Theravāda ialah aliran tertua agama Buddha Aliran ini terbentuk hasil pemeliharaan ajaran-ajaran disebarkan Gautama Buddha sejak lebih seabad dalam gerakan Mahāvihāra cabang Vibhajjavāda yang mula bertapak di Sri Lanka moden pada abad ke-3 SM sebelum tersebar luas ke Asia Tenggara.
Aliran ini diamalkan utama di negara-negara Kemboja, Laos, Myanmar, Sri Lanka dan Thailand, secara kecilan di India, Bangladesh, China, Nepal, dan Vietnam dan diaspora dari dua-dua kelompok ini serata dunia; ia lazim diamalkan dalam rantau Nusantara khususnya di Thailand Selatan dan Kelantan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bahasa Pali merupakan bahasa utama yang digunakan dalam upacara agama dan urusan pendidikan para penganut aliran ini.
Sebahagian daripada siri | |
---|---|
Agama-agama Dharma | |
Asas | |
Empat Kebenaran Mulia | |
Konsep-konsep Utama | |
Tiga tanda kewujudan | |
Tokoh Utama | |
Gautama Buddha | |
Amalan dan Pencapaian | |
Tahap Buddha · Bodhisattva | |
Kawasan-kawasan | |
Asia Tenggara · Asia Timur | |
Mazhab | |
Teks | |
Hukum Pali · Sutra Mahayana | |
Kajian Perbandingan | |
|
Aliran ini bercirikan pendekatan yang konservatif terhadap pelaksanaan aspek-aspek anutan tertentu termasuk asas kepercayaan (pariyatti) serta amalan pengabdian dan pengasingan diri dari harta kebendaan (vinaya).
Aliran Theravada mempromosikan konsep Vibhajjavada (maksud dari bahasa Pali: “Pengajaran Analisis”) yang mengatakan bahawa wawasan harus datang dari pengalaman, penerapan pengetahuan, dan penalaran kritis pengikut. Namun, kitab suci dari tradisi Theravada juga menekankan perhatian terhadap nasihat orang bijak, mengingat nasihat tersebut dan penilaian terhadap pengalaman yang dimiliki seseorang menjadi dua uji yang dengannya amalan-amalan harus dinilai.
Ortodoksi Theravāda mengambil tujuh tahap pemurnian sebagai garis dasar dari jalan yang harus diikuti.
Jalan Theravāda dimulai dengan belajar, diikuti dengan pengamalan, yang berpuncak pada pencapaian Nirwana.
Garis besar empat kebenaran mulia adalah sebagai berikut:
Dalam seluruh kanon Pali dua ciri dari semua fenomena yang berkeadaan dan salah satu ciri dari semua dharma sedang disebutkan. Tradisi Theravada telah merangkumkan ia bersama. Wawasan di dalam tiga ciri ini merupakan jalan masuk ke jalan Buddha:
Konsep Sebab Akibat, atau Kausalitas, merupakan konsep kunci dalam Theravada, dan demikian juga, dalam Buddhisme secara keseluruhan. Konsep ini diungkapkan dalam beberapa cara, termasuk di dalamnya Empat Kebenaran Mulia, dan yang paling penting, Paticcasamuppada (tergantung pada apa yang menyertai ketika timbul).
Abhidharma dalam kanon Theravāda membezakan antara akar penyebab (Hetu) dan penyebab pendukung (Pacca). Oleh interaksi gabungan dari kedua-dua aspek ini, kesannya pun timbul. Di atas pandangan ini, logika dibangun dan diuraikan yang bentuk paling lenturnya dapat dilihat pada Paticcasamuppada.
Konsep ini kemudian digunakan untuk mempertanyakan sifat penderitaan dan untuk menjelaskan jalan keluar dari penderitaan itu, seperti yang diungkapkan dalam Empat Kebenaran Mulia. Hal ini juga digunakan dalam beberapa sutta guna membantah beberapa filosofi, atau sistem kepercayaan manapun yang membutuhkan fikiran mantap, atau keyakinan mutlak mengenai hakikat kenyataan.
Dengan menjauhi penyebab, akibat juga akan hilang. Dari sini jalan Buddha diikuti untuk mengakhiri penderitaan dan keberadaan dalam samsara.
Ortodoksi Theravāda mengambil tujuh tahap pemurnian sebagai garis dasar jalan yang harus diikuti. Garis dasar ini didasarkan pada disiplin Sila beruas tiga (etika atau disiplin), Samadhi (tumpuan meditatif), Pañña (pemahaman atau kebijaksanaan). Penekanannya adalah pada pemahaman terhadap tiga tanda eksistensi, yang menghilangkan vijnana, ketidaktahuan. Pemahaman menghancurkan Sepuluh Belenggu dan membawa pada Nirwana.
Theravadin percaya bahawa setiap individu secara peribadi bertanggungjawab atas kebangkitan dan pembebasan diri mereka sendiri, kerana mereka adalah orang-orang yang bertanggungjawab atas perbuatan dan akibat perbuatannya (Sansekerta: karma; Pali: kamma). Penekanan besar ditempatkan pada penerapan pengetahuan melalui pengalaman langsung dan penyedaran peribadi, daripada mempercayai informasi yang diketahui tentang sifat hakiki seperti dikatakan oleh Buddha.
Dalam Sutta Pitaka jalan menuju pembebasan digambarkan oleh Jalan Mulia Berunsur Delapan:
Jalan Utama Berunsur Delapan sering kali dibagi menjadi tiga bagian:
Amalan meditasi atau tafakur dalam aliran Theravada jatuh ke dalam dua kategori besar: samatha dan vipassanā. Perbezaan ini tidak dibuat dalam sutta, tetapi dalam Visuddhimagga. Beberapa istilah umum yang dihadapi dalam amalan ini termasuk:
Meditasi (Pali: bhavana) bererti penguatan positif terhadap fikiran seseorang. Secara luas dikategorikan ke dalam samatha dan vipassana, Meditasi merupakan alat kunci yang diimplementasikan dalam mencapai jhana (dhyana). Samatha secara harfiah bererti “untuk membuat terampil,” dan memiliki erti lain juga, di antaranya adalah “meredakan, menenangkan,” “memvisualisasikan,” dan “mencapai”. Vipassana bererti “wawasan” atau “pemahaman abstrak.” Dalam konteks ini, Meditasi samatha membuat seseorang terampil dalam tumpuan fikiran. Setelah fikiran cukup tertumpu, vipassana memungkinkan seseorang untuk melihat melalui selubung ketidaktahuan.
Para pengikut aliran mempunyai rangka langkah membebaskan diri dari penderitaan dan tekanan di mana ada kepercayaan bahawa kekotoran batin harus dicabut secara permanen. Awalnya kekotoran batin dikendalikan melalui perhatian untuk mencegahnya dari mengambil-alih tindakan mental dan fizikal. Kekotoran batin ini kemudian tumbang melalui penyelidikan, analisis, pengalaman dan pemahaman dalaman tentang sifat sejati yang dimilikinya dengan menggunakan jhana. Proses ini perlu diulang untuk setiap kekotoran yang ada. Praktik ini kemudian akan membawa perantara mencapai Nibbana (Nirwana).
Meditasi samatha dalam Theravada biasanya terlibat dengan konsep Kammatthana yang secara harfiah bererti “tempat kerja”; dalam konteks ini, meditasi merupakan “tempat” atau objek tumpuan (Pali: Ārammana) di mana fikiran sedang bekerja. Dalam meditasi samatha, fikiran diatur di tempat kerja dengan tertumpu pada satu entitas tertentu. Ada empat puluh (40) objek (entitas) klasik seperti itu yang digunakan dalam meditasi samatha, yang disebut Kammatthana. Dengan memperoleh Kammatthana dan berlatih meditasi samatha, seseorang akan mampu untuk mencapai keadaan peningkatan kesedaran dan keterampilan fikiran tertentu yang disebut Dhyana. Mempraktikkan samatha memiliki samadhi (tumpuan) sebagai tujuan utamanya.
Perlu dicatat bahawa samatha bukanlah kaedah yang unik bagi Buddhisme. Di dalam sutta dikatakan kaedah ini diterapkan pada agama-agama kontemporer lainnya di India pada masa Buddha. Bahkan, guru pertama dari Siddhartha, sebelum mereka mencapai keadaan kesedaran (Pali: Bodhi), dikatakan telah cukup terampil dalam samatha (meskipun istilah tersebut belum diciptakan pada masa itu). Dalam wacana Hukum Pali, sang Buddha sering memerintahkan murid-muridnya untuk berlatih samadhi (tumpuan) dalam rangka membangun dan mengembangkan Dhyana (tumpuan penuh). Dhyana merupakan instrumen yang digunakan oleh Sang Buddha sendiri untuk menembus hakikat fenomena (melalui penyelidikan dan pengalaman langsung) dan untuk mencapai Pencerahan. Penumpuan Benar (samma-samadhi) adalah salah satu unsur dalam Jalan Mulia Beruas Lapan. Samadhi dapat dikembangkan dari kesadaran dikembangkan dengan kammatthana seperti tumpuan pada pernafasan (anapanasati), dari benda-benda visual (kasina), dan pengulangan ungkapan. Daftar tradisional mengandung 40 objek meditasi (kammatthana) yang akan digunakan untuk meditasi samatha. Setiap benda memiliki tujuan tertentu; misalnya, meditasi pada bagian tubuh (kayanupassana atau kayagathasathi) akan menghasilkan berkurangnya keterikatan pada tubuh kita sendiri dan orang lain, menghasilkan penurunan terhadap hasrat sensual. Metta (mencintai kebaikan) menghasilkan perasaan keinginan-baik dan kebahagiaan terhadap diri kita sendiri dan makhluk lain; praktik metta berfungsi sebagai penangkal keinginan-buruk, angkara murka dan ketakutan.
Vipassana adalah kemampuan untuk melihat segala sesuatu sebagaimana adanya. “Vi” dalam bahasa Pali bererti “untuk menembus seperti sebilah pedang” atau “untuk melepaskan helaian”, sementara “passanā” bererti “untuk melihat”. Vipassanā ini selanjutnya berkonsentrasi dengan melihat melalui selubung ketidaktahuan (Pali: Avijja). Sementara semua agama besar memiliki tradisi mistik yang berkaitan dengan proses ini, sentralitas praktik-praktik dalam agama adalah unik bagi Buddhisme. Terutama, vipassanā terlibat dalam memecahkan sepuluh belenggu yang mengikat seseorang kepada kitaran kelahiran dan kematian yang terus-menerus, iaitu samsara. Beberapa guru tidak membedakan antara dua kaedah ini, tetapi meresepkan kaedah-kaedah meditasi yang mengembangkan baik itu tumpuan dan juga wawasan.
Praktik membawa pada kebijaksanaan duniawi dan adi-duniawi, yang membawa ke Nirwana:
Kebijaksanaan duniawi adalah wawasan dalam tiga tanda eksistensi. Pengembangan terhadap wawasan ini membawa pada empat jalan dan buah adi-duniawi:
Masing-masing jalan diikuti oleh buah adi-duniawinya:
Melalui pelatihan dan pembelajaran, pengikut mazhab Theravada dapat mencapai salah satu dari empat tingkat pencerahan:
Nirwana (Sansekerta: निर्वाण, Nirvāṇa, Pali: निब्बान, Nibbāna; Thai: นิพพาน, Nípphaan) adalah tujuan akhir seseorang pengikut Theravada yang berkeadaan di mana api hawa nafsu telah ‘ditiup hingga padam,’ dan orang tersebut dibebaskan dari kitaran hayat - yakni kelahiran, penyakit, penuaan dan kematian - yang berulang. Dalam Sutta Saṃyojanapuggala dari Aṅgutarra Nikaya, Sang Buddha menjelaskan empat jenis orang dan mengatakan bahawa orang terakhir—Arahat—telah mencapai Nirwana dengan menghapuskan seluruh 10 belenggu yang mengikat makhluk kepada samsara:
Menurut kitab suci awal, Nirwana yang dicapai oleh para Arahat mirip apa yang dicapai Buddha sendiri, kerana hanya ada satu jenis Nirwana. Theravadin percaya Sang Buddha lebih unggul dari Arahat kerana Sang Buddha menemukan sendiri semua jalan itu dan mengajarkannya kepada orang lain (iaitu secara metaforis dengan memutar roda Dharma). Arahat, di sisi lain, mencapai Nirwana sebagiannya kerana ajaran Buddha. Theravadin menghormati Buddha sebagai orang yang sangat berbakat tetapi juga mengakui keberadaan orang lain seperti pada Buddha pada masa lalu dan masa depan. Maitreya (Pali: Metteyya), misalnya, disebutkan dengan sangat singkat dalam Kanon Pali sebagai Buddha yang akan muncul pada masa depan.
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Theravada, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.