Billie Eilish: Penyanyi-penulis lirik Amerika (2001–)

Billie Eilish Pirate Baird O'Connell (lahir 18 Disember 2001) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat.

Pada tahun 2016, Eilish melancarkan single sulungnya, "Ocean Eyes" yang kemudian menjadi tular. EP sulungnya Don't Smile at Me dikeluarkan pada Ogos 2017. Susulan kejayaan EPnya, Apple Music menamakan Eilish sebagai artis Up Next terbarunya pada September 2017. Album studio pertamanya, When We All Fall Asleep, Where Do We Go? dikeluarkan pada 29 Mac 2019.

Billie Eilish
Billie Eilish: Kehidupan awal, Kerjaya, Seni dan pengaruh
Eilish di Anugerah Muzik iHeartRadio 2019
Kelahiran
Billie Eilish Pirate Baird O'Connell

(2001-12-18) 18 Disember 2001 (umur 22)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Penulis lagu
Tahun aktif2015 - kini
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Vokal
Syarikat rakaman
Laman sesawang
billieeilish.com

Kehidupan awal

Eilish dibesarkan di Highland Park, dekat Los Angeles, dari keluarga pelakon dan pemusik. Ibu bapanya ialah Maggie Baird dan Patrick O'Connell; beliau berketurunan Ireland dan Scotland. Beliau bersekolah di rumah dan menyertai Paduan Suara Kanak-kanak pada usia 8 tahun. Pada usia 11 tahun, Eilish mula menulis dan menyanyikan lagu-lagunya sendiri. Mengikuti jejak langkah abangnya, Finneas O'Connell yang sudah menulis dan menerbitkan lagu-lagunya sendiri bersama kugirannya.

Kerjaya

2015–2017: Don't Smile at Me

Billie Eilish: Kehidupan awal, Kerjaya, Seni dan pengaruh 
Eilish pada 2017

Pada Oktober 2015, Eilish merakamkan lagu "Ocean Eyes", awalnya ditulis oleh Finneas untuk kumpulannya dan menghantarnya kepada guru tari yang membantu tarian koreografi untuk lagu itu.

"Ocean Eyes" dikeluarkan sebagai single sulung Eilish di SoundCloud pada tahun 2016. Sebuah video muzik dikeluarkan pada 24 Mac 2016 dan video Eilish yang menari untuk lagu itu dikeluarkan pada 22 November 2016. Pada tahun itu, Eilish juga mengeluarkan single "Six Feet Under." "Ocean Eyes" dikeluarkan semula di seluruh dunia melalui label Darkroom dan Interscope Records pada 18 November 2016 dan menerima ulasan positif. Pada 14 Januari 2017, Eilish melancarkan EP dengan empat adunan semula "Ocean Eyes".

Selepas kejayaan versi adunan semula "Ocean Eyes", Eilish melancarkan single "Bellyache" pada 24 Februari 2017. "Bellyache" diterbitkan dan ditulis bersama oleh Finneas O'Connell, dengan video muzik yang diarahkan oleh Miles dan AJ dikeluarkan pada 22 Mac 2017. Pada 30 Maret, Eilish mengeluarkannlagu "Bored" sebagai sebahagian dari runut bunyi untuk siri Netflix, 13 Reasons Why. Pada 30 Jun 2017, Eilish mengeluarkan single "Watch" dengan single lanjutan, "Copycat" dikeluarkan pada 11 Julai 2017, bersamaan dengan pengumuman EP sulungnya, Don't Smile at Me. Setiap hari Jumaat pada Julai 2017, Eilish melancarkan sebuah lagu ke EP. Dengan cara ini, single "Idontwannabeyouanymore" dan "My Boy" dikeluarkan. Don't Smile at Me dikeluarkan pada 11 Ogos 2017. Selepas dikeluarkan, Eilish berkolaborasi dengan rapper Amerika Vince Staples untuk adunan semula dari "Watch" yang bertajuk "&Burn", yang kemudian dimasukkan dalam keluaran semula EP.

2018–kini: When We All Fall Asleep, Where Do We Go?

Pada Februari 2018, Eilish memulakan Jelajah Where's My Mind yang berakhir pada April 2018. Eilish berkolaborasi dengan penyanyi Amerika Syarikat, Khalid untuk single "Lovely" yang dikeluarkan pada April 2018 dan dimuatkan dalam runut bunyi untuk musim kedua 13 Reasons Why. Beliau juga melancarkan single "Bitches Broken Hearts" dan "You Should See Me in a Crown". Pada 17 Oktober 2018, Eilish melancarkan single "When the Party's Over". Pada 30 Januari 2019, Eilish melancarkan "Bury a Friend" sebagai single ketiga dari album pertamanya When We All Fall Asleep, Where Do We Go? Single keempatnya dari album ini ialah "Wish You Were Gay", dikeluarkan pada 4 Mac 2019. When We All Fall Asleep, Where Do We Go? dikeluarkan pada 29 Mac 2019 bersamaan dengan single "Bad Guy". Album tersebut mencapai kedudukan nombor 1 di Billboard 200 dan menjadikan Eilish sebagai artis pertama yang lahir pada tahun 2000-an yang memiliki album nombor satu di Amerika Syarikat.

Seni dan pengaruh

Kebanyakan perhatian media yang mengelilingi Eilish telah berputar-putar di sekeliling gaya fesyennya, yang terdiri terutamanya dari pakaian yang longgar dan tidak sepadan. Pada tahun 2017, Eilish menyatakan bahawa beliau suka berpakaian keluar dari zon selesanya untuk berasa seperti menarik perhatian semua di sekelilingnya. Eilish menyatakan bahawa beliau cuba untuk menjadi "benar-benar berbeza daripada ramai orang", dan memakai pakaian yang bertentangan dengan yang dipakai oleh orang lain. Bertujuan untuk "lebih dilupakan", Eilish berkata beliau percaya dan "membuktikan kepada orang-orang bahawa saya lebih penting daripada mereka yang berfikir", dan beliau "agak menakutkan, jadi orang akan dengar." Pada tahun 2019, Eilish muncul dalam iklan Calvin Klein, dimana beliau menyatakan bahawa beliau mengenakan pakaian longgar untuk elak dimalukan oleh masyarakat.

Kehidupan peribadi

Eilish telah menyatakan yang beliau mempunyai sindrom Tourette dam sinestesia dan telah mengalami kemurungan. Beliau ialah seorang vegetarian dan menjadi advokasi veganisme di media sosial.

Diskografi

Konsert jelajah

Jelajah utama

  • Where's My Mind Tour (2018)
  • 1 by 1 Tour (2018–2019)
  • When We All Fall Asleep, World Tour (2019)

Pembuka konsert jelajah

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Billie Eilish Kehidupan awalBillie Eilish KerjayaBillie Eilish Seni dan pengaruhBillie Eilish Kehidupan peribadiBillie Eilish DiskografiBillie Eilish Konsert jelajahBillie Eilish RujukanBillie Eilish Pautan luarBillie EilishDon't Smile at MeOcean EyesWhen We All Fall Asleep, Where Do We Go?

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KlangKerana Dia SukaBola jaringBruneiPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunJabatan Perangkaan MalaysiaSolat hajatNajis dalam IslamPendidikan di IndonesiaPertubuhan Keselamatan SosialHulu SelangorBoBoiBoySenarai mukim di PerakRasuahKesultanan Melayu MelakaWan SharmilaNabi Adam a.s.Shah RezzaHang TuahNiezam ZaidiSenarai Surah Al-QuranHari Kebangsaan MalaysiaSlot TiaraAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaParti Islam Se-MalaysiaAmy SearchHulu LangatEmpayar UthmaniyahJalaluddin HassanSyiahTuanku Abdul RahmanNasha AzizBintara MudaMohd Noor Helmy Abdul HalemKompleks piramid GizaUpin & IpinZul AriffinHari PekerjaFrekuensi radio di PerakSophia AlbarakbahEtnik MelayuHazama AzmiMajlis Raja-RajaNasi himpitNombor telefon di MalaysiaTakdir Itu Milik AkuTakdir Yang TertulisMajapahitBerlinShakira (drama)Pasukan Khas LautTengku Permaisuri NorashikinPetaling JayaPangkat tenteraSunan MuriaMenteri Pendidikan MalaysiaOrang BanjarAisyah Abu BakarKesultanan Johor-RiauNabi Lut a.s.Israk dan MikrajMalaysiaIslamNombor dalam budaya CinaFuad RahmanNadia AqilahPrabowo SubiantoNabila RazaliAwieChempaka Emalin PahaminEtikaProton Saga (generasi kedua)Madinah al-MunawwarahLagi-Lagi SenarioMahathir MohamadCik ManggisShukri YahayaSenarai kaum di MalaysiaUsul al-Fiqh🡆 More