Annuar Rapaee

Datuk Dr.

Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) bagi N55 Nangka. Beliau merupakan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak terkini.


Annuar Rapaee

الحاج أنور بن رباعى
Annuar Rapaee
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak
Memegang jawatan
4 Januari 2022
MenteriRoland Sagah Wee Inn
PremierAbang Johari Tun Openg
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak
untuk N55 Nangka
Memegang jawatan
16 April 2011
Didahului olehAnnuar Rapaee Annuar Rapaee Awang Bemee Awang Ali Basah
Majoriti5,302 (2011)
7,617 (2016)
12,059 (2021)
Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak
Dalam jawatan
19 Julai 2017 – 3 Januari 2022
MenteriSim Kui Hian
GabenorAbdul Taib Mahmud
Ketua MenteriAbang Johari Tun Openg
Didahului olehJerip Susil
Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi Sarawak
Dalam jawatan
8 Mei – 19 Julai 2017
MenteriMichael Manyin Jawong
GabenorAbdul Taib Mahmud
Ketua MenteriAbang Johari Tun Openg
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak
(Penyelidikan Sains dan Bioteknologi)
Dalam jawatan
19 Mei 2016 – 7 Mei 2017
GabenorAbdul Taib Mahmud
Ketua MenteriAdenan Satem
Abang Johari Tun Openg
Butiran peribadi
Lahir (1963-11-18) 18 November 1963 (umur 60)
Sibu, Sarawak, Malaysia
Parti politikAnnuar RapaeeAnnuar Rapaee GPSPBB
PasanganHaniza Zainal Abidin
Anak-anak2
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Hospital St. James Leeds, UK
Universiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanAhli politik
ProfesionPakar kardiologi
Laman web rasmiwww.dunnangka.net

Kehidupan awal dan pendidikan

Annuar memulakan pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sibu Bandaran No 3 dari 1970 hingga 1975, kemudian melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby dari 1976 hingga 1981. Selepas menamatkan pendidikan menengah, beliau melanjutkan pelajaran pra-universiti di Universiti Malaya (UM) dari 1981 hingga 1983 di matrikulasi di Pusat Asasi Sains.

Annuar kemudiannya mengikuti pengajian tinggi di UM sehingga 1988, apabila beliau memperoleh Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS). Beliau kemudiannya melanjutkan pendidikan pascasiswazahnya di St James's University Hospital, Leeds di United Kingdom untuk Sarjana Perubatan (MMed) dalam Perubatan Dalaman. Selepas menamatkan pengajian di UK, beliau kembali ke Malaysia untuk meneruskan amalan perubatan beliau, dan melanjutkan pengajian pascasiswazah kedua dalam Sarjana Lanjutan Kardiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dari 1998 hingga 2001.

Kemudian pada tahun 2004, Annuar ke Jerman untuk menjalani Latihan Pendahuluan Subkepakaran di Deutsches Herzzentrum Berlin. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan MRI jantung dan telah melatih pakar kardiologi lain semasa berkhidmat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan di Hospital Serdang di Selangor, Malaysia.

Pada 2022, Annuar melanjutkan pelajaran ke peringkat undang-undang. Beliau kini sedang mengikuti pengajian ijazah undang-undang selama tiga tahun dari University of Hertfordshire di United Kingdom melalui pembelajaran dalam talian yang ditawarkan melalui Brickfields Asia College (BAC).

Kerjaya politik

Kerjaya politik beliau bermula apabila beliau dicalonkan sebagai calon N49 Nangka (2011) untuk menggantikan Dato' Awang Bemee Awang Ali Basah yang tidak berhasrat untuk dicalonkan semula. Pada pilihan raya umum Sarawak tahun 2011, beliau dipilih sebagai ADUN Nangka yang baharu mengalahkan calon PKR Norisham Mohamed Ali oleh majoriti sebanyak 5302 undian.

Pada pilihan raya umum Sarawak tahun 2016, beliau berjaya mempertahankan kerusi N55 Nangka dengan majoriti yang banyak iaitu 7617 undian mengalahkan calon PKR Abdul Raafidin Majidi dan calon STAR Simon Tiong.

Beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak pada 19 Mei 2016, dalam satu majlis yang diadakan Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan jawatan sebagai Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi.

Penghargaan

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Annuar Rapaee Kehidupan awal dan pendidikanAnnuar Rapaee Kerjaya politikAnnuar Rapaee PenghargaanAnnuar Rapaee RujukanAnnuar Rapaee Pautan luarAnnuar RapaeeAhli politikDarjah kebesaran MelayuDewan Undangan Negeri SarawakDoktorHajiKabinet Negeri SarawakKardiologiMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Dzulkefly AhmadPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaNabi Nuh a.s.Arena LieyaAbdul Rahim Mohd NoorKhir RahmanPiala ThomasMenteri Pertahanan MalaysiaSrivijayaAb Rauf YusohPerang Dunia PertamaRita RudainiLobak merahNajua NasirSyamsul YusofJam 24 jamSolat hajatSenarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2023Pilihan raya negeri Selangor 2023SalomaZaman air batuMega Movie (Slot TV3)AlhamdulillahAshraf SinclairDaerah SegamatJenis darahCerita Rakyat MalaysiaErra FaziraGoogle ScholarSenarai dail terus antarabangsaKaum DusunFrancissca PeterSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaNiezam ZaidiFrekuensi radio di KelantanManchester United F.C.Bahasa Melayu SabahProton Saga (generasi kedua)GombakSoffi JikanKecerdasan buatanKata namaPerjanjian HudaibiyahKera bekantanPerikatan NasionalPasukan Khas UdaraIsrak dan MikrajAnugerah AidilfitriPerodua KelisaAyob Khan Mydin PitchayJosiah HoganHannah DelishaKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)SarafPuteri Gunung LedangSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahBintara MudaPerang BadarImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Doa IftitahMy Lovely DriverFrekuensi radio di PerakTwitterTrisha OoiRosyam NorStadium Petaling JayaBruneiRemy IshakArab SaudiMark AdamRinggitSyafiq YusofSharifah HusnaKL Gangster 2🡆 More