwailidMusa Hitam4U2CBandaraya MelakaUniversiti MalayaAdi PutraMamat KhalidZaki AzemanHot FMIsteri-isteri Nabi MuhammadMasjid Sri SendayanPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Subang JayaSenarai kaum di MalaysiaSiti MuslihaWanita SyurgaNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaBeto KusyairyAziz HarunKuala Kubu BharuRawang, SelangorKemamanPenguatkuasaan undang-undang di MalaysiaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahTulisan JawiPemancutan maniAbdul Razak HusseinSophia LianaKerajaan SalakanagaraSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahAwieMasjidAshraf SinclairAstrolabJabatan Kastam Diraja Malaysia🡆 More