Akta Hak Cipta 1987

Undang-undang hak cipta Malaysia ialah undang-undang yang melindungi hak cipta di Malaysia.

Undang-undang ini mengikut Akta Hakcipta 1987.

Latar belakang

Akta Hakcipta 1987 ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 April 1987. Akta ini memansuhkan Akta Hakcipta 1969.

Akta ini dipinda oleh Akta Hakcipta (Pindaan) 1997. Antara sebab utama pindaan ini ialah berikutan masalah pemindahan karya hak cipta melalui Internet.

Malaysia ialah satu daripada negara-negara yang menyertai Konvensyen Berne. Ini bermakna, karya-karya dari semua negara dalam Konvensyen ini menikmati perlindungan pada taraf yang sama dengan karya-karya di Malaysia. Walau bagaimanapun, karya dari negara yang tidak menyertai Konvensyen Berne juga berhak mendapat perlindungan sekiranya karya itu "mula-mulanya diterbitkan di Malaysia" atau "mula-mulanya diterbitkan di tempat lain tetapi diterbitkan di Malaysia dalam masa tiga puluh hari dari penerbitan di tempat lain itu".

Peruntukan

Jenis-jenis karya yang dilindungi oleh Akta ini ialah:

  • Karya sastera
  • Karya muzik
  • Karya seni
  • Karya terbitan
  • Filem
  • Rakaman bunyi
  • Siaran

Secara umum, hak cipta yang terdapat pada karya sastera, muzik atau seni selain daripada fotograf wujud sepanjang hayat si pencipta dan wujud sehingga 50 tahun selepas kematiannya. Bagi karya-karya jenis lain pula, jangka masa hak cipta ialah sehingga 50 tahun selepas karya itu mula-mula diterbitkan.

Tidak seperti undang-undang hak cipta di negara lain, Malaysia mengakui hak cipta bagi karya yang dibuat oleh Kerajaan atau pertubuhan Kerajaan. Ini dinyatakan dalam seksyen 11 (1). Sebagai perbandingan, undang-undang hak cipta Amerika Syarikat tidak merangkumi karya-karya yang dibuat oleh kerajaan kecuali sekiranya karya itu adalah untuk tujuan dagangan atau tujuan-tujuan khas lain. Oleh itu, hampir semua karya yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat adalah di dalam domain awam. Undang-undang hak cipta Indonesia juga tidak melindungi sebarang karya yang dibuat oleh Pemerintah.

Penguatkuasaan

Antara ciri- ciri unik yang terdapat dalam Akta Hakcipta 1987 ialah kewujudan kuasa untuk menguatkuasakan Akta tersebut. Akta ini memperuntukkan bahawa seorang pegawai polis boleh, dengan waran yang dikeluarkan oleh majistret, memasuki rumah atau premis pada bila-bila masa untuk mencari serta menyita apa-apa salinan langgaran hak cipta dan menggunakan kekerasan bagi menggeledah tempat itu.

Catatan

Rujukan

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tags:

Akta Hak Cipta 1987 Latar belakangAkta Hak Cipta 1987 PeruntukanAkta Hak Cipta 1987 PenguatkuasaanAkta Hak Cipta 1987 CatatanAkta Hak Cipta 1987 RujukanAkta Hak Cipta 1987 Pautan luarAkta Hak Cipta 1987Hak ciptaMalaysiaUndang-undang

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Laura AnnaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaNaszriah NgasriMajapahitMamat KhalidJenayah kolar putihHuminodunMyKadKerajaan Persekutuan MalaysiaFrekuensi radio di KedahMarissa YasminBismillahAngkatan Tentera MalaysiaPrivate BodyguardBubur lambukMalek MccroneWan Junaidi Tuanku JaafarElizabeth TanPemancutan maniM. NasirNadhir NasarKeruntuhan Jambatan Francis Scott KeyGantangWudukMohd Ridhuan TeeUqasha SenroseButakLengkuasKucingHamzah bin Abdul MuttalibSenarai stesen radio di MalaysiaRukun ImanUniversiti Teknologi MalaysiaAsiaSaifuddin Nasution IsmailIpohPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaMuhyiddin YassinGeografi JohorSingapuraSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiAbu Bakar as-SiddiqMinal 'Aidin wal-FaizinMat KilauBendaharaPantang larang MelayuSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Alor SetarKata kerjaJohor Darul Ta'zim F.C.Bahasa MaduraSyamsul YusofKedudukan Dunia FIFAZizan RazakZarina ZainoordinSenarai buahSultan Iskandar ibni Sultan IsmailAerofonUlar Tedung SelarAmerika SyarikatSenarai negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Amerika SelatanCibaiMediaLayang Layang PerkahwinanSarah SuhairiAlgeriaKota BharuJohan GhazaliEtikaRangka manusiaLaluan Kelana JayaSolat tarawihMohd Safee Mohd SaliRejimen Askar Melayu DiRajaIbnu KhaldunKuala LumpurAisha RetnoJaafar OnnZakar manusia🡆 More