Buah: Bahagian tumbuhan berbunga

Dalam bidang pertanian, buah (Jawi: ‏بواه‎code: ms is deprecated ‎; kata ganda: buah-buahan بواه-بواهن‎) merupakan bahagian dari sesebuah tumbuhan yang mengandungi biji benih terjadi daripada ovari bunga atau putik tumbuhan tersebut selepas berbunga.

Kebanyakan buah mengandungi air tetapi juga mempunyai serat makanan pada kulit buah.

Buah: Kegunaan buah, Lihat juga, Rujukan
Buah-buahan tempatan dihidangkan di Malaysia.
Buah: Kegunaan buah, Lihat juga, Rujukan
Beberapa jenis buah
Buah: Kegunaan buah, Lihat juga, Rujukan
Buah-buahan biasa.
Buah: Kegunaan buah, Lihat juga, Rujukan
Sebakul buah dilukis oleh Balthasar van der Ast

Buah adalah cara tumbuhan berbunga menyebarkan benih yang menjadi makanan untuk hidupan lain seperti haiwan dan manusia. Buah-buahan yang boleh dimakan khususnya, dibiakkan melalui pergerakan dan perhubungan simbiotik dengan hidupan-hidupan tersebut yang banyak bergantung kepada buah-buahan sebagai sumber makanan. Oleh yang demikian, buah-buahan menyumbangkan sebahagian besar daripada hasil pertanian di seluruh dunia dan sesetengahnya (seperti epal dan delima) telah memperolehi maksud lambang dan budaya yang penting.

Dari segi masakan dan konteks penggunaan bahasa am, "buah" biasanya bermaksud struktur tumbuhan (atau hasil) berkaitan dengan biji yang biasanya mempunyai rasa yang manis atau masam dan boleh dimakan mentah begitu sahaja seperti epal, pisang, anggur, lemon, oren dan strawberi. Dari konteks penggunaan botani pula, istilah "buah" turut merangkumi banyak struktur yang selalunya tidak disebut sebagai "buah" misalnya lenggai kekacang dan kacang, isirong jagung, tomato, dan bijirin gandum; malah sebahagian buah-buahan ini juga dimasak sebagai sayur-sayuran.

Kegunaan buah

Khasiat

Khasiat buah-buahan adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor berikut:

  • Jenis buah, bukan sahaja dari segi spesies tetapi juga pada peringkat kultivar atau varieti.
  • Kesegaran buah.
  • Buah muda, ranum atau terlalu ranum.
  • Baja atau nutrien yang terdapat di dalam tanah di sekitar akar pokok.
  • Keadaan cuaca, sama ada mencukupi atau tidak mencukupi keperluan pokok.
  • Cara penyediaan buah:
    • Dimakan segar atau mentah.
    • Dimakan bersama kulit atau tidak.
    • Jangka masa buah dimakan; dibiarkan dahulu atau terus dimakan setelah dikupas.
    • Jika dibuat jus segar, perlu dikenal pasti sama ada jus diminum terus atau disimpan berjam-jam di dalam peti sejuk sebelum diminum.
    • Jika bukan buah segar, perlu dikenal pasti cara penyediaan, berapa lama disimpan serta keadaan di sekeliling tempat simpanan.

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Buah Kegunaan buahBuah Lihat jugaBuah RujukanBuah Pautan luarBuahAirBiji benihPertanianSerat makananTulisan JawiTumbuhanTumbuhan berbunga

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

PerakNajib RazakR.A. KartiniPengenalan kepada virusShiqin KamalPerang AhzabNasrizal NgasriPerang PadriShahrulezad MohameddinIbanTerlanjur Cinta (drama web)Pasukan Gerakan AmHantu Kak Limah Balik RumahSenarai SBP di MalaysiaKodi RasheedAmyra RosliAstro MalaysiaMasya-AllahAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamSultan SelangorSolat subuhPulau PangkorPerubahan iklimMia Sara ShaukiSultan PerakMuhammad bin Idris al-SyafiiIppo HafizKuala Kubu BharuIsham JalilIzzue IslamNombor dalam budaya CinaFilem Malaysia tahun 2024Khir RahmanDewan Negara MalaysiaRicheese FactoryPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948AntipsikotikKartina AyoobMokhtar DahariKhunsa (siri TV)Abdul Rahman HashimKecerdasan buatanAbang Long Fadil 3Perodua AxiaAbdullah bin Ahmad BadawiIpohErry PutraSenarai saluran Astro NJOIAgama BuddhaAzira ShafinazAl-QuranNusantaraPerjanjian PangkorLeftenan KomanderKedah TuaArmizan Mohd AliYouTubeGolongan kata (bahasa Melayu)AerofonAhli Sunah WaljamaahProton WiraMelur Untuk Firdaus (musim 2)Bahasa InggerisNadia AqilahNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuVAT 69/UTKTunku Abdul RahmanMikroplastikWadi AnnuarSyerifRozita Che WanKhadijah binti KhuwailidSyiahDubaiHussein Onn🡆 More