Chuck Norris: Pakar seni bela diri, pelakon dan penerbit filem Amerika Syarikat

Carlos Ray Norris (lahir 10 Mac 1940) atau juga dikenali dengan nama pelakonnya Chuck Norris ialah seorang pakar seni bela diri, pelakon dan penerbit filem dari Amerika Syarikat.Kepakaran beliau dalam seni melawan yang menjadi begitu penting dalam filem-filem aksi lakonannya menjadi sangat digemari dan dikenali lalu menjadi tokoh imej kehandalan di Hollywood dan Amerika Syarikat secara umumnya.

Chuck Norris
Chuck Norris: Biografi, Filemografi, Bibliografi
Norris pada tahun 2006
Kelahiran
Carlos Ray Norris

(1940-03-10) 10 Mac 1940 (umur 84)
Ryan, Oklahoma, USA
PekerjaanPelakon, pakar sei bela diri, penerbit dan penulis lakon layar filem, pegawai tentera udara
Tahun aktif1968 - kini
Parti politikParti Republikan
PasanganDianne Holechek
(k. 1958; c. 1989)

Gena O'Kelley
(k. 1998)
Anak-anak5, termasuk Mike dan Eric Norris
Kerjaya ketenteraan
KesetiaanAmerika Syarikat
PerkhidmatanTentera Udara Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1958 - 1962
PangkatChuck Norris: Biografi, Filemografi, Bibliografi Airman First Class
Unit
  • Chuck Norris: Biografi, Filemografi, Bibliografi 15th Air Force
  • Chuck Norris: Biografi, Filemografi, Bibliografi 22d Bombardment Group
  • Chuck Norris: Biografi, Filemografi, Bibliografi 452d Troop Carrier Wing
Anugerah
  • Chuck Norris: Biografi, Filemografi, Bibliografi National Defense Service Medal
  • Chuck Norris: Biografi, Filemografi, Bibliografi Korea Defense Service Medal
  • Chuck Norris: Biografi, Filemografi, Bibliografi Air Force Outstanding Unit Award
  • Chuck Norris: Biografi, Filemografi, Bibliografi Air Force Longevity Service Award
  • Chuck Norris: Biografi, Filemografi, Bibliografi Small Arms Expert Marksmanship
Laman web rasmichucknorris.com
Tandatangan
Chuck Norris: Biografi, Filemografi, Bibliografi

Beliau tidak sahaja memenangi banyak pertanding seni mempertahankan diri, malah dipangkatkan tali pinggang hitam dalam beberapa seni bela diri utama seperti Tang Soo Do, jujutsu Brazil dan Judo. Beliau turut menubuhkan sekolah seni bela dirinya sendiri iaitu Chun Kuk Do.

Biografi

Awal hidup

Carlos Ray lahir di Ryan, Oklahoma pada 10 Mac 1940. Beliau lahir kepada Wilma Norris (nama keluarga asal: Scarberry, lahir 1921) dan Ray Norris (1918–1971), seorang askar Tentera Darat AS yang terlibat semasa Perang Dunia Kedua, mekanik dan pemandu. Beliau anak sulung dalam tiga adik-beradik: seorang adiknya, Wieland (1943–1970) askar yang terkorban dalam Perang Vietnam manakala seorang lagi adiknya Aaron ialah seorang penerbit filem Hollywood.

Beliau agak pemalu dan tidak begitu cergas semasa usia kecilnya, lagi-lagi ketika ayahnya dalam keadaan ketagihan alkohol serta keadaan keluarganya yang serba kemiskinan lalu menyebabkannya sering menyendiri. Ibu bapanya bercerai ketika Norris berusia enam belas tahun. Beliau mengikuti ibunya ke Prairie Village, Kansas dan kemudiannya Torrance, California.

Kerjaya sebagai askar dan guru seni bela diri

Carlos menyertai Tentera Udara Amerika Syarikat sebagai seorang polis udara tahun 1958 yang ditugaskan di Osan Air Base, Korea Selaran. Di sanalah beliau mendapat nama jolokan Chuck serta melatih diri dalam seni tangsudo. Beliau kekal dalam jawatannya selepas kembali ke Amerika Syarikat dan bertugas di March Air Force Base California sehingga tamat jawatannya pada Ogos 1962.

Pada awal tahun 1968, beliau kalah teruk dalam suatu pertandingan bela diri menentang Louis Delgado namun berjaya menebus dirinya pada November tahun sama memenangi gelaran juara Professional Middleweight Karate - beliau memegang gelaran tersebut selama enam tahun. Pada tahun ini juga beliau mula berkenalan dengan Bruce Lee semasa melatih diri untuk pertandinan World Title. Beliau mula bersahabat malah berlatih bersama selama dua tahun sehingga Lee kembali ke Hong Kong menceburi bidang lakonannya sendiri.

Beliau mengasaskan seni bela dirinya yang tersendiri iaitu Chun Kuk Do hasil pengalamannya melatih diri sebagai seorang askar tentera.

Kerjaya perfileman

Pada 1969, Chuck memulakan kerjaya lakonannya dalam filem The Wrecking Crew arahan Dean Martin. Pada tahun 1972 pula, beliau berganding lakonan dengan Bruce Lee dalam filem Way of the Dragon (juga berjudul Return of the Dragon di Amerika Syarikat); filem tersebut tidak sahaja merupakan filem paling laris di Hong Kong pada tahun tersebut malah menjadikan Norris sangat terkenal.

Pada 1974, beliau mendalami kelas lakonan di studio MGM atas cadangan Steve McQueen, guru seni bela dirinya. Norris mula memainkan watak utama dalam suatu filem bajet rendah berjudul Breaker! Breaker! (1977) - filem tersebut menjadi sangat disambut hebat.

Filemografi

Year Title Role
1968 The Wrecking Crew Man in the House of 7 Joys (tidak dicatat)
1972 Way of the Dragon Colt
1973 The Student Teachers Karate Advisor
1974 Yellow Faced Tiger Chuck Slaughter
1977 Breaker! Breaker! John David "J.D." Dawes
1978 Good Guys Wear Black Maj. John T. Booker
1979 A Force of One Matt Logan
1980 The Octagon Scott James
1981 An Eye for an Eye Sean Kane
1982 Silent Rage Sheriff Daniel "Dan" Stevens
1982 Forced Vengeance Cf. Josh Randall
1983 Lone Wolf McQuade J.J. McQuade
1984 Missing in Action Col. James Braddock
1985 Missing in Action 2: The Beginning
1985 Code of Silence Sgt. Eddie Cusack
1985 Invasion U.S.A. Matt Hunter
1986 The Delta Force Maj. Scott McCoy
1986 Firewalker Max Donigan
1988 Braddock: Missing in Action III Col. James Braddock
1988 Hero and the Terror Det. Danny O'Brien
1990 Delta Force 2: The Colombian Connection Col. Scott McCoy
1991 The Hitman Cliff Garret / Danny Grogan
1992 Sidekicks Chuck Norris
1994 Hellbound Sgt. Frank Shatter
1995 Top Dog Lt. Jake Wilder
2003 Bells of Innocence Matthew
2004 DodgeBall: A True Underdog Story Himself
2012 The Expendables 2 Booker "The Lone Wolf"

Bibliografi

  • Winning Tournament Karate (1975)
  • Toughen Up! the Chuck Norris Fitness System (1983)
  • The Secret of Inner Strength: My Story (1987)
  • The Secret Power Within: Zen Solutions to Real Problems (1996)
  • Against All Odds: My Story (2004)
  • The Justice Riders (2006)
  • A Threat to Justice (2007)
  • Black Belt Patriotism: How to Reawaken America (2008)
  • The Official Chuck Norris Fact Book: 101 of Chuck's Favorite Facts and Stories (2009)

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Chuck Norris BiografiChuck Norris FilemografiChuck Norris BibliografiChuck Norris RujukanChuck Norris Pautan luarChuck NorrisHollywoodSeni bela diri

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanKata sendi (bahasa Melayu)Bintara MudaDaun salamHaqiem RusliPontianak Harum Sundal Malam IIIsteri-isteri Nabi MuhammadDuerra MitildaTakwim HijrahPeribahasa MelayuLumut, PerakMohd Shuhaily Mohd ZainMalaysia MadaniSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaAmerika SyarikatMy Lovely DriverHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Tunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahGayatri Su-Lin PillaiLaluan Kelana JayaUqasha SenroseMohd Shukri RamliPerkhidmatan awam di MalaysiaPrabowo SubiantoRukun ImanGenting HighlandsKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Lobak merahTalbis IblisKata hubung (bahasa Melayu)Negeri-Negeri SelatAmelia HendersonBella DallyRaghad Waleed AlkurdiBahagian di SarawakAl-QuranNegeri SembilanTengku Amir ShahPakatan HarapanSheikh Muszaphar ShukorRujukan kehormatJambatan Pulau PinangKesultanan Melayu MelakaMierul AimanAn-Nuayman bin AmrMuhyiddin YassinPutrajayaAisyah Abu BakarTaman Tasik TitiwangsaKesultanan DemakBabiPerjanjian HudaibiyahTabbyPenjajahan Jepun di Tanah MelayuOne Cent ThiefPembimbing Rakan SebayaSenarai saluran AstroKata adjektifNasi lemakJabatan Perangkaan MalaysiaKlangPerkara yang dilarang dalam IhramBruneiPetronasNabila HudaUjian dadahMahathir MohamadKuchingHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMSunan AmpelSingapuraYassin YahyaSenarai SBP di MalaysiaTrisha OoiPersekutuan Tanah MelayuIskandar ChempakaFalsafahCaprice🡆 More