Canberra

149°07′28″E / 35.30806°S 149.12444°E / -35.30806; 149.12444

Canberra ialah ibu kota Australia yang terletak di Jajahan Utama Australia, 300 km barat daya Sydney dan 650 km timur laut Melbourne. Letaknya di antara dua bandar terbesar di Australia dipilih pada 1908 sebagai tolak ansur bagi persaingan Melbourne dan Sydney untuk menjadi ibu kota. Bandar ini dirancang oleh arkitek Chicago, Walter Burley Griffin, dan pembinaannya bermula pada tahun 1913.

Kedudukan Canberra di Australia
Kedudukan Canberra di Australia

Dengan jumlah penduduk sekitar 339.000 (2004), Canberra adalah bandar ketujuh terbesar di Australia dan kota di daerah pedalaman yang paling besar. Sebagai pusat pemerintahan, di Canberra terdapat Bangunan Parlimen Australia dan berbagai jabatan kerajaan. Sungguhpun begitu, peranan sebagai pusat ekonomi dipegang oleh Sydney dan Melbourne.

Demografik

Canberra 
Pemandangan Bandar Canberra

Pada tahun 2003, penduduk Canberra berjumlah 323.004 orang dengan kepadatan 401 jiwa/km², tergolong paling padat berbanding bandar-bandar lain di Australia. Census tahun 2001 menunjukkan bahwa 1.2% penduduk Canberra adalah orang-orang asli sedangkan 21.6% adalah pendatang yang lahir di luar Australia. Kelompok pendatang terbesar adalah dari negara-negara Bahasa Inggeris, yang terramai British dan New Zealand. Pendatang-pendatang lain juga datang dari Jerman, Skotlandia, Itali, dan Vietnam.

Penduduk Canberra kebanyakan adalah yang berusia muda dan berpendidikan. Usia rata-rata penduduknya adalah 32 tahun dan penduduk yang berusia di atas 65 tahun berjumlah 8.3%. Bahasa ibu yang paling umum adalah bahasa Inggeris namun penggunaan bahasa lainnya seperti bahasa Tionghoa, bahasa Itali, dan Bahasa Croatian juga lazim digunakan.

Pautan luar

Tags:

Sistem koordinat geografi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai Kementerian di MalaysiaGajahSultan SelangorHong KongOrang Melayu MalaysiaMetamfetaminaNur FazuraKulitNabi Lut a.s.Simpulan bahasaKeruntuhan Jambatan Francis Scott KeyKhalid bin al-WalidPeristiwa Bukit KepongKadazan-DusunVirusKelurKata ganti nama (bahasa Melayu)Surah al-AlaqLiza AbdullahAlat kebesaran diraja MalaysiaWarna Warni AidilfitriImaginurEyka FarhanaIndiaAgama BuddhaElly ArifinKerajaan Bani AbbasiyahCampaFrekuensi radio di SelangorAdnan Abu Hassan (ahli politik)KK Super MartTentera Darat MalaysiaSolat hajatEmpayar Rom SuciPasukan Gerakan AmFolikel buluJumaat AgungKorea SelatanAtikah SuhaimeDoa IftitahNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaNegeri-negeri Melayu BersekutuManatiPuteri BalqisPenggunaSiti NurhalizaPuchong, SelangorPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17HaidAsnafAzan dan iqamatPersekutuan Tanah MelayuOrang Cina MalaysiaJuventus F.C.Aisha RetnoAsiah binti MuzahimMia KhalifaSainsBendera PalestinAgamaTV3Cuti umum di MalaysiaTuakPasukan bola sepak kebangsaan OmanKadet Remaja Sekolah MalaysiaElizabeth TanKata hubung (bahasa Melayu)Tony EusoffMedia sosialPutri ArianiLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaImam MahdiTerusan SuezKontrak sosial (Malaysia)NasabPerang Dunia PertamaMuhammad bin Idris al-Syafii🡆 More