Cenderawasih

Cenderawasih ialah sejenis burung dalam ordo Passeriformes keluarga Paradisaeidae.

Ia terdapat di kawasan Utara Malaysia, Timur Indonesia, New Guinea dan Tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.

Burung Cenderawasih
Cenderawasih
Raggiana bird-of-paradise (Paradisaea raggiana)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Superkeluarga: Corvoidea
Keluarga: Paradisaeidae
Vigors, 1825
Genera

15 genera, 42 spesies

Jenis burung ini yang paling terkenal adalah dari spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis cenderawasih besar atau Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of paradise" dan nama saintifik apoda - tanpa kaki.

Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek. Yang lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia, mempunyai tarian mengawan yang khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula dan limbo.

Burung ini pernah mendiami di kawasan Bukit Lagi atau turut dikenali sebagai Gua Cenderawasih di negeri Perlis,Malaysia

Jenis spesies

genus: Lycocorax

    • Gagak Syurga Halmahera (Lycocorax pyrrhopterus)
    • Gagak Syurga Obi (Lycocorax obiensis)

genus: Manucodia

    • Manucode Jubah Berkilat, Manucodia ater
    • Manucode Jobi, Manucodia jobiensis
    • Crinkle-collared manucode, Manucodia chalybatus
    • Manucode Jambul Ikal, Manucodia comrii

genus: Phonygammus

    • Manucode Trumpet, Phonygammus keraudrenii

genus: Paradigalla

    • Paradigalla Ekor Panjang, Paradigalla carunculata
    • Paradigalla Ekor Pendek, Paradigalla brevicauda

genus: Astrapia

    • Arfak astrapia, Astrapia nigra
    • Splendid astrapia, Astrapia splendidissima
    • Astrapia Ekor Reben, Astrapia mayeri
    • Astrapia Stephanie, Astrapia stephaniae
    • Astrapia Huon, Astrapia rothschildi

genus: Parotia

    • Parotia Barat, Parotia sefilata
    • Parotia Carola, Parotia carolae
    • Parotia Gangsa, Parotia berlepschi
    • Parotia Lawes, Parotia lawesii
    • Parotia Timur, Parotia helenae (Disputed)
    • Parotia Wahnes, Parotia wahnesi

genus: Pteridophora

    • Burung Dewata Pembawa, Pteridophora alberti

genus: Lophorina

    • Superb bird-of-paradise, Lophorina superba
    • Vogelkop superb bird-of-paradise, Lophorina niedda
    • Lesser superb bird-of-paradise, Lophorina minor (dipertikaikan)

genus: Lophorina

      • Magnificent riflebird, Lophorina magnifica
      • Growling riflebird, Lophorina intercedens
      • Paradise riflebird, Lophorina paradisea
      • Victoria's riflebird, Lophorina victoriae

genus: Epimachus

    • Black sicklebill, Epimachus fastosus
    • Brown sicklebill, Epimachus meyeri

genus: Drepanornis

    • Black-billed sicklebill, Drepanornis albertisi
    • Pale-billed sicklebill, Drepanornis bruijnii

genus: Cicinnurus

      • Cenderawasih Indah, Cicinurrus magnificus
      • Cenderawasih Wilson, Cicinnurus respublica
      • Cenderawasih Raja, Cicinnurus regius

genus: Semioptera

    • Burung Plat, Semioptera wallacii

genus: Seleucidis

    • Cenderawasih Dua Belas Wayar, Seleucidis melanoleucus

genus: Paradisaea

      • Cenderawasih Kuning Kecil, Paradisaea minor
      • Cenderawasih Kuning Besar, Paradisaea apoda
      • Cenderawasih Raggiana, Paradisaea raggiana
      • Cenderawasih Goldie, Paradisaea decora
      • Cenderawasih Merah, Paradisaea rubra
      • Cenderawasih Maharaja, Paradisaea guilielmi
    genus: Paradisornis
      • Cenderawasih Biru, Paradisornis rudolphi

Hubungan dengan manusia

Kepercayaan

Merurut kepercayaan masyarakat nusantara, burung Cenderawasih berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun, makan awan dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput untuk seketika. Itulah satu-satunya masa untuk melihat akan kecantikan burung kayangan ini.

Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Kata orang burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya. Ia juga berupaya untuk menghalang pemilik dari dikenakan hantaran santau.

Burung cenderawasih ini juga dipercayai penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya pada masyarakat nusantara.

Gambar

Rujukan

Bibliografi

  • Laman, Tim; Scholes, Edwin (2012). Birds of Paradise, Revealing the World's Most Extraordinary Birds. National Geographic Society.

Pautan luar

Templat:Birds-of-paradise

Tags:

Cenderawasih Jenis spesiesCenderawasih Hubungan dengan manusiaCenderawasih GambarCenderawasih RujukanCenderawasih BibliografiCenderawasih Pautan luarCenderawasih

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Tanda dan gejalaHaqiem RusliShah AlamAyat kursiKadazan-DusunAeril ZafrelKamus DewanProton PersonaPerang PadriKesan rumah hijauTengku Permaisuri NorashikinDemokrasiAngel (penyanyi)JamrahThe Original GangsterSemenanjung MalaysiaKitar semulaPutrajayaKuala TerengganuAdiraNora DanishUnifi TVRuhainiesTayamumBola jaringIsrafilPakatan HarapanPenanda wacanaKugiran MasdoSingkatan kataJabatan Kastam Diraja MalaysiaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17KedahPolis EVO 3Ikmal AmrySultanah Nur Diana Petra AbdullahBatu PahatPasukan Gerakan AmFauziah NawiGerhana SkacintaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahLumut, PerakKementerian Perhubungan Republik IndonesiaSolat hajatKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013PencemaranFrekuensi radio di KedahDidi AstillahKhairulamingNazim OthmanFuckSidratulmuntahaKongkekNegeri-negeri Melayu Bersekutu2024 di MalaysiaNegeri SembilanEyra HazaliJohor BahruPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaTengku Zafrul Abdul AzizAhmad Samsuri MokhtarHari WesakMasya-AllahFarajAfdlin ShaukiPerjanjian HudaibiyahFrekuensi radio di KelantanFrekuensi radio di JohorBahasa InggerisAbang Johari Tun OpengSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaKota KinabaluSaiful ApekPerkara yang dilarang dalam IhramKL Gangster 2Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanUjian dadah🡆 More