Your Name: Filem animasi Jepun 2016

Your Name.

Filem tersebut diterbitkan oleh Noritaka Kawaguchi dan Genki Kawamura, manakala muziknya digubal oleh Radwimps. Ia mengisahkan seorang pelajar perempuan sekolah tinggi yang menetap di suatu kampung desa pergunungan dan tentang seorang pelajar lelaki sekolah tinggi di Tokyo, dan mereka berdua tiba-tiba sahaja asyik bertukar jasad tanpa berbuat apa-apa. Filem ini membintangi suara Ryunosuke Kamiki, Mone Kamishiraishi, Masami Nagasawa dan Etsuko Ichihara. Novel senama Shinkai juga diterbitkan sebulan sebelum tayangan perdana filem tersebut pada April 2017) dan manga (jilid 1, Disember 2016; jilid 2 Februari 2017; jilid 3 Jun 2017) diterbitkan oleh Kadokawa.

Your Name.
君の名は。
Jepun君の名は。
HepburnKimi no Na wa.
TerjemahanNamamu...
Your Name: Jalan cerita, Barisan pelakon suara, Penerbitan
PengarahMakoto Shinkai
Lakon layarMakoto Shinkai
Dihasilkan oleh
  • Noritaka Kawaguchi
  • Genki Kawamura
Dibintangi
SinematografiMakoto Shinkai
Disunting olehMakoto Shinkai
Muzik olehRadwimps
Syarikat
penerbitan
CoMix Wave Films
Diedarkan olehToho
Tarikh tayangan
  • 03 Julai 2016 (2016-07-03) (Anime Expo)
  • 26 Ogos 2016 (2016-08-26) (Jepun)
  • 3 November 2016 (2016-11-03) (Singapura)
  • 7 Disember 2016 (2016-12-07) (Indonesia)
  • 8 Disember 2016 (2016-12-08) (Malaysia)
Masa tayangan
107 minit
NegaraJepun
BahasaJepun
Pecah panggungAS$361 juta
(RM1.444 bilion)

Filem ini mula ditayangkan di Nusantara bermula di Singapura pada 3 November 2016, Indonesia pada 7 Disember tahun sama dan Malaysia pada hari berikutnya. Malaysia merupakan negara Nusantara pertama yang mengeluarkan terjemahan manga dan novel asal bersempena tayangan filem ini di negara tersebut.

Jalan cerita

Seorang pelajar perempuan sekolah tinggi bernama Mitsuha Miyamizu tinggal di sebuah desa rekaan bernama Itomori di kawasan pergunungan daerah Hida, Jepun. Dia berasa bosan hidup di desa dan impikan dapat hidup sebagai seorang lelaki kacak dalam hidupnya yang seterusnya. Mitsuha mula bertukar jasad berkali-kali dengan Taki Tachibana, seorang pelajar lelaki sekolah tinggi di Tokyo, apabila mereka bangun. Mereka berkomunikasi antara satu sama lain dengan menulis pesanan pada kertas, telefon mereka, dan pada badan mereka sendiri. Mitsuha cetuskan hubungan antara Taki dengan rakan sekerjanya Miki, sementara Taki menjadikan Mitsuha semakin popular di sekolah sehingga budak-budak lelaki takut dengannya dan perempuan jatuh cinta dengannya.

Satu hari, Taki, dalam badan Mitsuha, temankan nenek dan adik perempuannya untuk tinggalkan kuchikamizake (sake daripada beras atau bijiran yang dikunyah) dari upacara perayaan, dibuat oleh Mitsuha, sebagai persembahan kepada dewa di kuil gunung luar kampung. Kuil tersebut dipercayai melambangkan jasad dewa kampung mereka yang mengawal pengalaman dan hubungan manusia. Nota terakhir Mitsuha beritahu Taki yang sebuah komet akan lalu di langit semasa kampung adakan pesta.

Keesokan harinya, Taki bangun dalam badan dia. Selepas janji temu dia dan rakan sekerjanya tidak berjalan lancar, Taki cuba telefon Mitsuha tetapi tiada jawapan, dan pertukaran jasad mereka berhenti. Taki pun bercadang untuk pergi melawat Itomori, tetapi tidak tahu nama kampung itu, dan ingatannya dan semua pesanan Mitsuha tinggalkan mula lesap. Seorang pemilik restoran di Hida kenal gambar Itomori yang Taki dan beritahu dia yang komet pecah dua pada hari itu. Bahagian yang besar tetap ikut haluan asal tetapi yang kecil terhempas ke bumi dan membinasakan bandar mereka. Taki terjumpa nama Mitsuha dalam catatan kematian dan dapat tahu dengan tarikh bencana itu bahawa garis masa mereka terpisah sebanyak tiga tahun.

Taki pergi ke kuil untuk minum kuchikamizake Mitsuha, untuk cuba hubungi jasad dia dan amarankan dia tentang hempasan komet. Melalui bayangan, Taki sedari yang Mitsuha telah jatuh cinta dengannya semasa terjumpa Taki yang silam di Tokyo. Taki terbangun dalam badan Mitsuha semasa pagi pesta kampung; nenek Mitsuha menyimpulkan yang itu sebenarnya bukan Mitsuha, dan beritahu Taki yang pengalaman bertukar badan ini sering berlaku dalam keluarga Miyamizu sebagai penjaga kuil. Taki yakinkan kawan-kawan Mitsuha, Tessie dan Sayaka, untuk tolong kosongkan bandar dengan putuskan bekalan elektrik dan siarkan amaran kecemasan palsu, namun rancangan ini gagal. Dia sedar yang Mitsuha mesti ada dalam jasadnya dan pergi semula ke kuil untuk jumpa dia.

Mitsuha terbangun dalam badan Taki di kuil. Bila Taki sampai ke kuil saat matahari terbenam mereka saling bertermu, tetapi terpisah dengan tiga tahun. Tetapi, apabila senjakala tiba, mereka kembali ke jasad mereka dan bertemu. Mereka cuba tulis nama mereka pada tangan supaya ingat satu sama lain, tetapi waktu senja tamat dan Mitsuha hilang sebelum sempat tulis namanya.

Apabila Mitsuha berlari balik ke kampung untuk yakinkan ayahnya yang tegas, Toshiki Miyamizu, juga datuk bandar Itomori, untuk kosongkan bandar, ingatannya tentang Taki mula pudar, dan tersedar di tangannya Taki tulis "Aku suka kau" dan bukannya nama dia. Cebisan komet akhirnya jatuh ke Bumi, menghancurkan Itomori. Taki terbangun dalam garis masa dia di kuil, tanpa ingat apa-apa.

Lima tahun kemudian, Taki telah tamat pengajian di universiti dan sedang mencari kerja. Dia dapat rasakan dia kehilangan sesuatu yang penting dan dapat tahu penduduk Itomori terselamat setelah mengikut arahan datuk bandar untuk pindah ke tempat selamat. Satu hari, Taki dan Mitsuha terserempak semasa kereta api mereka berlalu, dan keluar untuk berjumpa. Akhirnya, mereka berjumpa di tangga. Taki tanya kalau mereka pernah berjumpa, dan Mitsuha pun rasa sama. Bertemu juga akhirnya, mereka bergenang air mata dan serentak bertanya nama.

Barisan pelakon suara

Watak ver. b. Jepun ver. b. Inggeris
Taki Tachibana (Jepun: 立花 瀧, Hepburn: Tachibana Taki) Ryunosuke Kamiki Michael Sinterniklaas
Seorang pelajar lelaki sekolah tinggi di Tokyo, yang mempunyai dua sahabat dan kerja separuh masa di sebuah restoran Itali. Dia mudah hilang sabar tetapi baik dan murni, dan bercita-cita jadi seorang jurureka bina.
Mitsuha Miyamizu (Jepun: 宮水 三葉, Hepburn: Miyamizu Mitsuha) Mone Kamishiraishi Stephanie Sheh
Seorang pelajar perempuan sekolah tinggi di Itomori, sebuah bandar desa. Dia tidak berpuas hati tinggal di kempung dan berhajat pindah ke Tokyo. Hubungan dia dengan ayahnya tidak seberapa bagus dan malu dengan ayahnya yang asyik mengarah dan kerana kedudukan dia sebagai miko dalam upacara buat kuchikamizake, sebuah cara penghasilan sake tradisional dengan mengunyah nasi dan biarkan ia tapai.
Miki Okudera (Jepun: 奥寺 ミキ, Hepburn: Okudera Miki) Masami Nagasawa Laura Post
Seorang mahasiswa, yang bekerja di restoran sama dengan Taki. Dia dan Taki suka sama suka, tetapi Taki tidak mahu jalinkan hubungan sedangkan Okudera cuma suka dia bila Mitsuha yang dalam jasad dia. Okurdera dipanggil Senior Okudera (Okudera-senpai) oleh rakan sekerjanya.
Hitoha Miyamizu (Jepun: 宮水 一葉, Hepburn: Miyamizu Hitoha) Etsuko Ichihara Glynis Ellis
Ketua kuil keluarga Miyamizu di Itomori dan nenek kepada Mitsuha dan Yotsuha. Dia mahir dalam kumihimo (seni lilitan tali dan reben Jepun), yang merupakan sebuah tradisi keluarganya.
Katsuhiko "Tessie" Teshigawara (Jepun: 勅使河原 克彦, Hepburn: Teshigawara Katsuhiko) Ryo Narita Kyle Hebert
Rakan Mitsuha, mahir dalam perkara pembinaan dan perkakasan, termasuklah bahan letupan, kerana ayahnya (pemilik syarikat pembinaan) suruh dia pelajari kerja itu. Dia digelar sebagai "Tessie".
Sayaka Natori (Jepun: 名取 早耶香, Hepburn: Natori Sayaka) Aoi Yūki Cassandra Morris
Rakan Mitsuha. Seorang gadis penakut dalam kelab penyiaran sekolah dan selalu nafikan orang kata dia sukakan Tessie.
Tsukasa Fujii (Jepun: 藤井 司, Hepburn: Fujii Tsukasa) Nobunaga Shimazaki Ben Pronsky
Salah seorang rakan Taki di sekolah. Dia biasa risau apabila Mitsuha yang dalam jasad Taki.
Shinta Takagi (Jepun: 高木 真太, Hepburn: Takagi Shinta) Kaito Ishikawa Ray Chase
Salah seorang rakan Taki di sekolah. Dia seorang optimis dan selalu tolong rakan-rakannya.
Yotsuha Miyamizu (Jepun: 宮水 四葉, Hepburn: Miyamizu Yotsuha) Kanon Tani Catie Harvey
Adik perempuan Mitsuha, yang tinggal dengan dia dan nenek mereka. Dia rasa kakaknya semakin tidak waras tetapi tetapi sayangi dia. Dia tolong mereka membuat kumihimo dan kuchikamizake.
Toshiki Miyamizu (Jepun: 宮水 俊樹, Hepburn: Miyamizu Toshiki) Masaki Terasoma Scott Williams
Ayah Mitsuha dan Yotsuha, juga datuk bandar. Dahulu beliau seorang pengkaji budaya rakyat yang datang untuk penyelidikan tetapi akhirnya bertemu dengan ibu Mitsuha. Beliau sekarang tegas setelah banyak perkara berlaku dalam hidupnya.
Futaba Miyamizu (Jepun: 宮水 二葉, Hepburn: Miyamizu Futaba) Sayaka Ohara Michelle Ruff
Mendiang ibu Mitsuha dan Yotsuha.
Yukari Yukino (Jepun: 雪野 百香里, Hepburn: Yukino Yukari) Kana Hanazawa Katy Vaughn
Guru sastera Jepun untuk Mitsuha, Tessie, dan Sayaka. Beliau ajar mereka perkataan "Kataware-doki", bermaksud senjakala dalam dialek Hida, dalam kelas. Yukari juga nama watak utama dalam filem Shinkai sebelum ini, bertajuk The Garden of Words.
Mr. Teshigawara (Jepun: 勅使河原, Hepburn: Teshigawara) Chafurin
Ayah Tessie dan pemilik syarikat pembinaan yang kaya.
Tanaka, Suzuki dan Saito (Jepun: 田中, 鈴木 と 斉藤, Hepburn: Tanaka, Suzuki to Saito)
Rakan kerja Taki yang cemburu dengan hubungan Taki dan Okudera.

Penerbitan

Dalam cadangan yang Makoto Shinkai hantar kepada Toho pada 14 September 2014, tajuk asal filem ini ialah Yume to Shiriseba (Jepun: 夢と知りせば, Hepburn: Andai Kusedar Ia Mimpi) disadur daripada serangkap waka nukilan Ono no Komachi. Tajuk ini kemudiannya ditukarkan menjadi Kimi no Musubime (Jepun: きみの結びめ, Hepburn: Hubunganmu) dan Kimi wa Kono Sekai no Hanbun (Jepun: きみはこの世界のはんぶん, Hepburn: Kamu Separuh Dunia Ini) sebelum akhirnya menjadi Kimi no Na Wa.

Walaupun bandar Itomori, salah satu daripada tempat yang ada dalam filem, hanyalah rekaan, filem tersebut masih mengambil inspirasi daripada pelbagai lokasi sebenar yang menjadi latar belakang untuk bandar Itomori. Lokasinya termasuklah bandar Hida di Wilayah Gifu dan perpustakaannya, Perpustakaan Bandar Hida.Perancangan filem ini dibuat dengan perisian praterbitan dan pemapan cerita Toon Boom Storyboard Pro.

Pelbagai lokasi dalam filem ini berdasarkan lokasi sebenar - dari kiri ke kanan: Suga-jinja di Shinjuku, jejantas stesen Shinano-machi dan Stesen Yotsuya.

Adaptasi cerita

Buku

Namamu... ialah sebuah novel Jepun yang digubah oleh Makoto Shinkai. Ia merupakan penovelan filem animasi yang sama diarahkan oleh Shinkai. Ia diterbitkan di Jepun oleh Kadokawa pada 18 Jun 2016, sebulan sebelum tayangan perdana filem tersebut. Pada bulan September 2016, novel tersebut telah dijual sebanyak 1,029,000 naskhah. Sebuah buku panduan visual rasmi juga dikeluarkan. Novel ini terlaris sebanyak 1.3 juta naskhah, dan jumlah kedua-duanya mencecah sebanyak 2.5 juta naskhah.

Novel ini didapati dalam beberapa versi terjemahan serata Nusantara:

Filem aksi-nyata

Pada 27 September 2017, J.J. Abrams, seorang penerbit filem, dan Eric Heisserer, penulis skrip lakon layar, umumkan bahawa mereka sedang membuat bikinan semula aksi-nyata untuk filem ini yang akan dilancarkan oleh Paramount Pictures dan Bad Robot Productions, disamping penerbit asal filem, Toho, yang akan uruskan pengedaran filem tersebut di Jepun. Filem itu ditulis oleh Eric Heisserer, yang menyatakan bahawa pemegang hak milik dari Jepun mahukan filem tersebut dibuat dengan sudut pandangan orang barat. Pada Februari 2019, Marc Webb telah tandatangan kontrak untuk mengarah pembikian semula filem. Filem tersebut akan berkisarkan seorang perempuan peribumi Amerika yang tinggal di kawasan luar bandar dan juga seorang lelaki yang tinggal di Chicago yang dapati mereka berdua asyik bertukar jasad.

Nota

Rujukan

Tags:

Your Name Jalan ceritaYour Name Barisan pelakon suaraYour Name PenerbitanYour Name Adaptasi ceritaYour Name NotaYour Name RujukanYour Name Pautan luarYour NameAnimeBahasa JepunFilem fantasiMone KamishiraishiNagasawa MasamiPerumian HepburnTokyo

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Fadillah YusofKerajaan Persekutuan MalaysiaIslam di MalaysiaSenarai raja-raja MelayuErysha EmyraTayamumInsya-AllahPolis EVO 3Natasya MahyanKedah TuaZahirah MacWilsonSherry AlhadadNegeri-Negeri SelatForest CityIdahSenarai kaum di MalaysiaMediaTekPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaDadahAerofonNike ArdillaLaskar MudaElly MazleinKesultanan Melayu MelakaSenarai saluran AstroMy Lovely DriverKelantanArif AimanQistina KhaledWafariena RoslanUthman bin AffanBumiputeraKelantan Darul Naim F.C.Eda EzrinShiqin KamalSelangorJabatan Kastam Diraja MalaysiaAzan dan iqamatKetumWan RajaHady MirzaYandexKomanderSabahBukit TaburSolat Sunat RawatibPeristiwa Kampung MedanJasmine Suraya ChinPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaSekolah Dato' Abdul RazakSyed Mokhtar Al-BukharyKuchingKhunsa (siri TV)NabiSarawakManchester United F.C.Sultan Nazrin Muizzuddin ShahUsul al-FiqhAgama di MalaysiaArena LieyaHentaiKata sendi (bahasa Melayu)Geografi IndonesiaMia KhalifaSuhaimi IbrahimBruce GilleyBruneiAnugerah AidilfitriHusin, Mon dan Jin Pakai ToncitEllie SuriatyPiagam MadinahKota KinabaluKristianMasjid Sri SendayanLee Kee HiongDewan Negeri SelangorNasi goreng (Nusantara)Politik balas budi🡆 More