Advance Australia Fair

Advance Australia Fair adalah lagu kebangsaan Australia dan digubah oleh Peter Dodds McCormick pada akhir kurun ke-19.

Ia pertama kali dimainkan pada Hari St. Andrews di Sydney pada tahun 1878. Lagu tersebut telah menjadi pilihan ramai untuk dijadikan lagu kebangsaan berdasarkan pungutan suara 1974, berbanding dengan lagu-lagu lain seperti "Waltzing Matilda" dan "God Save the Queen" (yang juga merupakan lagu kebangsaan Australia pada masa itu). Advance Australia Fair diangkat menjadi lagu kebangsaan oleh kerajaan Bob Hawke pada tahun 1984.

Sejarah

Rakaman lagu ini tertua yang diketahui muncul dalam filem pendek berjudul The Landing of the Australian Troops in Egypt ("Pendaratan Pasukan Australia di Mesir", 1916) yang mengisahkan secara dramatisnya ketibaan sampainya pasukan Australia di Mesir yang akan bergerak lagi ke Gallipoli untuk bertarung menentang pihak Kerajaan Uthmaniyah.

Sebelum diadopsi sebagai lagu kebangsaan Australia, Advance Australia Fair telah dinyanyikan di mana-mana. Sebagai contoh, Australian Broadcasting Corporation menggunakan lagu ini sebagai pembuka buletin beritanya hingga tahun 1952. Lagu ini juga sering diperdengarkan saat pembukaan atau penutupan acara-acara rasmi, terutamanya menjelang tamatnya Perang Dunia Kedua, lagu ini sering dimainkan di banyak panggung wayang setelah lagu-lagu kebangsaan United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Lagu ini diwartakan secara rasmi sebagai lagu kebangsaan Australia, menggantikan God Save The Queen (kemudiannya dijadikan lagu diraja) pada 1984. Advance Autralia Fair terpilih selepas berjaya menewaskan lagu Waltzing Matilda, God Save The Queen dan Song of Australia dalam pemilihan lagu kebangsaan baharu yang diadakan pada tahun 1977.

Dalam usaha kerajaan Australia untuk memulihkan status penduduk pribumi Australia, satu pindaan baru terhadap lirik lagu dibuat dan digunakan bermula 1 Januari 2021. Baris " For we are young and free" telah ditukar kepada " For we are one and free" sebagai simbol kepada hak masyarakat pribumi negara itu.

Lirik

Senikata lagu ini yang diadopsi secara rasmi pada tahun 1984 adalah sebagai berikut:

Lirik dalam bahasa InggerisTerjemahan
Australians all let us rejoice,

For we are one and free;
We've golden soil and wealth for toil,
Our home is girt by sea;
Our land abounds in Nature's gifts
Of beauty rich and rare;
In history's page, let every stage
Advance Australia fair!
In joyful strains then let us sing,
"Advance Australia fair!"

Beneath our radiant southern Cross,
We'll toil with hearts and hands;
To make this Commonwealth of ours
Renowned of all the lands;
For those who've come across the seas
We've boundless plains to share;
With courage let us all combine
To advance Australia fair.
In joyful strains then let us sing
"Advance Australia fair!"

Warga Australia mari bergembira

Kerana kita satu dan bebas
Kita mempunyai tanah yang subur dan kekayaan untuk ditimba
Tanah air kita dikelilingi samudera
Tanah kita dilimpahi dengan kekayaan alam
Keindahan yang berharga dan luar biasa
Dalam lembaran sejarah, biarlah setiap langkah ini
Memajukan Australia jaya!
Dengan gembira mari semua bernyanyi
"Majulah Australia jaya!"

Di bawah buruj Pari yang bercahaya
Kita akan berusaha dengan jiwa dan raga
Untuk menjadikan Komanwel kita ini
Masyhur di persada dunia
Untuk mereka yang telah datang merentasi lautan
Kami mempunyai tanah yang luas untuk dikongsi
Dengan keteguhan mari semua bergabung
Untuk memajukan Australia jaya
Dengan gembira mari semua bernyanyi
"Majulah Australia jaya!"

Rujukan

Tags:

AustraliaBob HawkeGod Save the QueenLagu kebangsaanPeter Dodds McCormick

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Johor BahruKuala LumpurSenarai SBP di MalaysiaKasih Iris LeonaLiga Super Malaysia 2024–25Erra FaziraMunafikAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamKhulafa al-RasyidinFrekuensi radio di KedahGegar Vaganza (musim 10)Didi AstillahSiksa KuburHasnul RahmatSalomaRukun solatProton SagaKhairy JamaluddinSepupuGula melakaPokok MambuMydinSurah At-TaubahElly MazleinNa’im BrundagePerlisPameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa LangkawiMetamfetaminaKeropok lekorBurasDewi RemajaSabronzoKuchingRawang, SelangorNabila HudaAllahTanam paksaDini SchatzmannAbdul Razak HusseinSyiahNusantaraKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran SelatanLatMedia sosialPrivate BodyguardMenara Berkembar PetronasSultan Mizan Zainal AbidinHarris AlifLaluan Kelana JayaAmerika SyarikatAlif SatarSenarai peribahasa (A–M)Janji Diana (drama)Hero RemajaSejarah IslamTembikaiHamzah bin Abdul MuttalibPendidikan di IndonesiaMuhammad Sanusi Md NorHari Kebangsaan MalaysiaAbu Bakar as-SiddiqGeografi JohorHari Raya AidiladhaJenis darahPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Nabi Musa a.s.Bahasa MelayuSharifah AmaniSujud sahwiFrom Saga With LoveSenarai Kementerian di MalaysiaTanda-tanda KiamatPulau TiomanSultanah Nur ZahirahTerengganu🡆 More