Air Minuman: Air yang selamat diminum

Air minuman merujuk kepada air yang selamat untuk diminum atau digunakan dalam penyediaan makanan.

Jumlah isi padu air yang diperlukan oleh setiap individu adalah pelbagai, dan ini bergantung kepada tahap jasmani, umur, keadaan kesihatan dan persekitaran. Bagi mereka yang bekerja di persekitaran panas, sebanyak-banyaknya 16 liter (4.2 US gal) sehari mungkin diperlukan. Di negara-negara maju, air paip lazimnya memenuhi piawaian kualiti air walaupun sedikit saja yang digunakan sebagai minuman atau dalam penyediaan makanan. Selain itu, apir paip juga digunakan dalam aktiviti membasuh, kegunaan tandas serta perairan tanaman. Walaupun begitu, kegunaan air paip bagi tujuan perairan mungkin memiliki risiko-risiko tersendiri.

Secara global, setakat 2015, 89% populasi manusia memiliki akses kepada air yang selamat diminum, atau dipanggil "sumber air ditambah baik". Di Afrika Sub-Sahara, akses kepada air minuman adalah daripada 40% hingga 80%, bergantung kepada populasi. Hampir 4.2 bilion orang seluruh dunia memiliki akses kepada air paip sementara 2.4 bilion orang lagi memiliki akses kepada telaga dan air paip awam. Air minuman yang selamat diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai satu hak asasi manusia.

Kira-kira 1 ke 2 bilion orang tiada akses kepada air minuman yang selamat. Menurut Ban Ki-moon pada 2010, lebih banyak manusia maut akibat air yang tidak selamat daripada jumlah korban perang. Negara-negara dunia ketiga adalah yang paling terkesan dalam isu ketiadaan sumber air, banjir serta kualiti air. Sehingga 80% penyakit di negara-negara membangun terjadi akibat kekurangan air bersih serta taraf kesihatan.

Rujukan

Tags:

AirMinum

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Yusof HaslamAb Rauf YusohJata MalaysiaYasmin AhmadSheera IskandarPolitik balas budiNajib RazakFattah AminKelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024DollaMahathir MohamadSungai TerengganuPronoVincent TanZainol MacWilsonGol & Gincu (filem)PahangYandexFrekuensi radio di PahangAznil NawawiMunafikFarali KhanQistina RaisahNa’im BrundageFarajFarah AhmadDaiyan TrishaAbang Long Fadil 3Erry PutraKhunsa (siri TV)SolatMusang PulutAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaIsteri HalalWan RajaEPiala Thomas & Uber 2024The GadysDoa IftitahGen1esPenguatkuasaan undang-undang di MalaysiaSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiRita NadiraPontianak Harum Sundal Malam IINabi Ibrahim a.s.Nabi Yusuf a.s.KKN di Desa Penari (filem)Kelantan Darul Naim F.C.Kota DamansaraKajangAzhan RaniPersatuan Negara-negara Asia TenggaraMuhammad al-FatihNazim OthmanChinaHadha min fadhle RabbiBahasa MelayuM. NasirRejimen Askar Melayu DiRajaPuncak AlamKaum DusunWan SharmilaMelitha SidabutarRadio Televisyen MalaysiaWadi AnnuarPerodua KelisaMalang Si PuteriNur FazuraAngeline TanKerajaan Bani UmaiyahAisha RetnoMata anginPlayboy Itu Suami AkuRogolShah AlamAmerika Syarikat🡆 More