1984: Tahun

 

1984 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Ahad. Ia berlangsung dari 27 Rabiulawal 1404 hingga 7 Rabiulakhir 1405.

Milenium: milenium ke-2
Abad:
Dekad:
Tahun:

Peristiwa

  • Kokaina diperkenalkan buat pertama kali ke kawasan Los Angeles dan kemudian merebak ke seluruh Amerika Syarikat.

Januari

Februari

Mac

  • 5 Mac - Iran menuduh Iraq kerana menggunakan senjata kimia; PBB mengutuk penggunaannya pada 30 Mac.
  • 5 Mac - Perdana Menteri India Indira Gandhi mengarahkan serangan terhadap Harimandir Sahib, tempat suci Sikh.
  • 6 Mac - Mogok selama setahun bermula dalam industri batu arang British (lihat Mogok Pelombong UK (1984-1985)).
  • 14 Mac - Gerry Adams dan tiga orang lain daripada gerakan Sinn Féin menerima cedera parah, akibat serangan senapang oleh UVF.
  • 16 Mac - William Buckley, ketua stesen CIA di Beirut, diculik oleh Jihad Islam dan kemudian mati dalam penangkapan.
  • 22 Mac - Guru-guru di Prasekolah McMartin, Pantai Manhattan, California dituduh kerana penganiayaan kanak-kanak di sekolah melalui upacara amal syaitan. Tuduhan itu kemudian dibatalkan kerana langsung tidak berasas.
  • 23 Mac - Jeneral Rahimuddin Khan menjadi orang pertama dalam sejarah Pakistan untuk memerintah salah dua daripada provinsi-provinsinya, selepas menjadi Gabenor interim Sindh.
  • 27 Mac - Starlight Express dipersembahkan di Teater Apollo Victoria, London.

April

Mei

Jun

  • 5 Jun - Kerajaan India memulakan Operasi Blue Star, serangan terancang terhadap Kuil Keemasan di Amritsar.
  • 6 Jun - Angkatan tentera India membuat serangan tiba-tiba terhadap Kuil Keemasan di Amritsar, kuil Sikh yang paling suci, dan membunuh lebih kurang 300 orang.
  • 8 Jun - Puting beliung F5 hampir memusnahkan bandar Barneveld, Wisconsin, dan membunuh 9 orang, mencederakan lebih kurang 200 orang, serta mengakibatkan kerosakan melebihi AS$25 juta.
  • 8 Jun - Filem Ghostbusters ditayangkan dan menjadi filem musim panas kegemaran ramai, dengan lagu "Ghostbusters" oleh Ray Parker Jr. menjadi lagu laris Top 40.
  • 20 Jun - Rombakan peperiksaan terbesar dalam sistem pendidikan British sejak melebihi 10 tahun diumumkan, dengan peperiksaan peringkat biasa (O-level) dan CSE digantikan oleh GCSE, peperiksaan baru.
  • 22 Jun - Nama rasmi Urfa, bandar raya Turki, ditukarkan menjadi Sanliurfa.
  • 22 Jun - Virgin Atlantic membuat penerbangan sulung.
  • 27 Jun - Perancis menewaskan Sepanyol 2-0 untuk memenangi Euro 84.
  • 30 Jun - John Turner menjadi Perdana Menteri Kanada ke-17.

Julai

Ogos

September

Oktober

November

Disember

Tarikh tepat tidak pasti

  • Kebuluran bermula di Ethiopia.
  • Perjanjian perdamaian antara Kenya dan Somalia dimeterai di Cairo, ibu negara Mesir, pada Disember 1984. Dengan penjanjian ini, Somilia melepaskan tuntutan wilayah sejarahnya dan hubungan antara kedua-dua negara mula bertambah baik.
  • Limbungan Chatham di Medway, England, tutup selepas digunakan untuk membina kapal selama melebihi 400 tahun sejak pemerintahan Raja Henry VIII.
  • Boeing 737-300 memasuki perkhidmatan.
  • Bas XT digantikan dengan bas ISA.
  • Intel 80286, sebuah mikropemproses dengan struktur bas data 16-bit dan mampu mengalamatkan RAM 16MB, digunakan dalam komputer peribadi IBM AT dan beroperasi pada 20 MHz. Komputer ini adalah lima kali lebih pantas daripada 8086.
  • Komputer Apple Macintosh mula dikeluarkan.
  • Bahagian Komputer Peribadi IBM memperkenalkan IBM Portable PC, komputer mudah alihnya yang pertama yang beratnya 30 paun.
  • Istilah "virus" digunakan buat pertama kali dalam terbitan akademik oleh Fred Cohen.
  • Dell diasaskan oleh Michael Dell pada 4 November di Austin Texas dengan nama, "PC's Limited".
  • Lenovo diasaskan dengan nama New Technology Developer Inc. oleh pengerusi pengasas, Liu Chuanzhi, bersama-sama dengan 10 orang rakan sekerjanya. Modal permulaannya sebanyak hanya RMB200,000 (AS$25,000) dibiayai oleh Akademi Sains Cina.

Kelahiran

Januari

Februari

Mac

April

Mei

Jun

  • Jun 1 - Oliver Tielemans, pelumba kereta Belanda
  • Jun 9 - Wesley Sneijder, pemain bola sepak Belanda
  • Jun 11 - Vagner Love, pemain bola sepak Brazil
  • Jun 13 - Berangere Schuh, pemanah Perancis
  • Jun 16 - Rick Nash, pemain hoki Kanada, Columbus Blue Jackets
  • Jun 24 - J.J. Redick, pemain bola keranjang Amerika Syarikat
  • Jun 25 - Lauren Bush, peragawati Amerika Syarikat
  • Jun 25 - Amrita Hunjan, penyanyi RnB British
  • Jun 26 - Raymond Felton, pemain bola keranjang Amerika Syarikat

Julai

Ogos

  • Ogos 07 - Ullas das, penulis dan pemuisi Bengal
  • Ogos 12 - Sherone Simpson, ahli olahraga Jamaica
  • Ogos 13 - Luke Thompson, usahawan Amerika Syarikat yang gagal
  • Ogos 20 - Mirai Moriyama, pelakon Jepun
  • Ogos 21 - Alizée Jacotey, penyanyi Perancis
  • Ogos 21 - Melissa Schuman, penyanyi dan seniwati Amerika Syarikat

September

Oktober

November

Disember

Kematian

Januari

Februari

Mac

  • Mac 1 - Jackie Coogan, pelakon Amerika Syarikat (lahir 1914)
  • Mac 5 - Tito Gobbi, pemain bariton Itali (lahir 1915)
  • Mac 5 - William Powell, pelakon Amerika Syarikat (lahir 1892)
  • Mac 12 - Arnold Ridley, dramatis dan pelakon Inggeris (lahir 1896)
  • Mac 16 - John Hoagland, jurugambar Amerika Syarikat (lahir 1947)
  • Mac 18 - Charlie Lau, pemain besbol Amerika Syarikat (lahir 1933)
  • Mac 21 - Sir Michael Redgrave, pelakon Inggeris (lahir 1908)
  • Mac 24 - Sam Jaffe, pelakon Amerika Syarikat (lahir 1891)

April

Mei

  • Mei 2 - Jack Barry, juruacara dan penerbit televisyen Amerika Syarikat (lahir 1918)
  • Mei 16 - Andy Kaufman, pelakon lucu Amerikat Syarikat (lahir 1949)
  • Mei 16 - Irwin Shaw, penulis Amerika Syarikat (lahir 1913)
  • Mei 19 - John Betjeman, pemuisi Inggeris (lahir 1906)
  • Mei 28 - Eric Morecambe, pelakon lucu British (lahir 1926)

Jun

Julai

  • Julai 1 - Moshé Feldenkrais, pengasas Ukraine untuk Kaedah Feldenkrais (lahir 1904)
  • Julai 8 - Brassaï, jurugambar yang berasal dari Hungary (lahir 1899)
  • Julai 14 - Philippe Wynne, ahli muzik Amerika Syarikat (lahir 1941)
  • Julai 24 - Armando Morales Barillas, pemain gitar Nicaragua (lahir 1936)
  • Julai 26 - Ed Gein, pembunuh bersiri Amerika Syarikat (lahir 1906)

Ogos

  • Ogos 2 - Quirino Cristiani, pengarah filem animasi Argentina (lahir 1896)
  • Ogos 5 - Richard Burton, pelakon Wales (lahir 1925)
  • Ogos 11 - Alfred A. Knopf, penerbit Amerika Syarikat (lahir 1892)
  • Ogos 11 - Paul Felix Schmidt, pemain catur Estonia–Jerman (lahir 1916)
  • Ogos 13 - Tigran Petrosian, pemain catur Georgia (lahir 1929)
  • Ogos 14 - J. B. Priestley, dramatis dan penulis novel Inggeris (lahir 1894)
  • Ogos 25 - Waite Hoyt, pemain besbol (lahir 1899) dan Truman Capote, penulis. (lahir 1924)

September

Oktober

November

  • November 6 - Gastón Suárez, penulis novel dan dramatis Bolivia (lahir 1929)
  • November 16 - Vic Dickenson, pemain trombon Amerika Syarikat (lahir 1906)
  • November 16 - Leonard Rose, pemain selo Amerika Syarikat (leukemia) (lahir 1918)
  • November 18 - Mary Hamman, penulis dan editor Amerika Syarikat, editor LIFE, majalah kehidupan moden, dan ketua editor Bride & Home (lahir 1907)

Disember

Hadiah Nobel

Hadiah Bank Sweden Sains Ekonomi Bagi Peringatan Alfred Nobel

Rujukan fiksyen

  • Novel Sembilan Belas Lapan Puluh Empat yang ditulis oleh George Orwell pada 1948 memberikan pandangan distopia tentang bagaimana kehidupan mungkin akan terjadi pada tahun protagonis mempercayai sebagai tahun 1984. Sebuah padanan filem sanjungan bagi novel ini difilemkan di London dan persekitarannya dari April hingga Jun 1984 di tempat-tempat dan pada tarikh-tarikh yang sama dengan yang difikirkan oleh penulis.
  • Dalam filem The Terminator, kedua-dua watak judul serta Kyle Reese dihantar balik melalui masa dari tahun 2029 ke 12 Mei 1984.
  • Dalam kartun, The Transformers, Autobot dan Decepticon terjaga selepas 4 juta tahun.
  • Permainan video, Grand Theft Auto: Vice City Stories, berlaku pada tahun 1984.
  • Cerpen, "Transit of Earth", oleh Arthur C. Clarke, berlaku pada tahun 1984.
  • Pancaragam Anti-Flag menulis sebuah lagi yang dipanggil Selamat Datang ke 1984. Satu ayat lagu mengatakan: "...what I thought was the new millenium- is 1984..."
  • Dalam The Iron Heel, novel distopia oleh Jack London, penciptaan Asgard, bandar raya ajaib, siap.

Tags:

1984 Peristiwa1984 Kelahiran1984 Kematian1984 Hadiah Nobel1984 Hadiah Bank Sweden Sains Ekonomi Bagi Peringatan Alfred Nobel1984 Rujukan fiksyen1984

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sharifah AmaniPeristiwa 13 MeiNasi kandarBaba Ismail SepanjangHukum madLencana pangkat TLDMPulau PinangPembahagian kuasaPerodua KelisaAziz M. OsmanShakilla KhoririSenarai kaum di MalaysiaHukum Kanun MelakaJabatan Kastam Diraja MalaysiaSejarah MalaysiaRukun IslamAziz HarunAyob Khan Mydin PitchayBendera PalestinProton SagaLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaMatlamat Pembangunan Mampan 15GasingP. RamleeTerengganuPilihan raya umum Malaysia 2022Gua NiahTentera Laut Diraja MalaysiaSurah al-FatihahMeerqeenSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaBadarawuhi Di Desa PenariZizan RazakMarie AntoinetteNorish KarmanSenarai Yang di-Pertuan AgongFarah AhmadFunanBola tamparSenarai buahAssalamualaikumFauzi NawawiNabi Ibrahim a.s.Kementerian Pendidikan MalaysiaDuerra MitildaNazim OthmanSenario (kumpulan muzik)AllahHubungan intimNegeri-negeri Melayu BersekutuAstro MalaysiaDollaJenis air untuk bersuci dalam IslamPerang UhudAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamBugisMaria OzawaCristiano RonaldoAbang Johari Tun OpengOlahragaKucingSenarai Surah Al-QuranFadillah YusofMarga SangirPerang Dunia KeduaHinduismeRasuahSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaAtikah SuhaimeBuah kerasAbang Long FadilNasi lemakMata anginLembah BujangPerodua AxiaWan SharmilaPetronasKedah TuaKhairy Jamaluddin🡆 More