Aaron Lennon

Aaron Justin Lennon (lahir 16 April 1987) ialah pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai pemain sayap untuk Everton dan pasukan kebangsaan England.

Aaron Lennon
Aaron Lennon
Lennon bermain untuk Tottenham Hotspur pada tahun 2011
Maklumat peribadi
Nama penuh Aaron Justin Lennon
Tarikh lahir (1987-04-16) 16 April 1987 (umur 37)
Tempat lahir Leeds, West Yorkshire, England
Ketinggian 5 ft 5 in (1.65 m)
Posisi permainan Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Everton
Nombor 12
Kerjaya remaja
2001–2003 Leeds United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2005 Leeds United 38 (1)
2005–2015 Tottenham Hotspur 267 (26)
2015Everton (pinjam) 14 (2)
2015– Everton 2 (0)
Pasukan kebangsaan
2003 England B17 1 (0)
2004–2006 England B19 15 (0)
2005–2008 England B21 5 (0)
2006–2007 England B 2 (0)
2006– England 21 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:42, 28 September 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 6 Februari 2013

Karier kelab

Leeds United

Pada tahun 2001, Lennon menjadi ahli akademi Leeds United. Dua tahun kemduian, dia memulakan karier profesionalnya dengan Leeds United dimana dia menjadi pemain termuda untuk muncul dalam Liga Perdana Inggeris ketika berumur 16 tahun dan 129 hari, masuk sebagai pemain gantian di White Hart Lane ketika menentang Tottenham Hotspur dimana mereka tewas 2–1 loss pada bulan Ogos 2003.

Lennon menjaringkan satu-satunya gol untuk Leeds ketika menentang Sunderland pada Hari Boxing 2004 dimana mereka menang 3–2. Penglibatan terakhirnya di Leeds merupakan perlawanan testimoni Lucas Radebe. Lennon dijual kepada Spurs selepas masalah kewangan Leeds.

Tottenham Hotspur

Lennon berpindah ke Tottenham Hotspur pada 15 Jun 2005. Penampilan pertamanya untuk Spurs adalah ketika kekalahan 0-2 kepada Chelsea pada 27 Ogos 2005. Pada 18 Mac 2006, Lennon menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris pertamanya ketika kemenangan 2–0 ke atas Birmingham City. Lennon menandatangani perjanjian 5½-tahun bersama Tottenham pada 8 Januari 2007.

Satu lagi perjanjian telah ditandatangani pada bulan Mac 2009 yang akan mengekalkannya di Spurs sehingga tahun 2014. Lennon mengakhiri musim 2008-09 dengan bermain 47 perlawanan dalam semua pertandingan dan menjaringkan lima gol dan Spurs menduduki tempat kelapan dalam liga serta layak ke perlawanan akhir Piala Liga dimana mereka tewas kepada Manchester United.

Gol golnya pada awal musim 2009–10 – menentang West Ham di Boleyn Ground dan Birmingham City – meletakkan Tottenham di tempat teratas liga selepas empat kemenangan berturut-turut. Kecederaan pada bulan Oktober dan Disember 2009 mengeluarkan Lennon daripada pasukan pada lewat tahun 2009 dan awal 2010.

Pada 24 Oktober 2009, Lennon cedera ketika perlawanna menentang Stoke City. Dia kembali pada 22 November ketika kemenangan 9–1 ke atas Wigan Athletic. Dia membuat tiga bantuan gol serta menjaringkan satu gol

Lennon mengalami kecederaan pangkal paha pada bulan Disember 2009 ketika menentang West Ham United yang menyebabkan dia terkeluar untuk beberapa bulan pertama tahun 2010. Dia kembali daripada kecederaan ketika kekalahan 3–1 kepada Manchester United di Old Trafford pada 24 April.

Pada 28 November 2010, dia menjaringkan gol ketika kemenangan 2–1 ke atas Liverpool di White Hart Lane. Pada 15 Februari 2011, Lennon membuat bantuan gol kepada Peter Crouch ketika kemenangan 1–0 ke atas AC Milan di San Siro dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Aaron Lennon 
Lennon bermain untuk Tottenham Hotspur pada tahun 2011

Pada 18 Ogos 2011, Lennon menjaringkan gol ketika kemenangan 5–0 ke atas Hearts dalam play-off Liga Europa. Dia menjaringkan gol Liga Perdana perrtamanya pada musim itu jetuka menentang Fulham di Craven Cottage. Pada bulan Disember, dia menjaringkan gol keduanya musim itu dimana mereka menang 3–0 ke atas Bolton di White Hart Lane. Gol seterusnya datang pada 11 Januari 2012 ketika kemenangan 2–0 ke atas Everton. Pada 1 September 2012, dia menandatangani perjanjian 4 tahun yang akan mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2016.

Everton

Pada 2 Februari 2015, Lennon dipinjamkan kepada Everton untuk baki musim. Dia membuat penampilan sulungnya untuk kelab itu ketika menentang Liverpool pada 7 Februari. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Everton ketika kemenangan 2–1 ke atas Queens Park Rangers di Loftus Road pada 22 Mac 2015.

Dia kembali ke Spurs untuk permnulaan musim 2015–16 tetapi dihantar berlatih bersama pasukan bawah-21 dan tidak diberi nombor skuad. Dia menyertai semula Everton secara tetap pada 1 September 2015.

Karier antarabangsa

Pada 8 Mei 2006, dia dipilih ke dalam skuad England untuk Piala Dunia FIFA 2006. Dia membuat penampilan sulungnya untuk England ketika kemenangan 6–0 ke atas Jamaica pada 2 Jun. Lennon juga dipilih ke dalam skuad 23 pemain England untuk Piala Dunia FIFA 2010.

Statistik karier

Aaron Lennon 
Lennon bermain untuk Tottenham Hotspur pada tahun 2014

Kelab

    Sehingga 16 Mei 2015.
Statistik kelab
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Leeds United 2003–04 Liga Perdana Inggeris 11 0 1 0 2 0 14 0
2004–05 Championship 27 1 1 0 1 0 29 1
Jumlah 38 1 2 0 3 0 43 1
Tottenham Hotspur 2005–06 Liga Perdana Inggeris 27 2 1 0 1 0 29 2
2006–07 Liga Perdana Inggeris 26 3 6 1 3 0 8 1 43 5
2007–08 Liga Perdana Inggeris 29 2 3 0 6 1 9 0 47 3
2008–09 Liga Perdana Inggeris 35 5 1 0 5 0 6 0 47 5
2009–10 Liga Perdana Inggeris 22 3 0 0 2 0 24 3
2010–11 Liga Perdana Inggeris 34 3 1 0 1 0 10 0 46 3
2011–12 Liga Perdana Inggeris 23 3 5 0 0 0 4 1 32 4
2012–13 Liga Perdana Inggeris 34 4 1 0 0 0 11 0 46 4
2013–14 Liga Perdana Inggeris 27 1 1 0 1 0 4 0 33 1
2014–15 Liga Perdana Inggeris 9 0 0 0 2 0 5 0 16 0
Jumlah 267 26 19 1 21 1 57 2 364 30
Everton (pinjam) 2014–15 Liga Perdana Inggeris 14 2 14 2
Jumlah karier 319 29 21 1 24 1 57 2 421 33

Antarabangsa

    Sehingga 6 Februari 2013.
Statistik antarabangsa
Pasukan Tahun Kmncln Gol
England 2006 7 0
2007 2 0
2009 6 0
2010 4 0
2012 1 0
2013 1 0
Jumlah 21 0

Kejayaan

    Tottenham Hotspur
  • Piala Liga Inggeris: 2007–08

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Aaron Lennon Karier kelabAaron Lennon Karier antarabangsaAaron Lennon Statistik karierAaron Lennon KejayaanAaron Lennon RujukanAaron Lennon Pautan luarAaron LennonBola sepakEverton F.C.Pasukan bola sepak kebangsaan EnglandPemain tengah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nabi Muhammad SAWErnie ZakriM. NasirAkikahAzad JasminHubungan seksSejarah MelakaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaAbdullah bin Ahmad BadawiTeluk IntanKanun KeseksaanGerak KhasNusantaraJeslina HashimYusof HaslamIkan bandarayaUngku Ismail AzizPiala Asia B-23 AFCSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiSungai PetaniTakdir Itu Milik AkuPerodua KelisaRahmad AyobRita NadiraFrekuensi radio di SelangorRatu SofyaHukum Kanun MelakaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaBukit Tinggi, PahangHarvey NormanNazim OthmanKapitalismeKhalid Mohamad JiwaSharifah HusnaSenarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2023JudiPerikatan NasionalKementerian Pendidikan MalaysiaKhairulamingJepunNaim DanielKL GangsterKamal Affandi HashimAndai Itu TakdirnyaLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaAnwar IbrahimPenjodoh bilangan bahasa MelayuGrup Gerak KhasMona FandeyDewan Negeri SelangorDatuk (gelaran)Bahasa MelayuPrivate BodyguardFrekuensi radio di MelakaMisteri DilailaPahangLatAnugerah AidilfitriAiman Hakim RidzaWan Azizah Wan IsmailSekali Lagi Cinta KembaliMay (kugiran)Jabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaSunan Gunung JatiMuhammad bin Idris al-SyafiiMusang PulutNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuTentera Laut Diraja MalaysiaOrang BanjarParti Pribumi Bersatu MalaysiaDaun salamSolat Sunat Tahiyyatul MasjidBendera MalaysiaRizky NazarJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaMenteri Besar PerlisKhulafa al-Rasyidin🡆 More